Aku terima dengan kesabaran. Mungkin ada hikmahnya semua ni berlaku. Allah masih menyayangi aku walaupun Dia telah memberi ujian padaku. Itu tandanya aku masih diberi kesempatan untuk lebih rapat denganNya.
Pagi semalam aku terlibat dalam satu kemalangan. Di awal pagi. Saat bergegas ke tempat kerja. Salah aku kerana cuai. Aku leka kereta depan dah berhenti bergerak gara-gara aku nak mengelak lubang. CeCiL sudahpun mencium Nissan Sentra dengan rakusnya. Aku hanya sempat beristighfar panjang dan mengucap syukur kerana aku selamat.
Dengan perasaan berdebar yang Maha hebat, aku cuba sedaya upaya bertenang dan cari penyelesaian sebaik mungkin dengan pemandu Nissan. Alhamdulillah, Tuhan menolongku dengan memudahkan segalanya. Pemandu Nissan tidak langsung memarahi aku walhal aku yang bersalah. Segalanya selesai dengan baik.
Terima kasih untuk tunang tercinta untuk bantuan dan menghantar kereta aku ke bengkel.