Teman-teman

Wednesday, December 30, 2009

..::Bisikan Subuh::..


Aidid, seorang pemuda yang dilahirkan dari keluarga berada di ibu kota tapi kekurangan kasih sayang dari kedua ibubapanya. Sejak lahir diasuh oleh pembantu.

Semakin meningkat dewasa, kehidupan semakin liar. Hilang sopan santun, hilang akal waras untuk membezakan baik buruk sesuatu. Bergaul dengan mereka yang tiada arah hidup. Berpeleseran untuk menumpang kasih sayang dari teman yang mempunyai kisah hidup yang hampir serupa.

Ditakdirkan dia ke suatu daerah yang begitu asing baginya. Kampung yang jauh dari kemodenan, keluarga yang penuh kasih sayang dan beramal soleh.

Ibarat seekor burung yang kepatah sayap. Memerlukan belas ihsan dari seseorang yang bisa merawat dan memandu arah hidup agar kembali ke pangkal jalan, jalan Allah yang satu.

Hidayah Allah itu ada di mana-mana, untuk sesiapa saja dan pada bila-bila masa. Aidid terpilih untuk menerima hidayah itu sebelum ajal menjemput beliau. Mati dalam keimanan adalah suatu nikmat yang amat besar.

Bisikan Subuh menarik penonton untuk menyedari realiti hidup yang seharusnya bergantung harap pada Rabbul Izzati. Dia lah satu2nya tempat kita memohon, memberi setulus cinta buatNya yang tanpa henti mencintai makhluk ciptaanNya walau apa keadaan.

Sesungguhnya hidup ini hanya sementara. Kita dipinjamkan nyawa untuk terus menambah berat timbangan amal untuk kehidupan hakiki.

Tuesday, December 29, 2009

..::Kau Bukan Dihatiku Lagi::..


Sejak dua menjak ni aku selalu je terbaca pasal kes cerai, berpisah, kecewa bercinta dan seangkatan dengannya. Kalau setakat cerai sebab tak de persefahaman antara pasangan tu, aku tak kisah lagi tapi ni bercerai sebab kena dera. Tak sanggupnya aku dengar. Walaupun aku tak mengalaminya, tapi aku faham perasaan perempuan tu yang kena dera ngan suami lebih-lebih lagi yang panas baran + curang. Nauzubillah.. Dah tak ada akal ke ek manusia sekarang?


Dah lari tajuk plak. Entri ni sebenarnya bukan nak bercerita pasal hal orang lain, tapi aku nak cerita pasal diri aku sendiri. Bukan nak meraih simpati orang, cuma nak melupakan kenangan paling pahit dalam tahun 2009. Kan dah nak masuk tahun baru, so aku nak lupakan sume kenangan 2009 setibanya tanggal 010110 nanti.


Dah genap sebulan aku kembali single setelah Tuhan pinjamkan aku seorang insan bernama kekasih selama 5 tahun. Banyak kenangan aku bersama dia. 5 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek. Walaupun sampai saat ni aku tak mengenali dia sepenuhnya, tapi pahit manis menjadi kekasih dia tetap bermain dalam ingatan aku. Dan sekarang, aku berjaya untuk melupakan dia. Kau bukan dihatiku lagi...


Bagi aku, dia memang seorang yang cukup lengkap. Boleh dikatakan dia menepati setiap ciri-ciri lelaki yang aku angankan. Pandai menjaga batas pergaulan dan ada ilmu agama. Tapi satu je yang aku tak suka tentang dia...panas baran. Aku cukup tak suka dengan lelaki yang panas baran. Lebih-lebih lagi pada wanita. Aku tak dapat terima bila kata-kata yang kasar bagi aku, keluar dari mulut dia. Sejak kecil, aku tak dididik untuk bercakap kasar sebegitu. Jadi, aku pun tak suka dengar orang cakap kasar dengan aku.


Aku bersyukur pada Allah kerana DIA telah beri aku petunjuk sebelum kami disatukan. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Aku tak cakap dia jahat, aku tak berdendam pun dengan dia. Aku dah maafkan dia seikhlas hati aku. Mungkin aku hanya ditakdirkan menjadi kekasih dia, bukan isteri. Dan mungkin diri aku tak sesuai untuk menjadi pasangan hidup dia. Mujur gak perpisahan ini terjadi masa aku belum ada jadi isteri dia. Aku tak sanggup kalau sekiranya aku jadi isteri dia, and then dia maki hamun aku bila dia marah. Aku seorang yang sangat sensitif. Ye, benar. Sensitif. Hati aku lembut. Cepat terguris dengan kata-kata yang kasar. Apatah lagi kena marah. Dengan adik aku pun aku boleh menangis, inikan pula dengan seorang lelaki a.k.a suami. Silap hari bulan, aku boleh masuk wad sakit jiwa sebab tertekan.


Dari awal perkenalan, memang semuanya indah. Semua yang bercinta pun rasa cam tu kan. Sangat epy sebab ada yang care pasal kita, yang sayang kita, yang selalu ada untuk kita. Hubungan aku selama 5 tahun tu selalu ada pasang surut. Mungkin kat situ aku boleh nampak yang kami tak serasi, tapi aku butakan mata aku sebab sayangkan dia. Aku banyak bersabar dengan dia. Boleh dikatakan aku tak menjadi seperti diri aku bila bersama dengan dia. Banyak yang aku ubah untuk menyenangkan hati dia. Biasalah, dah nama pun kekasih. Mesti nak jadi yang terbaik di mata dia kan. Apa yang aku tak puas hati, aku diamkan je. Aku tak pernah nak marah dia. Aku sabar je. Tapi pada tahun terakhir hubungan kami, banyak pahit dari manisnya. Macam-macam hal yang terjadi. Sampaikan satu tahap, aku rasa dah tak boleh nak teruskan. Tapi masa tu aku tak cakap pun dengan dia. Aku diamkan je. Sebab aku tak sanggup lukakan hati dia kalau aku mintak putus.


Akhirnya 2 hari sebelum Aidiladha, di mana genap setahun kami mempunyai ikatan..dia putuskan hubungan kami. Masa tu dah tak ada air mata lagi yang keluar sebab dah abis dah air mata ni mengalir pada perpisahan-perpisahan sebelum ni. Aku dah tak rasa apa-apa pun. Terima dengan redha.


Aku harap lepas ni kalau aku bercinta lagi, biarlah ianya selepas perkahwinan. Aku tak nak merugikan masa aku bercinta terlalu lama dan memberi sepenuhnya kasih sayang dan kepercayaan kepada orang yang belum tentu menjadi milik aku. Sekarang, aku bahagia dengan hidup aku. Pergilah jauh-jauh wahai kenangan. Aku dah tak nak ingat dah semua tu. Hati aku dah terbuka untuk menerima cinta yang baru. Takkan ada erti serik dalam kamus hidup aku mengenai cinta. Semoga pertemuan yang akan datang adalah cinta terakhir buatku.


notakaki:cuba untuk belajar dari kesilapan.
pengalaman mengajar kita menjadi orang yang lebih berhati-hati.
tuhan takkan berhenti menguji.
terpulang pada kita bagaimana untuk mengatasi kesedihan dan kekecewaan.
bagi aku, ini cara aku, hidup aku.
takdir dah menetapkan aku terluka di saat ini, supaya aku lebih tabah di masa hadapan.
untuk awak, saya ucapkan terima kasih kerana menjaga saya dulu.
terima kasih untuk segalanya.
semoga awak temui insan yang benar-benar sempurna untuk diri awak.



Sunday, December 27, 2009

..::Kembali Ke Sarang::..


Setelah seminggu bercuti, aku kembali ke sarang aku semula. Indahnya percutian. Kalau setiap hari bersama keluarga tercinta alangkah bahagianya. Tambahan pula ada si kecil yang banyak celoteh tu, siapa lagi kalau bukan Annisa Farihah. Sejak dia datang ke rumah, rumah tak pernah senyap. Ada saja keceriaan yang dia bangkitkan. Kalau tak petah bercakap, dia akan menyanyi. Cepat betul menghafal..kalau ada anak secerdas itu, aku pun mahu.


Kini tibalah masa untuk bergelumbang dengan kertas-kertas tugasan semula. Sunyi sebentar hidup. Perlu cari keriuhan itu semula untuk mulakan kerja. Malam ini, aku cuma mahu merehatkan diri setelah seharian memandu dari timur ke utara seorang diri. Pemanduan pertama yang cemerlang. Tahniah untuk diri sendiri.


Nanti aku uploadkan gambar percutian aku bersama keluarga terutamanya gambar anak buah aku yang paling kecil. Sungguh comel. Geram dengan pipinya yang tembam. Sudah pandai menegur orang.



Thursday, December 17, 2009

..::Salam Maal Hijrah::..


Alhamdulillah, usia masih dipanjangkan sehingga dapat menyambut tahun baru Islam.


Salam MaalHijrah 1431
(memantapkan Ukhuwah Dan Memperkasa Ummah)


Sebagaimana penghijrahan Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah demi agama suci kita, agama Islam..begitu juga dengan diri aku. Berhijrah daripada keburukan kepada kebaikan, tak kiralah dari segi perangai, sikap, tahap ilmu dan sebagainya. Seperti ceramah yang baru je aku hadiri di Masjid An-Nur tadi.


Firman Allah
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kedamaian dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah." (QS Al Anfal 72)



Wednesday, December 16, 2009

..::2010::..


Tinggal setengah bulan je lagi untuk melangkah ke tahun yang baru. 2010 akan menjelma tak lama lagi. Azam tahun baru? Hurm, azam tahun lama pun masih ada yang belum tercapai. Yang tak tercapai pun ada. Yela, kita merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.


Hari ni merupakan hari terakhir aku mengajar. Alhamdulillah, selesai juga. Perit untuk menghabiskan kelas ketika perasaan dan keadaan diri yang tak sihat. Tadi, aku hanya menyuruh pelajar-pelajarku membuat ulangkaji dan menyalin kembali jawapan untuk ujian minggu lepas. Mujur mereka faham dengan keadaan aku. Melihat wajah mereka yang ceria, aku rasa bagaikan mahu kembali ke usia muda, zaman kanak-kanak. Hidup penuh dengan keceriaan dan kegembiraan di samping keluarga dan kawan-kawan. Bila dah dewasa ni, kena pilih salah satu je. Kawan atau keluarga. Belajar jauh dari keluarga sedikit sebanyak mengajar aku berdikari tapi rindu yang menggunung tu la yang sukar untuk ditarah.


Gaji pertama sudah berada ditangan. Alhamdulillah, walau tak seberapa ia datang dari hasil titik peluh aku sendiri. Jerih usaha aku selama ini. Panggilan 'cikgu' akan tetap kekal sampai bila-bila. Pernah sekali aku ke kedai, pelajarku menegurku dari jauh. Terasa bagaikan besarnya makna seorang guru itu.


InsyaAllah, tahun baru yang akan tiba nanti menjadi tahun baru buat aku. Baru dalam setiap segi. Baru dari kenangan lama, baru dari sifat lama, baru dari pencapaian lama. Akan aku buktikan yang aku juga boleh berjaya dengan sendiri. Tak perlu bergantung hidup pada yang lain kecuali Allah. Usia makin meningkat, fikiran semakin matang. InsyaAllah, aku akan mengingati suatu perkara yang tak pernah aku sedari ianya adalah kelemahan diri aku sendiri. Aku akan ubah.


Anda pula bagaimana? Sudah ada azam untuk tahun baru? Let share with me..(^_^)



..::Tak Pernah Menyesal::..


Mengapa ku harus menangis

Menyesali kepergianmu
Aku harus setegar karang
Kukuh berdiri di lautan

Yang takkan hancur kerana
Ombak yang tak tentu menerjang
Tak pernah menyesal
Mengenal dirimu

Jalan yang kutempuh
Telah tertuju pada mu
Ku takkan sesali
Pengalaman cinta ini

Mungkin kau pernah terluka
Jalanku tanpa dirimu

nota kaki:pengalaman mendewasakan seseorang, mematangkan fikiran dan menjadikan seseorang itu lebih berhati-hati.
aku bahagia dengan takdir yang ditentukan.
pengalaman terindah yang dianugerahkan.



Monday, December 14, 2009

..::Cinta::..


Cinta..memang indah untuk diperkatakan apatah lagi jika merasai kehangatan cinta itu sendiri. Cinta adakalanya membunuh, jika terlalu mengagungkannya. Mencintai dan dicintai tidak salah. Ia merupakan lumrah hidupan yang dicipta. Mahukan belaian kasih sayang, perhatian dan ketenangan. Cinta tanpa amal ibarat menabur janji manis tanpa melaksanakannya. Cinta hadir ketika dua jiwa bersatu dalam erti kata perasaan.


Aku pernah merasai cinta yang begitu indah. Sumpah aku rasa cukup bertuah. Tapi, benar kata bidalan setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Sama ada berpisah hidup mati atau berpisah kerana tiadanya rasa cinta itu lagi. Takkan aku menyesal kerana cinta mengajar aku erti kepahitan, kemanisan dalam hidup. Itulah yang mewarnai kehidupan kita. Cinta yang hakiki itu yang teragung. Cintakan bunga, bunga kan layu, cintakan manusia, manusia kan mati..


Bagi yang baru mengenal erti cinta..rasailah perasaan itu dengan betul. Jangan terlalu mendalam mencintai seseorang yang kita belum pasti menjadi miliknya. Biarlah berpada-pada kerana pahit kekecewaan yang akan kau alami amat menyakitkan. Tahniah bagi mereka yang telah menemui cinta sejati mereka. Semoga berbahagia selamanya. Sayangilah insan yang menyayangi kita dengan kesetiaan, kejujuran dan berpegang kepada komitmen yang telah dikatakan.. Jangan biarkan insan yang kita cintai mengalirkan airmata kesedihan pabila bersama kita.


Hayatilah cinta dengan ceria. Selamat berjuang untuk cinta sejati anda *\(^_^)/*



Friday, December 11, 2009

..::Annisa Farehah::..


Selamat Hari Lahir ke-5
Cepat membesar ye sayang..



Mich you so much



Thursday, December 10, 2009

..::Aku Wanita Biasa::..


Ada persoalan yang membelenggu. Aku rasa ni medium yang paling terbaik untuk aku bertanya. Aku harap ada yang membantu aku, walaupun hanya sebagai nasihat.


Aku nak tanya pada wanita di luar sana sama ada anda seorang yang beremosi atau tidak? Bagaimana tahap emosi anda dan masa bila anda beremosi? Bukankah wanita sangat berkait rapat dengan emosi? Aku pun selalu je beremosi tapi tengok keadaan gak. Bagi yang mengenali aku sebagai sahabat, ramai yang beranggapan aku ni adalah sahabat yang baik untuk berkongsi, untuk menjadi kawan susah senang dan selalu cakap yang aku ni seorang yang cukup sabar dan tabah (ni bukan rekaan ok, mereka pernah jujur dengan aku tentang diri aku dari pandangan mereka). Ok, berbalik kepada tajuk asal..Aku mahukan pendapat kalian tentang kaitan wanita dan emosi..Sama tak emosi anda bila anda bersama sahabat dengan bila anda bersama kekasih or suami anda?


Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..



..::Cinta Yang Sempurna::..


Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu
Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimu

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan..


nota kaki: tiada yang sempurna di dunia melainkan Sang Pencipta.
Terima seadanya adalah sebaik-baik perbuatan.


..::Maaf BuatMu::..


STICKY MODE

Maaf buat kalian yang meninggalkan jejak di ruangan shoutbox. Shoutbox masih dalam penyelenggaraan. So, sesiapa yang singgah kat blog saya silalah tinggalkan jejak anda di ruangan komen or jadi follower saya okies..Nanti saya akan melawat anda kembali..


nota kaki: cam best plak guna 'saya' bila menulis.
Mulai sekarang kata ganti nama akan bertukar ye.
kecuali dalam keadaan tertentu (^__^)



Wednesday, December 9, 2009

..::Saya Mahu Gelak Sambil Berguling-guling::..


Epynye rasa malam ni. Tak tau kenapa hati berbunga-bunga je. Nak gelak kuat-kuat takut rumate kata saya mereng. Gelak dalam hati je boleh?Gelak dalam penulisan jela. Hahahahaha...Kenapa saya epy???

Report dah siap? Mungkin..

Hari yang dilalui begitu indah? Mungkin juga..

Dah hampir hujung minggu? Mungkin..


Saya epy sebab Allah beri saya ruang untuk tersenyum hari ini. No reason..Alhamdulillah,syukur. Saya sudah tak sabar untuk ke Melaka hujung minggu ini. Menghadiri perkahwinan rakan serumah. Hadiah sudah dibeli. Sangat suka dan berpuas hati dengan pilihan tersebut.


nota kaki: menerima panggilan dari salah sebuah agensi yang menawarkan pekerjaan buat saya.
hati masih berbelah bagi sama ada mahu menerima atau tidak. harap memperolehi keputusan yang terbaik.



Monday, December 7, 2009

..::Semuanya Sama::..


Kereta ~ Jika lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu, rosak dan menjadi usang. Apabila anda hendak menghidupkannya semula, enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat dulu. TIDAK SAMA!

Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan lama...

Otak ~ Yup!...begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu, tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk membuat keputusan, maka 'enjin' untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak akan menjadi lembab dan beku!...

Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita, malah kita akan berubah menjadi seorang yang lebih bijak!

CINTA ~ Juga sama! Sekiranya anda gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata,
"Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh...adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan" ..Jangan cepat mengalah beb, jangan putus asa dengan cinta. Jangan berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi...Jangan sesekali berhenti dari bercinta!

Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang, lalu...hanya menyerah pada yang Esa. Hey....Tuhan juga menyuruh kita berusaha, kan?!. Gagal sekali dua, bukan bererti gagal selamanya! Bro lagi banyak kali gagal beb!!...

Sekiranya anda berhenti dari bercinta, lama-kelamaan anda akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, anda akan lupa cara-cara bercinta, anda akan menjadi semakin lemah dalam menangani masalah cinta...SEPERTI KERETA & OTAK kita tadilah...enjin mati, otak beku!...CINTA? ?...samalah, malah anda akan merasa begitu longlai dan lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang... akhirnya anda pasti akan keseorangan. Anda tidak mahu itu berlaku kepada anda bukan?

Jadi, sebaliknya jika anda terus ingin memiliki cinta, terus bercinta, anda akan bertambah mahir. Walau anda gagal dan gagal lagi, anda ambil pengajaran darinya dan anda semakin faham tentang percintaan, bila anda semakin berpengalaman, PASTINYA Anda akan lebih mengenali pasangan yang baik untuk anda, lalu anda akan lebih bersemangat untuk bercinta, jiwa anda akan lebih kelihatan bersemarak dengan cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling anda akan melihat diri anda hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah ramai yang meminati anda!... kan itu yang anda mahu?...jika itu keinginan anda, jawapannya simple je, "JANGAN BERHENTI BERCINTA!"



..::Cikgu,janganlah pergi::..


Esok, saya akan mengadakan ujian buat anak murid untuk menguji tahap pencapaian mereka semua seperti yang telah diarahkan oleh tuan pengerusi. Lusa adalah hari terakhir saya mengajar mereka.


Saya masih belum puas untuk mengajar mereka tetapi kontrak saya akan berakhir Rabu ini. Terharu dengan kata-kata anak murid yang tak mahu saya berhenti..

Murid 1: Cikgu, kalau saya mintak cikgu mengajar kami lagi kat pengerusi boleh tak?

Murid 2: Ala...lepas ni cikgu Z mengajar semula ke?

Murid 3: Kenapa cepat sangat cikgu nak berhenti?


Sungguh dalam hati masih ingin mengajar, memberi segala ilmu yang ada. InsyaAllah, jika masih diperlukan kita akan bertemu lagi. Jangan nakal-nakal ok..


nota kaki: suke pada gelagat salah seorang anak murid yang selalu buat saya tersenyum.
Kamu menceriakan hari, cikgu..



..::Suke Hati::..


Suke hati bila melihat blog sendiri tersenarai di antara blog-blog lain yang hebat. My blog tersenarai pada 21st blog list di sini.akhirnya...kat sini leh dapat kenal lebih ramai blogger baru dan lama or yang femes..di samping memperkenalkan blog anda sendiri



Sunday, December 6, 2009

..::Kahwin Paksa::..


Selamat pagi semua. Hari ni terbangun agak lewat sebab semalam kami mengadakan parti orang bujang di bandar Ipoh sampai awal pagi. Perancangan yang dirancang last minute. Kul 9 lebih, kami decided nak ke bandar Ipoh, jalan-jalan bersama bakal pengantin yang hanya tinggal seminggu sebelum beliau menjadi seorang isteri kepada sang suami tercinta.


Ada cerita menarik yang saya nak sampaikan. Saya telah bermimpi yang saya dipaksa berkahwin oleh orang tua saya dengan bekas kekasih saya yang telah menjadi chef terkenal kini walhal ketika itu saya telah mempunyai kekasih hati yang cukup saya cintai. Apakah?? So scary. Bekas kekasih yang berjaya menambat hati orang tua saya tersenyum lebar sedangkan saya sedaya upaya mempertahankan kebaikan dan kesungguhan kekasih hati saya itu. Begitu sedih kerana kekasih hati tidak berjaya menambat hati kedua orang tua saya dan menambahkan ketidakpercayaan mereka dengan menunjukkan sikap yang buruk di suatu majlis. Hohoho..(watak-watak dalam cerita perlu dirahsiakan kerana mereka adalah pelakon sebenar di alam nyata)


Kalaulah sungguh ianya terjadi, harap tidaklah seteruk mimpi saya itu. Mak abah saya takkan paksa saya berkahwin dengan orang yang saya tak suka..mereka adalah sporting.


nota kaki: Selamat Ulangtahun Perkahwinan buat mak dan abah pada hari ini.
Saya amat berbangga dengan kerukunan rumahtangga yang kalian pelihara sehingga kini.
Kepada husband to be (masih dalam pencarian),
saya harap perkahwinan kite nanti akan kekal sampai hujung nyawa..



Saturday, December 5, 2009

..::Peluk Cium Dariku::..


Sempena ulangtahun pertama sahabat alam maya dan juga merupakan bekas teman sebilik yang baik hati, buat julung-julung kali saya sertai pertandingan sebegini sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang saya buat kamu, zara yang comel..

Syarat-syarat pertandingan:

Pertama : berikan nama yang sesuai untuk beruang putih...
saya namakan beruang putih itu dengan nama 'Irman Hafiz'. cantik seperti maksudnya sentiasa menjadi pelindung untuk kamu setiap masa..(merujuk pada beruang-beruang kamu yang lepas2, sume nama yang unik untuk seekor beruang)


Kedua : LIMA KENYATAAN mengapa saya mengunjungi Dunia Sebelah Zara.
1) Menarik
2) Unik
3) Comel
4)Suka
5)Mahu tahu tentang kamu..sebab kamu adalah kawan sejati saya

Ketiga : Saya suka penulisan kamu yang bertajuk "MEMENUHI KEPERLUAN ATAU MEMUASKAN NAFSU?"

Suka dengan cara penulisan kamu dalam meluahkan apa yang terpendam. Kata-kata yang mempunyai maksud yang mendalam dan hanya yang mengerti, bisa mengolah setiap bait kata yang tertulis.

Keempat : Lengkapkan slogan ini. "Selamat Ulang Tahun Pertama Dunia Sebelah Zara. Dunia ini memberikan saya peluang menyelami dunia indah yang penuh dengan rasa cinta dan kasih yang takkan pernah berhenti"


Photobucket


Selamat Ulangtahun Pertama buat Dunia Sebelah Zara..semoga terus menulis dengan penulisan yang bernas ya..

Friday, December 4, 2009

..::Tak Mungkin Kerna Sayang::..


Semakin dekat dengan tarikh 'itu', semakin sedih hati ini. Kucuba melupakan apa yang telah berlaku 5 tahun yang lepas. Aku cuba bangkit dengan semangat baru yang aku sendiri tak tahu dari mana ia akan muncul. Lagi 2 hari..patutlah semangat aku kian hilang.



Walau sejauh mana aku cuba lari dari kisah silam, ia takkan merubah apa-apa. Sememangnya kenangan itu akan sentiasa hadir walaupun sesaat cuma. Pahit manis yang tercatit selama 5 tahun lenyap bagaikan tsunami. Mungkin silap aku semua ini terjadi.


Kuberikan kebebasan yang dimahukan. Kuberi kebahagian yang dicari. Kuberi kegembiraan yang tak tercapai ketika bersamaku. Satu pengorbanan, mungkin. Andai dengan cara itu boleh dianggap sebagai salah satu cabang CINTA, biarlah dia terbang bebas.


Aku bukan mengungkit kisah silam yang aku sendiri ingin lupakan, tapi aku mahu luahkan supaya lebih mudah untuk aku lupakan. Pahit, manis, suka, duka di alam percintaan amat indah. Pengalaman paling berharga buat dunia kedewasaanku.


Terima kasih untuk kasih sayang, cinta dan rindu yang pernah hadir dulu. Terima kasih untuk setiap waktu yang terluang, perasaan yang terluah, perbuatan yang amat manis. Selamat tinggal cinta..



..::Hujung Minggu::..


Mood: macam-macam
Lokasi: dalam bilik


Selesai sesi mengajar untuk hari kedua yang bermula jam 8 pagi tadi. Ntah kenapa hari ni saya liat skit nak bangun. Cam kurang bersemangat. Alarm dah menjerit-jerit seawal jam 6 tapi saya bangun mandi bila 40 minit berlalu. Hehe..mujur gak saya cuti hari ni. Jadi takdela rasa bersalah sebab bangun lambat.


Semangat saya hari ni hilang entah ke mana. Seakan hanya badan je yang pergi mengajar, tapi fikiran di tempat lain. Rasa down yang paling saya benci. Tapi bila saya tengok wajah anak murid saya tadi, semangat tu dah ada balik. Thanks adik-adik..Sememangnya saya geram dengan kamu semua. Gelagat kamu yang nakal, buat saya terhibur. Tak sabar nak jumpa kamu lagi minggu depan.


Hujung minggu akan terisi dengan research yang terbengkalai selepas jumpa supervisor Rabu lepas. Hope dapat siapkan sebelum next weekend kerana saya akan ke Melaka pada hujung minggu tersebut. Menghadiri majlis perkahwinan salah seorang sahabat baik di sini. Tentunya meriah..


Jom makan nasi lemak bersama saya.. (ending yang tiada kena mengena)



Thursday, December 3, 2009

..::Akibat Terlalu Percaya::..


"Panas hati saya. Sanggup dia buat saya begini setelah 100% kepercayaan telah saya berikan padanya.. Inilah akibat terlalu setia"


Bacaan lanjut, sila klik disini..



..::Kamu Sangat COmel Di Mataku::..

Selamat pagi, Cikgu..



Bermula episod baru dalam hidup saya. Haha..cam tak percaya je saya dah menjadi seorang pendidik. Walaupun bukan mengajar seperti guru-guru saya dulu, saya tetap berbangga kerana dapat mendidik anak bangsa terutamanya saudara seagama yang sememangnya menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim a.k.a. khalifah Allah di muka Bumi ini.


Alhamdulillah, kelas pertama berjalan dengan lancar walaupun agak gementar. Wajah-wajah comel yang berada di depan mata benar-benar meruntun hati wanita saya. Sangat comel dan baik. InsyaAllah, saya akan curahkan segala ilmu yang ada untuk kamu semua, sayang.. Hari pertama bersua, rasa kasih sudah berputik. Begitu indah perasaan yang dikurniakan.


Semoga anak didik saya menjadi seorang yang berguna dan berilmu kelak. Selamat maju jaya.



Wednesday, December 2, 2009

..::Inikah Namanya Cinta::..




Cinta
ibarat kupu-kupu..
Makin kau kejar,makin ia menghindar..
Tapi..bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu di saat kau tak terduga..
Cinta mampu membahagiakanmu tapi sering pula ia menyakiti..
Tapi cinta itu hanya istimewa apabila kau berkan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.


Kepada yang ragu dengan PERNIKAHAN..
Cinta bukannya mencari seseorang yang 'SEMPURNA', tetapi menemukan seseorang yang mampu menjadikan dirimu sempurna. Jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. Jangan bicarakan soal PERASAAN bila itu tidak benar-benar ada. Jangan kau SENTUH hidup seseorang bila kau hanya berniat MAIN-MAIN dengannya. Jangan menatap ke dalam mata seseorang bila apa yang kau lakukan hanya PEMBOHONGAN.


Hal yang paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang JATUH CINTA, sedangkan kau tidak berniat langsung UNTUK MENERIMANYA saat ia terjatuh.


Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..Jangan sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup...Begitulah juga setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang, setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya. Jangan sesekali kamu meninggalkannya begitu saja..kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.


Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar KEPERLUANmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi.. Begitujuga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya. Janganlahkamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.


Jika kamu memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu, mengenyangkan, berkhasiat, mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seseorang insan yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimi, MENYAYANGIMU, MENGASIHIMU..Mengapa kamu berlengah, cuba
MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN. Kelak kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan MENYESAL.




..::Segalanya Ketentuan Tuhan::..

Kau cinta pertamaku
Kau cinta terakhirku
Tiada apa yang bisa
Menafikan kasih kita

Kau baik di mataku
Satu antara seribu
Tiada tara di dunia

Mungkin kan terputus di tengah jalan
Mungkin kan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir

Mungkin kita kan berbeza haluan
Berakhirnya cerita percintaan
Segalanya ketentuan Tuhan



..::Selamat Pagi, Cikgu::..


Menerima panggilan dari seseorang semalam. Dari perbualannya, aku dapat meneka ada sesuatu yang cuba dia sampaikan. Hati berbunga dalam diam. Tamat perbualan, hati berdetak lagi. Teringat kembali kata-katanya. Terima atau tidak..


Sewaktu percutian, aku telah nekad dengan keputusan aku. Kini, goyah kembali setelah menerima panggilan itu. Senang betul hati ini berbelah bagi. Mungkin ini yang terbaik untuk aku.


Jam 9 nanti aku akan bertemu dengan seseorang, Cikgu Zul namanya. Indah nama tak mungkin indah rupa, tapi yang utama ilmu yang di dada. Mungkin selepas ni anda semua boleh panggil saya "cikgu"..

(^__^)



Tuesday, December 1, 2009

..::Aku Kembali Kini::..


Salam buat semua. Kembali bersiaran dari bumi Toronto. Kembali ke asal. Bergelumang dengan cerpen cinta yang bisa membuat akal berfikir jauh, menerawang ke segenap dimensi otak yang sarat dengan pelbagai hal. Tinggal 18 hari je lagi untuk hari yang dinantikan.


Penat setelah hampir 7 jam bersama buah hati tercinta dari timur ke utara..meredah hujan dan panas. Kubenarkan kau istirehat untuk semalaman ya..Esok temani aku lagi ok..


Aku perlukan rehat secukupnya untuk aku benar-benar sembuh supaya boleh fokus pada pengajian. Tekanan darah rendah kembali menghantui. Hampir setahun aku bertahan, ia datang kembali. Serik menyusahkan semua orang. Hanya dia yang selalu menemani aku disaat aku sakit. Terima kasih..


Selamat malam....



Tuesday, November 17, 2009

..::Good Luck,Sis::..


Esok, bersamaan 18 November 2009 merupakan hari yang penuh debaran. Saat untuk berjuang menentukan masa depan sama ada cerah atau sebaliknya. Bermula peperangan yang Maha getir bagi mereka yang terpilih.. peperiksaan SIJIL PELAJARAN MALAYSIA.



Aku mengambil peluang ini untuk ucapkan selamat berjuang kepada adik-adik yang bakal menempuhi peperiksaan SPM terutamanya buat adik perempuan bongsu aku yang cute miut tu. ehe..



Baru sebentar tadi berbual mesra dengan dia, memberi kata-kata semangat dari seorang kakak kepada adiknya. Berdoa semoga adik akan menghadapi exam esok dengan tenang dan penuh semangat serta yakin diri. Melangkah ke dewan peperiksaan dengan gagah berbekalkan segala ilmu yang telah dipelajari.



Kami sentiasa mendoakan kejayaanmu, sayang, Buat yang terbaik untuk masa depanmu. Ingat segala kata-kata semangat dari kami, especially mak dan abah. Semoga mendapat keputusan yang terbaik nanti ye sayang.



..::Untuk Isteri & Bakal Isteri::..

Aku nak share something dengan u all sume. Mungkin ada yang dah tahu, just recap semula la ek. Yang tak tahu lagi tu, boleh baca dan ingat ok..Aku pun dah pernah baca tentang artikel ni. Artikel ni aku amik dari emel aku. Bagus bagi sesiapa yang dah berumah tangga. Boleh praktikkan selalu. Aku? InsyaAllah, akan aku gunakan ilmu ni bila aku dah kawen nanti.ehe..So, selamat membaca...


Adab Berhadapan Dengan Suami

Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilangla h matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyerirumahtangga.

Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami.Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf.Jangan kitatunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya.Bila diamenyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar,jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam).Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat.

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak.Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung dihatinya.Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah
minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak,dahulukan lah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika uami kita meredhainya.

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya.Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur,apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya.


Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Disinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.



Sunday, November 15, 2009

..::Be With You::..

Sekarang ni aku terlalu addict dengan lagu ni. Asyik ulang dengar je. Dulu lagu Takin Back My Love..Lagu ni aku nak tujukan untuk dia..hope dia epy selalu..


I know they wanna come and separate us but they can't do us nothin
Your the one i want and i'm a continue lovin
Cause your considered wify and i'm considered husband
And i'm a always be there for you


And either way you look at it i ain't goin no where for my muffin
Cause she gonna hold it down, cant no body tell her nothin
You got the kind of love that always make a ???? fussin
And that's what gets me closer to you

And no one knows
Why i'm into you
Cause you'll never know what its like to walk in our shoes
And no one know, the things we've been through
Can never measure up to half of what i put you through
That's why we'll break through

And i don't care what they say
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you
I wanna be with you
And i don't care what they do
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you

Seems like every day that go by things are gettin harder
Want to be the one that give you the whole enchilada
Cause i know what my baby like, i lean you on that prada
You ain't got to match with the shoes
All about knowing you i'm into doing things to keep her longer
Stickin together forever, watch you grow stronger
That's the way it has to be, everything problem
Keepin it always true

And no one knows
What i'm into you
Cause you'll never know what its like to walk in our shoes
And no one know, the things we've been through
Can never measure up to half of what i put you through
That's why we'll break through

And i don't care what they say
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you
I wanna be with you
And i don't care what they do
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you

You are everything in my life see the joy you bring
And ain't no one i compare you to
And i know that you will never walk away from me no matter what
And that's why i plan to do the same thing for you
And i want you to know

And i don't care what they say
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you
I wanna be with you
And i don't care what they do
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you

And i don't care what they say
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you
I wanna be with you
And i don't care what they do
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you
I'm gonna be with you



Thursday, November 12, 2009

..::Manusia Kerdil::..


Hati terguris dengan perkhabaran dari sang sahabat. Perkhabaran yang benar-benar meragut kegembiraan aku pada saat ini. Salahkah aku untuk bahagia? Salahkah aku untuk terus gembira? Bukan mahuku semua ini terjadi. Tiada sekelumit dendam yang tertanam dalam hatiku..Mungkin ini balasan daripada keterlanjuran aku dahulu. Mungkin juga ini dugaan untuk aku agar aku lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan.


Aku cuma mahukan yang terbaik. Aku cuba untuk jadi yang terbaik sehinggakan kepentingan diriku diketepikan. Berikan aku peluang untuk ku tebus kesalahan aku itu agar prasangka buruk itu hilang. Berikan aku ruang untuk menegakkan kebenaran yang terselindung disebalik kepalsuan yang secubit cuma.


Aku hanya insan biasa. Tak lepas dari kesalahan. Andai aku alpa, aku sedia menerima teguran dengan cara baik. Akan aku hargai teguran itu untuk kebaikan. Jangan hina aku seperti aku tiada harga diri. Aku punya maruah, aku punya pendirian, aku punya sifat malu..Mohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung.



Wednesday, November 11, 2009

..::Kalau Saya Menjadi Seorang Isteri::..


Entri kali ni hanya sekadar menghilangkan bosan. Berminat nak buat tag ni plak..Tiada kena mengena dengan sesiapa ok. Letih memikirkan ayat untuk ditulis dalam report. Berehat sebentar bersama kit kat...opss,silap. Berehat sebentar bersama blog kesayangan ramai.ehe..



Kalau saya menjadi seorang isteri...
saya mahu jadi kawan..teman..rakan kongsi..geng gaduh (manje2 je tau)..bersama suami..mahu juga berkongsi minat bersama even masa bujang tak suka pon nak buat or tak pernah nak buat pon benda tu.

Kalau saya menjadi seorang isteri...
saya taknak ada ada orang gaji.. saya mahu menjadi seperti mak yang boleh buat sume kerja rumah dengan baik. lagipun kalau ada maid nanti tak dapat nak manja2 ng suami selalu or everytime..ahaks

Kalau saya menjadi seorang isteri...
saya mahu berhias cantik di depan suami dan memakai pakaian yang digemarinya..mahu nampak sentiasa chomeyl dan anggun selalu..lalala

Kalau saya menjadi serorang isteri...
Saya mahu anak yang berkualiti bukan berkuantiti..yup, kalau rezeki banyak terima jela. tapi make sure berKUALITI..bukan seperti kuali k..ehe..

Kalau saya menjadi seorang isteri...
saya mahu bekerja selagi suami membenarkan..padahal memang nak jadi suri rumah sepenuh masa pun. Boleh uruskan hal rumah tangga dengan baik..tapi if bekerja, biarla hanya pada opis hour..no OT,OT..tak sabar nak balik nak berkepit dengan suami tercinta...kalau ada masa terluang je sure dengan suami..wah,bestnya..romantis gitu..berdua bersama



Kalau saya menjadi seorang isteri...
saya mahu berkongsi segala2nya dengan suami..berkongsi berus gigi boleh masuk kategori berkongsi tak?hehe...ok,ok..berkongsi di sini bermaksud berkongsi susah senang bersama.bukan masa senang je..

Kalau saya menjadi seorang isteri...
saya mahu jadi yang terbaik untuk suami dan anak2 selagi saya mampu..susah tu nak tunaikan..betul tak? takpe,nak jadi isteri solehah kan..

kalau saya menjadi seorang isteri...
saya akan pastikan rumah sentiasa bersih dan kemas..tapi lagi best kalau suami tolong buatkan sama..hehe..apa yang penting,kerjasama..lalala

Kalau saya menjadi seorang isteri...
saya MAHU memasak untuk keluarga even sekarang ni tak pandai sangat pun. rasanya dia lagi terer memasak.hehe..takpe,ada masa lagi untuk improve skill..kalau takde masa pun,weekend saya akan pastikan saya yang memasak..anak2 blh tlg ibu okies..

Kalau saya menjadi seorang isteri...
saya berharap saya akan menjadi isteri yang menyenangkan hati suami..itu yang penting..

(^__^)



Tuesday, November 10, 2009

..::Selamat Ulangtahun, Sayang::..


9 November 2009 @ 091109 ~ cantikkan nombor ni? Ada yang istimewa tentang tarikh ini. Walaupun terlewat sehari rasanya masih sempat untuk aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat sahabat tersayang, teman akrab, kawan susah dan senang....NOOR SHAHUREEN. Semoga panjang umur dan diberkati hidupmu sepanjang usia.


Aku dah berkawan dengan Ureen ni sejak di matrikulasi lagi. Kiranya dah 5 tahun la. Lepas abis matrikulasi dulu dah takde peluang nak jumpa dia. Pernah rancang nak ke rumah dia bulan lepas tapi tak sempat sebab dia dah posting ke Negeri Sembilan plak. Ye, dia seorang cikgu. Comel dan baik hati. Senang berkawan dengan Ureen ni. Perangai lebih kurang aku je la. hehe..


Hope dapat jumpa dia tak lama lagi. Terlalu rindukan masa gelak tangis dulu. Ko ingat lagi kan?? Apa kesukaan kite petang-petang kat bilik dulu. Haha..Nanti kite gosip-gosip lagi ek. Cepatla tepon aku..kan dapat free call seminggu sebagai hadiah besday dari celcom. haha..



Thursday, November 5, 2009

..::Perkahwinan Di Usia Muda::..


Apa pendapat anda jika seseorang itu membuat keputusan untuk berkahwin di usia yang muda? Bagi aku tiada masalah sekiranya masing-masing telah yakin dan matang serta mampu menjalankan tanggungjawab yang bakal dipikul.


Jom2 berkongsi pendapat tentang perkahwinan di usia muda dengan saya...Apa pro dan kontra yang akan timbul? Sesiapa yang ada pengalaman, sila la beri pendapat anda dan sesiapa yang masih bujang seperti saya, anda juga dialu-alukan untuk menyumbangkan pandangan..



..::Aku Rindu::..


Aku sunyi aku rindu

Aku rindu suara mu

Aku rindu ayat-ayat

yang keluar dari mulut mu

Aku rindu nakal mu

Selalu membuat ku

ceria

Aku rindu ketawa mu

Aku rindu nasihat mu

Aku rindu senyuman mu

Yang paling aku rindu...

AKU RINDU KAMU

tapi

Adakah kau merindui aku

Seperti aku merindui kamu

Adakah kau mengerti, pahami

rasa seperti apa yang aku rasa

Dapatkah kau selami hati aku ini ???



Monday, November 2, 2009

..::Emosi::..


Disaat aku benar-benar rasa diri perlukan kekuatan dalaman yang maha hebat, aku didatangi cubaan yang merapuhkan kekuatan itu. Kenapa disaat itu juga ia hadir?


Iya, sekarang ni aku tengah bertarung dengan emosi diri yang betul-betul menduga aku. Bercampur dengan PMS yang sentiasa setia setiap bulan. Haih~ Celaru semuanya. Benci berperang dengan perasaan sendiri. Cepatla berlalu..



..::Pagi yang Cerah::..


Pagi yang indah. Angin sepoi-sepoi bahasa menerjah kamar aku. Owh, indahnya. Hati aku pun tengah berbunga-bunga sekarang. Penuh dengan rasa sayang dan kasih. Cukup 3 ari dapat top up. Masih ditahap maksima lagi. Best sangat. Hari minggu aku penuh dengan kegembiraan. Terima kasih, syg.


Hari ni dah xde enjoy2 dah. Kena siapkan report untuk dihantar. Dah masuk bulan 11 pun. Kalau tak siapkan sekarang, alamatnye fail la aku. Mintak dijauhkan. Chaiyok2. Boleh siap.


Lepas study skit, nak gi post office plak. Nak settlekan sume hal sebelum duit habis. Simpanan untuk masa depan. Ehe..Sekarang ni dah jauh dah kalau nak simpan duit. Dulu, xpayah kuar pun xpe. Mujur gak tak jauh mana.


Nanti ada masa aku update cite jalan-jalan ke Bukit Merah LakeTown Resort k. Tunggu dapat pic dari dia. Pada aku ada skit je. Tunggu tau..



Saturday, October 31, 2009

..::Jom Jalan::..


Aku dengar ramai kawan2 satu universiti aku dulu mengalami krisis hidup. Aku ingatkan aku sorang je yang ada rasa camtu. Rupanya kami serupa. Musim orang berkrisis ke?


Hari minggu yang bosan. Walaupun duit dah penuh purse *tipu je*, tapi duk terperap kat bilik sesorang sambil menghadap journal yang bertimbun. Dah bosan membaca, hadap series kejap sambil makan-makan megi. Aik, kata duit dah kembung purse, tapi makan megi je. Ye, aku makan megi je untuk lunch arini. Kes malas nak turun kafe sorang2 n makan sorang2. Ala..makan megi kat bilik pun sorang2 gak. Ape aku melalut ni??


Ni la perangai orang yang bosan. Kalau turun beli lunch kat kafe, sure takde choice. Maklumla hari minggu. Banyak kafe tutup. Tak bestnya. Tak macam kat UTM dulu. Macam-macam ada. Kalau aku bosan hujung minggu pun, paling tidak aku akan merayau sorang2 window shopping sampai lenguh kaki. Hari untuk merelakskan diri. Itu istilah aku. Pelik ke jalan sorang2 kat shopping complex? Maybe bagi orang lain, tapi aku ok je. Walaupun berulangkali dan tempat yang sama,aku tak pernah bosan pun.


Nak kuar!!!! Bosan duk bilik sorang2. Jom main bowling *macam pandai je.hehe..* Aku rasa nak g pantaila petang ni. Boleh tak?? Jomla..jomla..best tau main air laut. Tenang je..Ada sesape nak ikut tak? Boleh jadi teman aku berceloteh sepanjang jalan. Woah,best2.



Thursday, October 29, 2009

..::Siapa KAWAN dalam Hidup Lelaki::..

Dua malam lepas (baca : tengah malam), saya menikmati makan malam (baca : supper) berseorangan di Kedai Mamak Ayub di Taman Universiti. Tempat yang saya tuju untuk menikmati sotong berempah (baca : kari) yang sedap dan agak murah.

Sedang asyik makan dan hanyut dengan bacaan Mastika, tiba tiba datanglah dua manusia, lelaki dan perempuan.

“Aku dahagalah. Nak sikit boleh?”

Tak sempat nak kata apa, sudah diteguknya air nescafe tarik saya. Eishhhh. Kawan saya, KC dan bakal tunangannya.

Selepas itu bermulalah cerita antara lelaki dan lelaki. Saya suka cara penerimaan si wanita, dalam kelembutan dan kemanjaannya dia berkata

“Memang menjadi lumrah lelaki, bila bertemu
kawan, lupa segalanya. Kita ni, orang perempuan, kenalah pandai
sesuaikan diri. Tak gitu abang?”

Sambil tersenyum manis pada si KC.

Argkhhh, hancur luluh hatiku ini, bila melihat kemesraan mereka. Aduhhhh, kena kahwin nih…

—–

Apapun, benar apa yang dikatakan oleh bakal tunangan si KC itu. Lelaki akan jadi lemah dan kosong tanpa teman-teman sekepala, malah menjadi cepat bosan. Betul tak lelaki?

Seperti perempuan juga, jika bertemu kawan perempuannya, memanglah satu atau dua jam duduk berbual. Namun, tanggungjawabnya sebagai perempuan, anak, isteri., dan kekasih orang tetap tak terabai. Hebatkan perempuan ni?

Pernah lihat tak dikampung-kampung, mahupun di bandar. Lelaki-lelaki banyak menghabiskan masa di kedai-kedai kopi, atau nama inggerisnya cofee house di bandar-bandar. Nak pula, jumpa rakan sekepala, menonton pula Barclays ataupun Kelayakan Euro, dengan air panas yang dihirup, ia umpama candu yang melalaikan. Tak sedar dengan masa dan sebagainya. Bagi seorang lelaki, inilah masanya untuk mententeramkan jiwa.

Bukan tidak boleh berada dirumah. Bahkan di rumah, ada yang pasang segala hifi, Astro berpuluh-puluh saluran, sistem teater rumah, cumanya, di rumah, keghairahan untuk menonton kurang. Tiada siapa yang boleh di ajak bertukar pandangan. Agak-agaknya, bila di tanya si isteri sebegini apa jawabnya?

“Agak-agaknyalah, dengan formasi 4-4-2 yang Sir Erickson buat dahulu, mampu atau tidak pasukannya menang?”

Mungkin jawapan si isteri.

“Alah, abang ni, manalah kita tahu benda tu”

Jika dalam keadaan manja. Tetapi, jika dalam emosi yang menguasai.

“Tu dah mula dah tu. Nak buat alasan pergi kedai mamak la tuhhh”

Hummm…

Begitu juga dengan topik perbincangan. Jika sesama lelaki, banyak sungguh topik yang dapat diutarakan, politik, agama, kehidupan, sukan, informasi terkini, teka-teki… dan banyak lagi….

Manakala sesama perempuan pula, banyak diceritakan mengenai perihal keluarga, masakan, gossip panas, banding-banding (anak, baju, dsb.), dan 1001 macam lagi.

Cuma satu sahaja yang lelaki tiada, umpatan yang berevolusi. Daaaaa…. Istilah baru ni. Ia membawa maksud, lelaki dan perempuan suka juga mengumpat ni. Tetapi, sesama lelaki, benda tu diterima dalam banyak keadaan, dan jarang ianya berkekalan. Bila habis umpatan, senyaplah..

Tetapi, antara perempuan. Tu dia aihhhhh!!!! bak kata orang Kedah. Selagi boleh disebut salasilah keturunan suku sakat susur galur cerita, selagi tu lah tak pernah habis… Pernah dengar atau tidak pernyataan di bawah….

“Patutlahhh, dulu kau tahu tak, anak si Tijah
tu macam bohsia dah aku tengok, sekarang masa nak kahwin baru tahu nak
cari ubat pulih dara!”

Walaupun tak sama, lebih kurang bukan? Hehhehe…

Apapun, berilah masa untuk lelaki bertemu dengan kawan-kawan sekepala mereka. Kawan sepejabat, tak semestinya sekepala. Kalau perempuan yang jadi suri rumah, banyak masa untuk berbual sebenarnya. Masa beli sarapan di kedai, masa sidai baju, masa lepak-lepak petang bawah pokok, masa ambil anak dari sekolah, masa tunggu suami balik rumah, dan banyaklah masa lagi…

Ada akak tu siap boleh main game lagi…. Kalaulah suami balik, muka macam Mario Bros. baru tahu….

Akhir kata, perlu ada timbal balik dalammemahami sikap lelaki ini. Lelaki hidupnya mudah, apa yang dia suka, cubalah fahami. Bukan semuanya perlu dipenuhi, cukup sekadar faham, jantina lelaki ini lain sifatnya dengan wanita. InsyaAllah, dia akan bertambah sayangkan si perempuan. Jika ingin menegur hobinya bertemu rakan-rakan, pandai-pandailah menuturkan bahasa yang tidak menyakitkan hatinya.

Yang lelaki pula, perlulah faham si perempuan, berilah masa bersama si perempuan, sekurang kurangnya 1 atau 2 jam sehari, mendengar kisahnya. Perempuan juga mudah dikasihi. Percayalah, lelaki yang mampu menjadi seorang pendengar yang baik, adalah lelaki yang amat disanjungi wanita. Percayalah! Mereka bukan perlukan penyelesaian, mereka hanya perlukan perhatian..



..::8 Cenderahati Paling Berharga::..

Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.


1)Kehadiran.
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.


2)Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.


3)Diam.
Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya ‘ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebelnya.


4)Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.


5)Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.


6)Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.


7)Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.


8 ) Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??


Hadiahkan lah cenderahati ini kepada sesiapa sahaja yang anda ini berikan…

Semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.