Teman-teman

Wednesday, August 29, 2012

..::Pengalaman Berhari Raya Dengan Dua Keluarga::..


Assalamualaikum dan selamat hari raya....

Dah 11 Syawal pun kan. Cepat je masa berlalu. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur.

Rata-rata blogger yang baru berkahwin sebelum ramadhan lepas, asyik bercerita pasal pengalaman raya mereka. Hehe.. Saya pun nak story mory gakla. Boleh ye...

Alhamdulillah, saya dan suami dapat cuti raya seminggu. Seronok dapat cuti lama-lama ni. Boleh spend time lama sikit kat kampung. Kami bertolak dari Shah Alam ari Jumaat sebelum raya tu. Saya dah start cuti pun Jumaat tu. Bos bagi free leave. Best. Tapi kena tunggu suami dengan adik ipar abis keje gakla, baru boleh balik kampung.

Sampai di Terengganu, dalam jam 1 pagi. Alhamdulillah, jalan smooth je. Maybe sebab ramai yang dah balik dari hari Rabu kan. Malam tu stay rumah saya dan bersahur sekali di rumah saya. Dalam jam 10 pagi, saya balik rumah mertua plak. Mentang-mentang rumah sendiri dengan rumah mertua sekangkang kera, bolehla gilir-gilir. Walaupun penat, tapi seronok juga. So, sehari sebelum raya tu aktiviti mengemas rumah mertua dan juga menyediakan juadah untuk hari raya. Dalam keluarga mertua, cuma mak, along dan saya je perempuan. Tahun depan, terpaksala saya dengan mak je buat persiapan raya. Next raya along balik Perlis. Huhu..

Nak jadikan cerita, ada insiden yang lucu + memalukan berlaku pada hari Sabtu tu. Hehe.. First time saya tahu selok belok rumah mertua saya adalah masa raya tahun ni. Oleh itu, saya dengan tidak sengaja telah merosakkan pintu tingkap rumah mertua. Faham tak? Camni, saya tak tahu tingkap tu tak boleh buka. Tapi saya usaha juga tolak sehingga saya dengar bunyi agak kuat di luar rumah. Rupanya pintu tingkap tu dah jatuh ke laman rumah. Mujurlah masa tu takde kereta park dekat laman. Malunya saya. Rasa bersalah pun ada. Tu la, memandai sangat.

Stop pasal peristiwa memalukan tu. Meh saya cite pasal sistem bergilir masa hari raya plak. 

  1. Malam dan pagi raya saya di rumah mertua. 
  2. Lepas solat raya sehingga raya kedua di kampung saya di Pekan. 
  3. Malam raya kedua sehingga raya ketiga di rumah mertua.
  4. Malam raya ketiga sehingga raya kelima di rumah saya.
  5. Malam raya kelima di rumah mertua.
  6. Raya keenam di rumah saya (sebab buat open house)
  7. Raya ketujuh di rumah mertua
  8. Pagi raya kelapan di rumah mertua & rumah saya sebelum bertolak pulang ke Shah Alam
Saya banyak mengelat kan?Hehe...Next raya, malam dan pagi raya wajib di rumah saya coz encik suami tak balik raya. Huhu..Hehe..

Itulah serba sedikit kisah hari raya saya bersama keluarga saya dan keluarga mertua. Yeay..Korang plak camne?