Teman-teman

Friday, December 4, 2009

..::Tak Mungkin Kerna Sayang::..


Semakin dekat dengan tarikh 'itu', semakin sedih hati ini. Kucuba melupakan apa yang telah berlaku 5 tahun yang lepas. Aku cuba bangkit dengan semangat baru yang aku sendiri tak tahu dari mana ia akan muncul. Lagi 2 hari..patutlah semangat aku kian hilang.



Walau sejauh mana aku cuba lari dari kisah silam, ia takkan merubah apa-apa. Sememangnya kenangan itu akan sentiasa hadir walaupun sesaat cuma. Pahit manis yang tercatit selama 5 tahun lenyap bagaikan tsunami. Mungkin silap aku semua ini terjadi.


Kuberikan kebebasan yang dimahukan. Kuberi kebahagian yang dicari. Kuberi kegembiraan yang tak tercapai ketika bersamaku. Satu pengorbanan, mungkin. Andai dengan cara itu boleh dianggap sebagai salah satu cabang CINTA, biarlah dia terbang bebas.


Aku bukan mengungkit kisah silam yang aku sendiri ingin lupakan, tapi aku mahu luahkan supaya lebih mudah untuk aku lupakan. Pahit, manis, suka, duka di alam percintaan amat indah. Pengalaman paling berharga buat dunia kedewasaanku.


Terima kasih untuk kasih sayang, cinta dan rindu yang pernah hadir dulu. Terima kasih untuk setiap waktu yang terluang, perasaan yang terluah, perbuatan yang amat manis. Selamat tinggal cinta..



No comments: