Teman-teman

Wednesday, December 16, 2009

..::2010::..


Tinggal setengah bulan je lagi untuk melangkah ke tahun yang baru. 2010 akan menjelma tak lama lagi. Azam tahun baru? Hurm, azam tahun lama pun masih ada yang belum tercapai. Yang tak tercapai pun ada. Yela, kita merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya.


Hari ni merupakan hari terakhir aku mengajar. Alhamdulillah, selesai juga. Perit untuk menghabiskan kelas ketika perasaan dan keadaan diri yang tak sihat. Tadi, aku hanya menyuruh pelajar-pelajarku membuat ulangkaji dan menyalin kembali jawapan untuk ujian minggu lepas. Mujur mereka faham dengan keadaan aku. Melihat wajah mereka yang ceria, aku rasa bagaikan mahu kembali ke usia muda, zaman kanak-kanak. Hidup penuh dengan keceriaan dan kegembiraan di samping keluarga dan kawan-kawan. Bila dah dewasa ni, kena pilih salah satu je. Kawan atau keluarga. Belajar jauh dari keluarga sedikit sebanyak mengajar aku berdikari tapi rindu yang menggunung tu la yang sukar untuk ditarah.


Gaji pertama sudah berada ditangan. Alhamdulillah, walau tak seberapa ia datang dari hasil titik peluh aku sendiri. Jerih usaha aku selama ini. Panggilan 'cikgu' akan tetap kekal sampai bila-bila. Pernah sekali aku ke kedai, pelajarku menegurku dari jauh. Terasa bagaikan besarnya makna seorang guru itu.


InsyaAllah, tahun baru yang akan tiba nanti menjadi tahun baru buat aku. Baru dalam setiap segi. Baru dari kenangan lama, baru dari sifat lama, baru dari pencapaian lama. Akan aku buktikan yang aku juga boleh berjaya dengan sendiri. Tak perlu bergantung hidup pada yang lain kecuali Allah. Usia makin meningkat, fikiran semakin matang. InsyaAllah, aku akan mengingati suatu perkara yang tak pernah aku sedari ianya adalah kelemahan diri aku sendiri. Aku akan ubah.


Anda pula bagaimana? Sudah ada azam untuk tahun baru? Let share with me..(^_^)



No comments: