Teman-teman

Tuesday, December 29, 2009

..::Kau Bukan Dihatiku Lagi::..


Sejak dua menjak ni aku selalu je terbaca pasal kes cerai, berpisah, kecewa bercinta dan seangkatan dengannya. Kalau setakat cerai sebab tak de persefahaman antara pasangan tu, aku tak kisah lagi tapi ni bercerai sebab kena dera. Tak sanggupnya aku dengar. Walaupun aku tak mengalaminya, tapi aku faham perasaan perempuan tu yang kena dera ngan suami lebih-lebih lagi yang panas baran + curang. Nauzubillah.. Dah tak ada akal ke ek manusia sekarang?


Dah lari tajuk plak. Entri ni sebenarnya bukan nak bercerita pasal hal orang lain, tapi aku nak cerita pasal diri aku sendiri. Bukan nak meraih simpati orang, cuma nak melupakan kenangan paling pahit dalam tahun 2009. Kan dah nak masuk tahun baru, so aku nak lupakan sume kenangan 2009 setibanya tanggal 010110 nanti.


Dah genap sebulan aku kembali single setelah Tuhan pinjamkan aku seorang insan bernama kekasih selama 5 tahun. Banyak kenangan aku bersama dia. 5 tahun bukan satu jangkamasa yang pendek. Walaupun sampai saat ni aku tak mengenali dia sepenuhnya, tapi pahit manis menjadi kekasih dia tetap bermain dalam ingatan aku. Dan sekarang, aku berjaya untuk melupakan dia. Kau bukan dihatiku lagi...


Bagi aku, dia memang seorang yang cukup lengkap. Boleh dikatakan dia menepati setiap ciri-ciri lelaki yang aku angankan. Pandai menjaga batas pergaulan dan ada ilmu agama. Tapi satu je yang aku tak suka tentang dia...panas baran. Aku cukup tak suka dengan lelaki yang panas baran. Lebih-lebih lagi pada wanita. Aku tak dapat terima bila kata-kata yang kasar bagi aku, keluar dari mulut dia. Sejak kecil, aku tak dididik untuk bercakap kasar sebegitu. Jadi, aku pun tak suka dengar orang cakap kasar dengan aku.


Aku bersyukur pada Allah kerana DIA telah beri aku petunjuk sebelum kami disatukan. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Aku tak cakap dia jahat, aku tak berdendam pun dengan dia. Aku dah maafkan dia seikhlas hati aku. Mungkin aku hanya ditakdirkan menjadi kekasih dia, bukan isteri. Dan mungkin diri aku tak sesuai untuk menjadi pasangan hidup dia. Mujur gak perpisahan ini terjadi masa aku belum ada jadi isteri dia. Aku tak sanggup kalau sekiranya aku jadi isteri dia, and then dia maki hamun aku bila dia marah. Aku seorang yang sangat sensitif. Ye, benar. Sensitif. Hati aku lembut. Cepat terguris dengan kata-kata yang kasar. Apatah lagi kena marah. Dengan adik aku pun aku boleh menangis, inikan pula dengan seorang lelaki a.k.a suami. Silap hari bulan, aku boleh masuk wad sakit jiwa sebab tertekan.


Dari awal perkenalan, memang semuanya indah. Semua yang bercinta pun rasa cam tu kan. Sangat epy sebab ada yang care pasal kita, yang sayang kita, yang selalu ada untuk kita. Hubungan aku selama 5 tahun tu selalu ada pasang surut. Mungkin kat situ aku boleh nampak yang kami tak serasi, tapi aku butakan mata aku sebab sayangkan dia. Aku banyak bersabar dengan dia. Boleh dikatakan aku tak menjadi seperti diri aku bila bersama dengan dia. Banyak yang aku ubah untuk menyenangkan hati dia. Biasalah, dah nama pun kekasih. Mesti nak jadi yang terbaik di mata dia kan. Apa yang aku tak puas hati, aku diamkan je. Aku tak pernah nak marah dia. Aku sabar je. Tapi pada tahun terakhir hubungan kami, banyak pahit dari manisnya. Macam-macam hal yang terjadi. Sampaikan satu tahap, aku rasa dah tak boleh nak teruskan. Tapi masa tu aku tak cakap pun dengan dia. Aku diamkan je. Sebab aku tak sanggup lukakan hati dia kalau aku mintak putus.


Akhirnya 2 hari sebelum Aidiladha, di mana genap setahun kami mempunyai ikatan..dia putuskan hubungan kami. Masa tu dah tak ada air mata lagi yang keluar sebab dah abis dah air mata ni mengalir pada perpisahan-perpisahan sebelum ni. Aku dah tak rasa apa-apa pun. Terima dengan redha.


Aku harap lepas ni kalau aku bercinta lagi, biarlah ianya selepas perkahwinan. Aku tak nak merugikan masa aku bercinta terlalu lama dan memberi sepenuhnya kasih sayang dan kepercayaan kepada orang yang belum tentu menjadi milik aku. Sekarang, aku bahagia dengan hidup aku. Pergilah jauh-jauh wahai kenangan. Aku dah tak nak ingat dah semua tu. Hati aku dah terbuka untuk menerima cinta yang baru. Takkan ada erti serik dalam kamus hidup aku mengenai cinta. Semoga pertemuan yang akan datang adalah cinta terakhir buatku.


notakaki:cuba untuk belajar dari kesilapan.
pengalaman mengajar kita menjadi orang yang lebih berhati-hati.
tuhan takkan berhenti menguji.
terpulang pada kita bagaimana untuk mengatasi kesedihan dan kekecewaan.
bagi aku, ini cara aku, hidup aku.
takdir dah menetapkan aku terluka di saat ini, supaya aku lebih tabah di masa hadapan.
untuk awak, saya ucapkan terima kasih kerana menjaga saya dulu.
terima kasih untuk segalanya.
semoga awak temui insan yang benar-benar sempurna untuk diri awak.



8 comments:

Marina Monroe said...

Sabar dan teruskan hidup. Tak per ada hikmah di sebalik apa yang dah berlaku. Tiada cinta yang 'abadi' melainkan Allah.

rimieilya said...

terima kasih auntie ats nasihat auntie tu..

sukenye dapat mama sorg lagi..

auntie juga, jaga kesihatan ya..

lea said...

Allah maha mengetahui apa yg terbaek utk kite
tapi betullah..
bercinta lepas kawen lagi best
:D

OpiYa OneL said...

laa.. da putus ke mira?? how's his parents?? buleh terima ke perpisahan korang ni? Anyway mira, aku rase atok still tunggu ko. I'll think, he is the right man for you.. hehe...

rimieilya said...

lea~thanks lea syg..insyaALLAH akan ada yg terbaik kemudian hari

rimieilya said...

pya~

takde jodoh. Sume tu kan ketentuan Allah.parents dia?ntahla..aku ok je ng parents die,still cam dulu.dorg ttp mak ayah aku gak smpai bila2..

atok?hehe..no la.he's only my bestfriend.no heart feeling (^_^)

btw,thanks ye pya.

FunNaDGreat said...

huhuh.. sedeyh lak bace..
tp xpe..
ALLAH dah janjikan yang terbaik utk kite..

rimieilya said...

yup..just wait n pray for it..