Teman-teman

Thursday, October 29, 2009

..::Siapa KAWAN dalam Hidup Lelaki::..

Dua malam lepas (baca : tengah malam), saya menikmati makan malam (baca : supper) berseorangan di Kedai Mamak Ayub di Taman Universiti. Tempat yang saya tuju untuk menikmati sotong berempah (baca : kari) yang sedap dan agak murah.

Sedang asyik makan dan hanyut dengan bacaan Mastika, tiba tiba datanglah dua manusia, lelaki dan perempuan.

“Aku dahagalah. Nak sikit boleh?”

Tak sempat nak kata apa, sudah diteguknya air nescafe tarik saya. Eishhhh. Kawan saya, KC dan bakal tunangannya.

Selepas itu bermulalah cerita antara lelaki dan lelaki. Saya suka cara penerimaan si wanita, dalam kelembutan dan kemanjaannya dia berkata

“Memang menjadi lumrah lelaki, bila bertemu
kawan, lupa segalanya. Kita ni, orang perempuan, kenalah pandai
sesuaikan diri. Tak gitu abang?”

Sambil tersenyum manis pada si KC.

Argkhhh, hancur luluh hatiku ini, bila melihat kemesraan mereka. Aduhhhh, kena kahwin nih…

—–

Apapun, benar apa yang dikatakan oleh bakal tunangan si KC itu. Lelaki akan jadi lemah dan kosong tanpa teman-teman sekepala, malah menjadi cepat bosan. Betul tak lelaki?

Seperti perempuan juga, jika bertemu kawan perempuannya, memanglah satu atau dua jam duduk berbual. Namun, tanggungjawabnya sebagai perempuan, anak, isteri., dan kekasih orang tetap tak terabai. Hebatkan perempuan ni?

Pernah lihat tak dikampung-kampung, mahupun di bandar. Lelaki-lelaki banyak menghabiskan masa di kedai-kedai kopi, atau nama inggerisnya cofee house di bandar-bandar. Nak pula, jumpa rakan sekepala, menonton pula Barclays ataupun Kelayakan Euro, dengan air panas yang dihirup, ia umpama candu yang melalaikan. Tak sedar dengan masa dan sebagainya. Bagi seorang lelaki, inilah masanya untuk mententeramkan jiwa.

Bukan tidak boleh berada dirumah. Bahkan di rumah, ada yang pasang segala hifi, Astro berpuluh-puluh saluran, sistem teater rumah, cumanya, di rumah, keghairahan untuk menonton kurang. Tiada siapa yang boleh di ajak bertukar pandangan. Agak-agaknya, bila di tanya si isteri sebegini apa jawabnya?

“Agak-agaknyalah, dengan formasi 4-4-2 yang Sir Erickson buat dahulu, mampu atau tidak pasukannya menang?”

Mungkin jawapan si isteri.

“Alah, abang ni, manalah kita tahu benda tu”

Jika dalam keadaan manja. Tetapi, jika dalam emosi yang menguasai.

“Tu dah mula dah tu. Nak buat alasan pergi kedai mamak la tuhhh”

Hummm…

Begitu juga dengan topik perbincangan. Jika sesama lelaki, banyak sungguh topik yang dapat diutarakan, politik, agama, kehidupan, sukan, informasi terkini, teka-teki… dan banyak lagi….

Manakala sesama perempuan pula, banyak diceritakan mengenai perihal keluarga, masakan, gossip panas, banding-banding (anak, baju, dsb.), dan 1001 macam lagi.

Cuma satu sahaja yang lelaki tiada, umpatan yang berevolusi. Daaaaa…. Istilah baru ni. Ia membawa maksud, lelaki dan perempuan suka juga mengumpat ni. Tetapi, sesama lelaki, benda tu diterima dalam banyak keadaan, dan jarang ianya berkekalan. Bila habis umpatan, senyaplah..

Tetapi, antara perempuan. Tu dia aihhhhh!!!! bak kata orang Kedah. Selagi boleh disebut salasilah keturunan suku sakat susur galur cerita, selagi tu lah tak pernah habis… Pernah dengar atau tidak pernyataan di bawah….

“Patutlahhh, dulu kau tahu tak, anak si Tijah
tu macam bohsia dah aku tengok, sekarang masa nak kahwin baru tahu nak
cari ubat pulih dara!”

Walaupun tak sama, lebih kurang bukan? Hehhehe…

Apapun, berilah masa untuk lelaki bertemu dengan kawan-kawan sekepala mereka. Kawan sepejabat, tak semestinya sekepala. Kalau perempuan yang jadi suri rumah, banyak masa untuk berbual sebenarnya. Masa beli sarapan di kedai, masa sidai baju, masa lepak-lepak petang bawah pokok, masa ambil anak dari sekolah, masa tunggu suami balik rumah, dan banyaklah masa lagi…

Ada akak tu siap boleh main game lagi…. Kalaulah suami balik, muka macam Mario Bros. baru tahu….

Akhir kata, perlu ada timbal balik dalammemahami sikap lelaki ini. Lelaki hidupnya mudah, apa yang dia suka, cubalah fahami. Bukan semuanya perlu dipenuhi, cukup sekadar faham, jantina lelaki ini lain sifatnya dengan wanita. InsyaAllah, dia akan bertambah sayangkan si perempuan. Jika ingin menegur hobinya bertemu rakan-rakan, pandai-pandailah menuturkan bahasa yang tidak menyakitkan hatinya.

Yang lelaki pula, perlulah faham si perempuan, berilah masa bersama si perempuan, sekurang kurangnya 1 atau 2 jam sehari, mendengar kisahnya. Perempuan juga mudah dikasihi. Percayalah, lelaki yang mampu menjadi seorang pendengar yang baik, adalah lelaki yang amat disanjungi wanita. Percayalah! Mereka bukan perlukan penyelesaian, mereka hanya perlukan perhatian..



No comments: