Teman-teman

Friday, October 9, 2009

..::CINTA..Benarkan Aku Pergi::..


Hancur luluh hati yang makin pulih.

Di mana silapnya?

Tak seharusnya aku tahu tentang perkara itu. Tapi mungkin Tuhan lebih mengetahui mengapa aku harus tahu. Sebolehnya aku akan simpan sendiri benda ni. Mungkin suatu ketika nanti akan aku luahkan juga. Tak tahu bila..

Perasaaan aku? Ntah..Masa ni syaitan banyak menghasut. Aku sedar aku harus melawan. Ya, terus melawan agar mereka kalah. Aku perlukan masa untuk berfikiran rasional. Mungkinkah ini juga satu petunjuk dariNya? Aku sendiri keliru. Yang pasti hati aku telah berdarah kembali.

Kosong. Itu yang aku rasakan. Marah bukan lagi satu kepentingan di sini. Inikah saatnya hati aku bertukar menjadi hati kering? Ya Allah...ampuni aku kerana menyimpan dendam. Aku benci dengan kelemahanku ini. Bersihkan hatiku dari sifat keji ini ya Allah, kerna manusia sememangnya lemah..



2 comments:

Marina Monroe said...

Jgn biarkan hati tuh kosong...perbanyakkan mengingati Allah yakni berzikirlah..dengan 'Laillahaillallah' amat besar pahala nya.

rimieilya said...

terima kasih auntie. Allah Maha Mengetahui kan..sy tahu.

Semoga sy tak terus hanyut dengan rasa tu