Majlis sudah, honeymoon pun sudah.... Sekarang masanya saya menjadi isteri berkerjaya. Jangan tak percaya, kehidupan selepas berumah tangga sangat mencabar. Hari ni genap 3 minggu bergelar isteri, alhamdulillah saya masih berjaya menyediakan segala keperluan sang suami. Walaupun penat, tapi itulah rewards buat saya di akhirat.
Apa rasa bila dah berdua???
Sangat best, happy dan tenang. Hari-hari bersama menjalani kehidupan, cuba untuk membentuk rumah tangga yang sakinah.
saat indah dalam hidup akan sentiasa menjadi kenangan dihati |