Teman-teman

Friday, April 19, 2013

..::Peristiwa Yang Mungkin Dapat Beri Pengajaran Kepada Wanita Lain Di Luar Sana::..

Salam Jumaat semua...Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi cerita dengan pembaca blog saya yang setia.. Ada ke yang baca?hehe..

Kejadian ni baru berlaku semalam. Sangat menakutkan dan menyakitkan hati juga kalau diingat kembali.

Macam ni.. Semalam saya perlu ke Bera bersama client. Selepas selesai urusan di MD Bera, kami singgah makan tengahari di KFC Temerloh yang berhampiran SK Tanjung Lalang. Maaflah kalau saya mentioned tempat sebab saya harap adik-adik perempuan, kakak-kakak atau makcik-makcik yang membaca alert dengan tempat ni.

Semasa tengah makan, saya perasan ada 1 kumpulan pemuda tempatan sedang makan di meja hadapan saya. Sambil makan, sambil pandang-pandang ke arah meja saya. Saya buat tak tahu je la. Rasanya kumpulan berkenaan sebaya atau lebih muda dari saya. 

Lepas makan, saya nak ke tandas. Masa mula bergerak ke tempat cuci tangan tu, saya perasan seorang dari kumpulan itu pun bergerak ke tempat yang sama. Selepas selesai cuci tangan, saya masuk ke tandas. Waktu tu saya perasan ada seorang lagi dari kumpulan pemuda tadi datang untuk cuci tangan. Saya tak endahkan dan terus masuk untuk melepaskan hajat. 

Tandas di KFC tersebut berasingan antara lelaki dan wanita. Dalam tandas wanita ada 2 bilik tandas. Jadi saya tak kunci pintu utama dengan berfikiran mungkin nanti akan ada yang ingin masuk ke bilik tandas sebelah. Sedang saya melepaskan hajat, saya dengar ada seseorang masuk ke tandas tapi tak pula dengar orang tu masuk ke bilik tandas sebelah. Saya pun perhatikan bayangan orang itu melalui ruang antara pintu dan lantai. 

Semasa saya sedang perhatikan ke arah ruang tersebut, alangkah terkejutnya saya apabila saya ternampak tangan seseorang memegang telefon bimbit yang mengarah ke arah saya untuk tujuan mengambil gambar yang tidak senonoh. Dengan keadaan terkejut, saya terus semburkan air ke arah tangan tersebut. Menggigil seluruh tubuh saya dengan kejadian yang berlaku. Saya cepat-cepat selesaikan apa yang patut dan keluar.

Bila saya keluar, ruangan meja sudah kosong dan saya terlihat salah seorang dari kumpulan pemuda tadi berjalan ke arah tandas. Saya bingung samada dia yang lakukan ataupun tidak. Muka saya waktu tu pucat.

Bayangkan apa akan jadi  jika saya tak perasan orang yang masuk ke tandas tadi?Mesti dia sempat ambil gambar saya sedang melepaskan hajat. Nauzubillah....

Moral of the story: 

  • Saya harapkan kepada wanita yang membaca post saya ni, sentiasa berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. Paling penting jangan syok melepaskan hajat tanpa melihat sekeliling dan sentiasa lihat ruang-ruang yang terbuka di tandas awam sebelum, semasa dan selepas melepaskan hajat.
  • Saya harapkan kepada pemuda-pemuda yang baru nak melangkah ke waktu remaja atau yang sudah dewasa, hentikanlah perbuatan tak senonoh sebegini. Ingatlah jika emak, adik, kakak atau kekasih dan isteri anda yang melalui kejadian seperti ini, apa perasaan anda? 
  • Ingatlah, perkara yang buruk atau yang baik yang anda lakukan pasti akan dibalas Allah.