Teman-teman

Sunday, June 16, 2013

..::Untuk Abah::..

Di saat aku mula melihat dunia, kau selalu ada mengajari aku bagaimana untuk menjadi manusia patuh, berdikari dan kuat menghadapi cubaan dunia..

Kau tak pernah lelah mengingatkan aku tentang agama walaupun aku selalu alpa. Kau biarkan aku bertatih sendirian hingga kadangkala aku sangka kau kurang menyayangiku berbanding yang lain.

Tapi sebenarnya itulah cara kau didik aku sebagaimana aku yang sekarang..berjaya membuat kau tersenyum bangga dengan kejayaan aku mengharungi hidup penuh pancaroba..kau ibaratkan aku seperti layang-layang yang tinggi di langit biru..walau tinggi, aku masih dalam perhatianmu, abah..

Aku tahu kau bukan seorang lelaki yang pndai menunjukkan kasih sayangmu pada kami, tapi kami tahu yang abah sayangkan kami..mungkin boleh aku katakan, abah sanggup jika nyawa abah dijadikan ganti andai itu sebagai ganti kebahagiaan kami semua..kami tahu, abah...kami faham..

Dalam diam kau, ada kasih
Dalam marah kau, ada sayang
Dalam renungan sayu kau, ada tangis yang takkan kami tahu

Abah
Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik buat aku dan yang lain
Terima kasih untuk setiap keringatmu mrmbesarkan kami
Terima kasih kerana turut menyayangi suamiku seperti kau menyayangi aku
Terima kasih atas segalanya, abah....

Kami sayang abah. Ya Allah, Kau panjangkan umur abah. Berikan setiap kegembiraan kepadanya. Lindungilah dia dan berkatilah dia sebagaimana dia menjaga amanahMu ini dengan baik dari kecil lagi..

Selamat hari bapa, abah

Psiloveu: selamat hari bapa untuk ayah mertuaku juga..