Teman-teman

Wednesday, September 30, 2009

..::Memori Raya::..


Dah kembali ke Tronoh pun. Pagi yang mendamaikan. Hujan mencurah dari subuh. Kalau tarik selimut balik ni mesti best. Arrghh, malas datang lagi. Dah lebih seminggu bercuti sepatutnya dah ada mood nak belajar. hehe..Tak boleh jadi ni. Dah abis k masa holiday.


Cuti raya? Biasa je. Rasanya raya tahun ni paling tak best dalam hidup aku. Kalau boleh nak lupakan terus. Anggap je cuti raya tu sebagai cuti biasa je. Rest kat rumah dengan adik beradik, makan-makan, borak-borak... Takmo cite la apa yang jadi. Yang pasti hati aku terguris lagi. Enough.


Nak bersiap ke workstation plak. To be continue.....



Thursday, September 17, 2009

..::Selamat Hari Raya AidilFitri::..




Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua umat Islam
terutamanya sahabat handai yang jauh dan juga dunia maya
semoga anda semua bergembira di hari lebaran dan
sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat ya..


*send kad raya camni leh jimat skit.hehe..*



Wednesday, September 16, 2009

..::Test #2::..


Jam 7. Time tu dah kedengaran guruh di langit. Aku plak asyik duk tengok jam je. Dalam hati ni tertanya-tanya bila agaknya dua student ni nak siap jawab. Aku dah pikir-pikir kalau la aku tak sempat nak menapak ke cafe kerana hujan, berbuka dengan megi je la jawabnya.


Akhirnya tamat juga seksaan menjaga test. Haha..ayat jahat di situ. Tak de la seksaan mana pun. Just a little bit nervours. Tu yang buat aku cuak tu. Duk kat depan cam semua pandang kat kite. Ish,tak leh jadi cikgu la kalau camni. Ketaq lutut no..


Dalam kul 7 tu dah siap kutip sume jawapan student. Dah hujan renyai-renyai pun. Ah sudah..camne nak balik ni. Nasib baik ada GA yang sama ngan aku tadi tu. Dia tumpangkan aku sampai ke cafe. Masa ni la hujan dah lebat selebat-lebatnya. Eh, dah macam lagu spoon la plak.ehe..Aku lari-lari anak sambil galas beg yang penuh ngan kertas test tadi. Berat gile..Beli apa yang patut untuk berbuka and then terus balik bilik. Sempat gak la mandi hujan yang tengah lebat tu. Dan sekarang, aku bersama tisu-tisu yang penuh di tangan sambil mengelap hidung yang sudah mula berair. Penat dah bersin. Tanda-tanda nak kena selsema la tu. Huhu..Kalau tau kat dia, mesti kena marah ni.


Kamu, sory ye. Kite dah cuba elak hujan tadi tapi tak dapat gak. Kena sikit je. Tak lama kot selsema ni.InsyaAllah..


Nak solat dan tidur awal malam ni. Pening2.

..::Test #1::..

Bosan campur nervous. Hehe..Berada di workstation menantikan jam 5 petang. First time nye aku kena jaga test tanpa pengawasan lecturer. Huhu..dahla test 2jam. Cam ada kemungkinan je buka pose kat department bersama kertas-kertas test students. Sadisnya rasa. Dah last-last pose, camni lak jadinya.


Mood raya dah seminggu awal pun muncul. Tu yang malas je nak ke workstation. Esok last day kena jaga tutorial class. Mesti students pun dah tak de mood nak belajar. Ntah-ntah badan je ada dalam kelas tapi hati dan fikiran dah sampai kampung pun. Cam aku la..hehe.. Dah terbayang kemeriahan kat rumah di mana raya tahun ni sambut ramai-ramai dengan adik beradik. Sume balik..Long, angah, faten, akak dan aiman. Tak lupa gak anak-anak buah yang semestinya akan meriuhkan rumah kami nanti. Bestnya..Sangat teruja nak tengok si kecil farhan yang dah makin montel.


Back to reality world ye cik rimieilya. Hehe..Selalunya kan kalau ada sesuatu yang epy akan berlaku nanti, pasti sebelumnya aku harus tempuhi perkara yang merumitkan. Cam sekarang ni la. Kena jaga test sebelum dapat balik beraya kat kampung.


Nak announce juga di sini, insyaAllah ni puasa last aku dengan title single. Tahun depan dah bersama encik suami la plak.wiwi..semoga dipermudahkan.amin





Monday, September 14, 2009

..::Hujung Minggu Terakhir::..


Dua hari berturut-turut aku ke JJ Kinta City. Shopping?? Takla..Just berbuka puasa kat sana je. Puasa kali ni jela baru aku merasa makan makanan camni.


Ari sabtu kami berbuka di Black Canyon Coffee. Makanan adalah biasa-biasa aje. Aku ode salted fried rice dan dia ode ape tah namanya.. Pelik sanga..dan grilled chicken salad. Service plak agak menghampakan. Temperature time tu dah nak mencecah maksima dah tapi mujur makanan sampai dulu sebelum aku membebel. Bak kata dia, aku ni jenis yang tak puas. Mean, benda yang kecik pun dipandang besar. Ehe..ye kot.



aku dengan muka epy sebab makanan dah sampai. time ni dah berbuka tapi kami sibuk snap2 pic


Ari ahad lak kami keluar berempat. Di JJ juga. Kali ni ke Secret Recipe plak. Saje ubah selera. Aku ode menu set, dia ode set ramadhan dan akak berdua tu ode tom yam kun dan tom yam speghatti. Best sangat. Service pun bagus walaupun dapat meja yang cukup-cukup muat je. Kali ni aku just jadi peneman kakak-kakak comel yang serumah dengan aku bershopping. Abis sume kedai la kami masuk. Kesian kat dia yang hanya mengikut je. Tapi bagusla..kamu begitu sporting semalam. Thanks tau.



yummy..yummy


ni set ramadhan..ada 1 lagi choice:daging masak kurma kot..


Makanan aku tak sempat nak snap plak sebab paling lambat sampai. Dan dan tu gak terus makan. Super delicious la blackpepper chicken rice yang aku ode tu. Sampai dah tak pandang kiri kanan dah masa makan tu. Kat sini aku nak pesan, kalau nak berbuka di secret recipe baik booking awal-awal sebab tempat ni sentiasa full house ok.


Seronok kalau dapat jalan-jalan selalu. Tapi tak boleh diamalkan sangat. Kalau setakat jalan je tanpa perlu mengeluarkan duit, setiap hari pun takpe. Tapi sekarang perlu berjimat cermat skit. Simpan duit untuk kawen plak. ehe..Pas raya nanti dah tak boleh enjoy ye cik rimieilya. Fokus kat study plak.

Tu je la nak cite pasal hujung minggu aku sebelum menyambut hari raya. Ari ni plak nak p berbuka di Zolaris.. Will be up date soon.check it up.



Thursday, September 10, 2009

..::Walau Nampak, Tapi Masih Melihat Dengan Mata Tertutup::..


Hari ni benar-benar mencabar kesabaran aku. Aku tahu Allah hanya menguji sejauh mana aku dapat bertahan. Tapi, aku cuma manusia biasa. Yang punya banyak kelemahan. Sememangnya aku belum cukup kuat untuk ini.


Cukup hanya aku yang tahu apa yang terjadi. Semuanya telah aku luahkan sebentar tadi. Syukur kerna masih ada yang Satu untuk mendengar segala keluh kesah hati yang sedang rawan. Aku pasti suatu saat nanti pasti akan ada sinar untukku tersenyum kembali.


Luka di hati terguris semula. Belum baik sepenuhnya luka yang lama, luka baru muncul. Menambahkan parut yang sedia ada. Perlukah aku berfikir kembali tentang tekadku dulu? Yang pernah aku luahkan pada diari peribadi? Arghh..payahnya membuat keputusan.


Biarpun apa yang dilakukan, aku setia menanti. Sebuah jawapan yang belum tentu manis terukir. Andai ini takdir kepada sebuah kehidupan, aku harus tabah melaluinya.



Wednesday, September 9, 2009

..::Kamu Isteri yang Bagaimana::..

1. Isteri Siddiqin

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


2. Isteri Muqarrobin

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


3. Isteri Solehin

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


4. Isteri Fasik

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat karena Allah dan saling kunjung karena Allah."


Renung-renungkan dan selami diri sendiri (^__^)

credit di sini



Tuesday, September 8, 2009

..::Where::..


Bermula hari baru. Tapi semangat masih yang lama. Apa nak jadi nih? Wake up..wake up..Sungguh tak suka dengan sume ni. Rasa mau bertukar je. Jadi apa??? Anybody can push me up? No need.. Seharusnya semangat tu kena ada or senang kata wujud dari dalam diri. Bukan dari orang lain. Yup..

sekian



Saturday, September 5, 2009

..::Wanita Sensitif, Lelaki Ego::..


Lelaki antara golongan yang paling peka terhadap perubahan sikap seorang wanita mahupun kekurangan yang ada pada diri wanita terbabit, lebih-lebih lagi insan paling dicintainya.


Sikapnya yang terlalu cerewet, sentiasa inginkan kebenaran daripada penafian, keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme, antara karakter utama wanita yang seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa untuk memahami kemahuan mereka.

Namun, di sebalik ketidakpuasan hati itu, kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yang ingin mereka sampaikan dalam meniti pasca percintaan. Di sini, ingin berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yang dihadapi.


Wanita cerewet dalam pelbagai perkara. Contohnya, idea, pendapat, cara kerja, makanan, tempat tinggal mahupun pemilihan pasangan yang ideal.

Kenyataannya:

Menurut penelitian, setiap wanita mempunyai kemampuan dalam penggunaan bahasa yang baik jika dibandingkan dengan kaum lelaki. Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara. Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dengan memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara, membuatkan wanita mampu menangani masalah yang dihadapi. Berbanding lelaki, mereka acap kali mencari jalan yang singkat dalam menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau perkara yang berlaku dalam satu masa yang sama.

Tetapi, lelaki mempunyai kemampuan dalam penerimaan suatu informasi atau teguran dengan tabah dan profesional, sedangkan si wanita sering terbawa-bawa masalah yang dihadapinya itu ke dalam pemikiran.

Diingatkan, jangan sesekali mengutuk atau mencaci akan kelemahan pasangan kamu kepada orang lain. Ia dapat diselesaikan dengan cara komunikasi dua hala, antara jalan terbaik untuk kamu mengatasi masalah yang dihadapi.


Kaum lelaki begitu sukar untuk memahami keinginan wanitanya, memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dengan segala pengorbanan yang mereka curahkan selama ini.

Kenyataannya:

Sesungguhnya kamu sebagai kaum hawa perlu berpuas hati dan berasa bangga dengan apa jua penghargaan yang telah pasangan berikan. Tetapi, sebagai wanita, dia merasakan bahawa pasangannya dapat melakukan yang terbaik lagi.

Sekecil mana pun usaha yang si jejaka lakukan demi menyenangkan hidup kamu, beri penghargaan terhadapnya.


Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dapat menahan sikap rasionalnya.

Kenyataannya:

Sedar ataupun tidak, perempuan lebih banyak berkomunikasi dengan perasaan berbanding kaum lelaki. Kajian yang dilakukan oleh seorang neurologi dari University of Pennsylvania, Professor Ruben Gur mendapati, 70 peratus tenaga yang digunakan dalam otak lelaki akan berhenti ketika dalam keadaan istirehat. Sedangkan otak wanita, 90 peratus tenaganya akan tetap berkerja. Ia membuatkan wanita cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dalam suatu waktu yang sama.


Perempuan sentiasa mengawal pergerakan, kehendak dan cita rasa kaum lelaki, sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.

Kenyataannya:

Perempuan bukannya dilahirkan untuk mengawal setiap pergerakan kaum Adam. Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia, insan paling dicintai berada dalam keadaan yang baik dan terjaga.

Malah, mereka juga ingin menjadi insan pertama yang hadir di saat pasangannya menghadapi masalah, kesepian, dan kedukaan.


Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorang lelaki?

Kenyataannya:

Untuk menjadi seorang superwomen bukannya bererti wanita tidak memerlukan dirinya dihargai oleh seorang jejaka. Kepada wanita, katakan sahaja kepada pasangan, bahawa kamu tetap memerlukan kasih sayang, perlindungan, belaian dan kenikmatan cinta daripadanya.


Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense

Kenyataannya:

Perempuan dilengkapi dengan kecekapan panca indera yang jauh lebih baik daripada kaum lelaki. Menurut penulis Sillyman from Mars, Pitywoman from Venus, Allan dan Barbara Pease, sebagai insan yang melahirkan dan menjaga rumah, mereka perlukan kemampuan dan kebijaksanaan dalam merasakan sesuatu perkara yang melibat dua hati dan perubahan sikap orang lain.


Kaum lelaki pula, diingatkan jangan terlalu terburu-buru buruk sangka akan kebolehan yang mereka peroleh, malah perlu selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.


*sumber dari Kosmo

Thursday, September 3, 2009

..::Setahun Sekali::..


Lagi 2 minggu je nak raya. Cepat betul masa berlalu kan. Sedar tak sedar, dah 13 Ramadhan pun. Pengalaman berpuasa di tempat baru. So far, everything is ok. Takdela sampai terkejut ke apa sebab dah biasa berpuasa di perantauan. Tsk..tsk..sedih lak.


Last week sempatla berpuasa bersama family kat rumah sempena Hari Merdeka. *aku tak pose pun*. Tapi yang cedihnye dapat berbuka sehari je kat rumah. Yang best plak sebab dapat berbuka ramai-ramai. Kebetulan masa balik tu, Ayah Busu (adik bongsu abah) ada kat rumah dengan family dia sekali.Yang takde cuma anak sulung dia je. Pastu Angah pun ada balik gak. Siap bawa bakal kakak ipar berbuka kat rumah tu. hehe..tak sangka betul. Meriah sungguh. Yie ngan ateh pun ada sekali. Kiranya cam penuh 1 dapur la.
*sory,takde gambar*. Happening sangat-sangat. Dah terbayang lak if sume adik beradik aku dah kawen, mesti gamat camni.


Time balik tu gak sempat gi rumah Long, tengok Amirul Farhan. Wah, dah semakin montel tu.


*takde gambar terbaru sebab malas nak upload dari hp.hehe..*




Rindu sangat kat anak-anak buah yang nakal tu. Lebih-lebih lagi Anisa Fariha dengan Amirul Fahmi yang dah sememangnya nakal. Tak terdaya nak melayan. Time aku pegang Farhan, time tu gak yang dua lagi tu nak duk kat aku.hehe..comel sungguh. Raya nanti jumpa lagi ek. Long cakap nak balik raya kat rumah. Mesti best..


Dah..dah..cukup ye cik rimieilya berangan raya. Masa untuk bersiap ke kelas ok. Students dah tunggu tu. Nanti lewat lagi.



Wednesday, September 2, 2009

..::Hampir Ke Situ::..


Ketika waktu itu semakin hampir,
aku semakin keliru dengan apa yang ada dalam hati ini..
Apakah itu hanya mainan perasaanku semata-mata?

Aku buntu untuk memikirkan tentangnya..
Banyak hati yang perlu aku jaga, termasuk hatiku sendiri..

Aku serik dengan apa yang pernah terjadi dalam kamus hidupku
Runsing seandainya sejarah berulang kembali..
Hati menyatakan sayang, cinta dan rindu
Tapi adakah hanya aku seorang yang merasainya?

Fikiran bercelaru..
Salah aku, atau salah dia?
Semakin aku fikirkan semakin kuat hatiku berkata
aku bukan yang terbaik untuk dia..

Ya Allah,
Seandainya dia pilihan terbaik untukku,
maka hadirkan dia dalam kehidupanku sehingga ke hujung nyawa..
Dan seandainya aku bukan yang terbaik untuknya,
maka Kau kurniakan dia
seseorang yang dapat menjaganya sebaik mungkin..
yang dapat memberi keceriaan buat dirinya
berikan dia kegembiraan dan kebahagiaan yang dia inginkan
sejahterakan hidupnya dunia akhirat


*awak, maafkan saya jika awak rasa saya masih meragui ketulusan awak..saya keliru*