Teman-teman

Monday, October 25, 2010

..::Bila la Nak Hujan::..


Tadi kawan aku cakap ada satu lagi kebakaran kat area berhampiran kebakaran yang lepas. Kali ni dekat dengan kawasan perumahan plak. Ish, bahayanya. 

Sekarang ni cuaca panas+berangin je kat sini. Tempat lagi dah heboh hujan lebat. Dengki je rasa tengok updates kat FB cakap "bestnye hujan, jom tido", "hujan....yahooo", "sejuk...hujan membasahi bumi".... macam-macam lagi la. Huhu..

Hari ni bila aku tengok langit dah start mendung, aku dah tersenyum. Berharap hujan lebat akan turun. Tapi sampai saat ni tak turun turun gak. Bila agaknya Allah nak turunkan rahmat hujan kat sini ek? Harap-harapla dalam masa terdekat ni. Takut je tengok kebakaran-kebakaran yang tiba-tiba je terjadi kat tanah lapang yang berumput kering.

n.o.t.e: ya Allah, selamatkan perjalanan aku ke kampung halaman esok.amin.

..::Jadi Tak Jadi::..


Hye... Happy Monday. Mesti semua tengah melayan Monday Blues kan? Hehe.. Tu bagi yang bekerja dan ada kelas pada pagi Isnin la. Aku? Still keluar awal walaupun takde kelas harini, tapi terkena jugala Monday Blues tu kat aku gara-gara orang yang aku nak jumpa tu takde dalam bilik die.

Penat aku bersiap awal pagi, dengan semangat ke department nak jumpa sv. Bila nampak kereta die kat bawah, aku tersenyum meleret dengan harapan dapat settlekan semuanya pagi tadi. Alih-alih hampa weh. Sv aku dah menghilang. Waa...geramnya. Padan muka cik rimie. Sape suh tak call sv awal-awal. Kan dah terkena.

Aku memang camni. Lagi suka menerjah dari membuat temujanji. Sebabnya bila aku dah buat temujanji, sure mood nak kuar bilik hilang. So, lagi baik aku terus terjah bila mood aku ada. Tapi natijahnya, seperti di atas la. Haha..

Niat asal nak jumpa sv sebab nak tunjukkan progress research aku and sekaligus nak minta kebenaran tak hadir kelas Khamis Jumaat ni. Teruk kan? Hehe... Ala, sekali sekala je. Lagipun minggu ni students takde test pun. So, aku leh la mintak pelepasan nak skip kelas. 

Takpe, demi nak balik kampung esok...aku tetap gagahkan diri cari sv aku petang nanti. Hehe..

n.o.t.e: tujuan balik kampung adalah utk bertemu buat pertama kali dengan bakal mertua. Huhu..cuaknye.

Saturday, October 23, 2010

..::Cuaca Oh Cuaca::..

Salam Sabtu... Apa aktiviti korang hari ni ek? Aku duk melepak kat hostel je. Bosan memang bosan. Tapi memandangkan next weekend ada date dengan buah hati, so nak save duit plus nak kurangkan meter perjalanan keta. Motif sebab taknak anta service awal. Hehe..

Eh, aku bukan nak cite pasal tu la. Aku nak cite pasal cuaca sekarang ni. Tempat korang panas tak? Ada hujan turun tak? Huhu..kat sini dah seminggu kot tak hujan. Cuaca plak masyaAllah... panas yang tahap nak buka baju sepanjang masa je. Kipas bilik aku tak pernah tukar dari level 5 tau..

Tadi aku pegi makan dengan rumate aku. On the way nak ke Taman Maju, kami dah perasan kawasan lapang sebelah kedai makan tu dah terbakar. Api dah merebak pun. Mula-mula tu niat nak tepon bomba terus. Last-last senyap camtu je. Time balik baru kami tepon bomba disebabkan api dah merebak sampai tepi jalan dan kedai makan tu. Orang kedai makan tu pun tengah sibuk nak padamkan api. Yela, nanti terbakar kedai dorang..rugi je. Tengah cakap ngan abang bomba kat balai, lalu lori bomba depan mata aku. Syukur sangat dorang dah datang. And then terus aku blah dari tempat kebakaran tu lepas nampak bomba datang padamkan api. Ni tengok gambar kejadian kat bawah ni...

abg bomba sudah datang...

tu kedai yang hampir-hampir terbakar...
Ya Allah, turunkanlah rahmat hujan buat kami disini.... Amin

Thursday, October 21, 2010

..::For My Future Wife::..

Jom kite pakat ramai-ramai baca surat dari seorang bakal suami kepada bakal isterinya... Terharunya....

Kehadapan my future wife(s)

I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I ...menulis ini adalah kerana kehendak I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.

So, wahai my future wife(s)

I don't know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.

I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.

Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?

Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),

I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.

Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan minum-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.

Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),

You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi... Ehem.

Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?

I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Boyfriend you tu bukan boleh percaya sangat. Kebanyakkanya adalah buaya. Sebab kalau dah lelaki, mesti bermulut manis. Boys, their mouth is bull****. So, don't trust them.

Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari 'you'. Takut tersalah pilih perempuan lain. You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.

Creadit to theotherkhairul

Sunday, October 17, 2010

..::Aku Merindui Kamu::..


Aduhai hati.. Kenapala masa-masa sebegini rindu itu hadir. Kalau boleh aku nak padamkan perasaan aku padanya. Jujur aku akui rasa cinta aku padanya masih belum hilang sepenuhnya. Walaupun hanya enam bulan kita boleh bertahan. Rasa cinta ini tetap wujud dan kukuh bersemadi dalam hatiku.

Setiap kali aku online, aku pasti melihat ruangannya. Setiap kali ada update terbaru dari kamu, aku pasti melihat. Kadangkala aku mengirimkan pesanan ringkas walaupun hanya bertanya khabar. Aku gembira kerana ada balasan dari kamu. Tapi aku sedih kerana hati kamu bukan untuk aku. 

Inilah yang dinamakan cinta. Tak semestinya kita mendapatkan apa yang kita mahu. Bagi aku, aku lebih senang andai kamu bahagia bila aku lepaskan kamu. Hanya doa penyambung cinta aku pada kamu... Baik-baik, sayang........

Thursday, October 14, 2010

..::Musim Konvokesyen Sudah Bermula::..


Seronok bila dengar orang ni konvo, orang tu konvo. Aku punya konvo kali kedua ntah bila. Harap-harap tahun depan la. InsyaAllah. Hehe..Banyak lagi yang belum siap. Tesis pun baru create templete. =P

Mulai hari ni hingga Ahad, convo fair di UTP berlangsung. First time aku merasai suasana konvokesyen kat sini. Tahun lepas aku berada di Johor. Kebetulan minggu konvokesyen kat sini sama dengan minggu konvokesyen aku kat UTM. Tahun la baru berpeluang merasai kemeriahannya. 

Seminggu awal UTP dah dihiasi lampu-lampu yang sangat cantik. Dah macam i-city je. Hehe.. Aku memang suka pun tengok lampu-lampu warna-warni pelbagai rupa ni. Teruja sangat. Banyak bunting dan banner dah dinaikkan. Esok ada rehearsal bagi sesiapa yang berkonvokesyen. Aku plak kena jaga students yang amik test Transport berikutan lecturer dan sorang lagi GA menghadiri rehearsal tu. Huhu.. 2 orang daripada kawan-kawan aku kat sini terlibat dalam konvokesyen ke-10 ni... sorang konvo utk UG dan sorang lagi konvo utk PG. Aku tumpang gembira dengan kejayaan dorang. Ahad ni kite jumpa k.

Satu hal lagi yang buat aku epy sangat pada konvokesyen kali ni adalah sebab buat pertama kalinya aku join event dengan kelab bermotor Perodua- VIVAC. Haha.. Malu je rasa. Dah setahun register, baru kali ni join. Apa r cik rimie ni. So, sesiapa yang pakai Viva boleh la join kami di tapak konvo hari Sabtu ni bermula 9 pagi- 7 malam ye. Kalau nak tahu lebih lanjut leh tengok kat sini.... Showoff VIVAC ataupun kat sini Vivac.

Wednesday, October 13, 2010

..::Bunga-bunga Cinta::..

Recently aku asyik tersenyum je. Syukur yang amat. Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. Betul tak?

Mesti korang pelik kenapa aku cakap camtu kan? Tak lain tak bukan semuanya kerana C.I.N.T.A. Uniknya perasaan tu datang dan pergi dalam kamus hidup aku. Dalam tahun ni je aku dah mengenali 3 orang yang menawarkan cintanya pada aku. Bertuah? Takla.. Mungkin itu sekadar rezeki buat aku. Tapi dalam kegembiraan pastinya ada kesedihan. Yup, absolutely. 

Yang pertama hadir dalam hidup aku tak sampai setahun pun. Bukan jodoh kami untuk selamanya. Dia pergi dengan kehendak dia sendiri dan aku tak salahkan dia atas alasan yang dia beri untuk memutuskan perhubungan antara kami. Sampai sekarang kami masih berhubung tapi bukan sebagai kekasih, cuma kawan. Aku happy dengan keadaan itu. Kata orang....


Cinta tak semestinya memiliki. Jika orang yang kita cinta itu lebih bahagia bila kita lepaskan dia, maka lakukanlah sebegitu kerana melihat orang yang kita cintai itu bahagia adalah lebih baik dari memaksa dia menerima cinta kita tetapi dia merana selamanya...

Yang kedua pulak datang pada aku menawarkan cinta dengan paksaan. Huh, sangat tak suka dengan orang macam tu. Memaksa untuk menerima dia bukan cara aku. Bagi aku biarlah cinta itu hadir secara semulajadi. Semakin dia paksa aku, semakin payah untuk aku menerima dia. Haha...padan muka. Ops, jahat plak rasanya cakap camtu..

Cinta yang ketiga ni adalah cinta sekarang. Alhamdulillah, aku terima dia setelah 12 tahun dia menunggu cinta aku. Selama 12 tahun kami berkawan, tak pernah sekalipun dia meluahkan perasaaan dia pada aku. Lama kan? hehe.. Nanti aku bercerita lanjut pasal ni k. Bagi suprise sikit.

p/s: tau tak kenapa aku post entri ni? sebab aku tengah dengar ERA.fm sekarang ni. Dorang duk cerita tentang kisah cinta. (^_^)
 

Tuesday, October 12, 2010

..::Merehatkan Otak di Kedah::..


Percutian yang tak dirancang. Hehe..Aku memang suka benda-benda tak dirancang ni. Tapi tak semuanya la.

Pagi Sabtu lepas ex-housemate ajak teman di balik kampung. On the spot aku siap-siap. Hehe.. Syok gak pegi jalan-jalan sambil tenangkan fikiran. Tambahan plak aku memang tengah rindukan kampung halaman. Sebulan tak balik,rasa cam setahun je.

Perjalanan mengambil masa 4 jam je dari sini. Kami pegi berdua je. Dah lama gak aku tak pegi Kedah. Umah ex-housemate aku ni kat Pendang. First time ni jejak kaki kat Pendang. Seronok sangat. Banyak perkara yang baru aku lakukan sepanjang 3 hari 2 malam aku kat sana. Antaranya korang leh tengok sendiri kat picture bawah ye..

tenang je pemandangan kat sini..

dah lama kot tak tido dalam kelambu..rasanya time arwah tok masih ada..

nampak tak ape tu???? cacing ler..baru nak start mengail kat bendang...1st time ni..geli

tenangnye..

one more view...

ehe...ladybird yang paling aku suke...comel je duk kat pokok cili..

hero mengail paling vogue petang tu..hehe..baby Aqil

aku letak pic ni akhir sebab ada something yang buat aku cuak tetiba..korang nampak tak benda putih yang kat atas jalan tu?? aku rasa time aku snap pic ni takde pape pun atas jalan tu. tapi bila aku upload,ada benda tu...huhu..ape ek?? macam pelik je...

Dan...pada hari Sabtu juga ada CINTA telah berputik dihati...siapakah????

Thursday, October 7, 2010

..::Lega::..


Alhamdulillah.. Akhirnya aku berjaya gak meluahkan apa yang aku rasa. Aku bersyukur sangat sebab dah tak perlu menipu diri sendiri dan juga membiarkan orang lain kecewa dengan kepura-puraan aku.

Mesti korang tertanya-tanya kan pasal apa... Ingat tak entri aku sebelum-sebelum ni? Tentang kekeliruan aku mengenai cinta? Actually aku dah menerima dia sebagai someone yang special dalam hidup aku tapi bukan atas kerelaan aku sendiri. Aku terima dia kerana dia seperti memaksa aku untuk sebuah perhubungan. Aku terima dia sebab aku fikir tak salah aku menerima orang yang menyayangi aku walaupun aku tak sayang kat dia.

Tapi rupanya aku silap. Cinta tu sememangnya tak boleh dipaksa. Selagi kita paksa, selagi itu diri kita di dalam kepura-puraan. Dan yang lebih menyakitkan adalah pihak yang satu lagi. Memang akan kecewa lebih-lebih lagi bila dia dapat tahu yang cintanya tak pernah berbalas setelah sekian lama dia berikan cinta itu.

Selama beberapa hari aku mengenali dia, aku semakin rasakan yang tiada persamaan antara aku dan dia. Banyak yang bercanggah daripada kesepakatan. Aku tak dapat terima dia seadanya. Hati aku menolak keras. Lebih baik aku berterus terang sekarang daripada aku terus-terusan menipu.

Aku harap dia jumpa perempuan yang lebih sesuai dengan cara hidup dia sekarang. Aku doakan dia baik-baik saja. Moga akan dipermudahkan bagiku untuk menerima cinta yang tulus dan sepadan dengan aku.

Wednesday, October 6, 2010

..::Sudah Ketemu::..


5 Oktober 2010..
Ye, semalam. Seharian aku menghabiskan masa di bandar. Bersama dia yang begitu menyayangi aku sedangkan dari dalam hati aku belum terbit rasa cinta padanya. Terharu sangat rasanya bila dia sanggup mohon cuti dan datang menemui aku walaupun jauh. Tak cukup ke bukti itu untuk aku buka hati aku padanya?

Ntahla ek. Aku pun tak pasti dengan hati aku sendiri. Kenapa la susah sangat hati aku nak terbuka pada lelaki kali ni. Seakan-akan sudah serik untuk menerima cinta. Kesian dia. Aku berharap sangat hati aku ni tidak terlalu keras untuk menerima cinta baru. Dah bermacam cara dia lakukan agar aku menerima dia dalam hidup aku. Sesuai dengan kemahuan aku, segalanya dia turuti.

Aku takut suatu hari nanti aku kecewakan dia bila hati aku menolak untuk cintanya. Susahnya.. 

Dahla. Tak mahu fikir tentang cinta lagi. Biar masa menentukan apa yang akan terjadi. Sekarang aku kena fikir macam mana nak mengajar student kejap lagi. Hehe..

Mahu bersiap-siap ke department...

Monday, October 4, 2010

..::Ish,tak bestnya rasa camni::..


Kekeliruan itu datang kembali. Arghh...ape keputusan aku dulu salah ke? Tak tenang betul hati ni. Esok plak merupakan hari yang ditunggu-tunggu...(bukan bagi aku la, tapi bagi dia.sikit-sikit cakap tak sabar nak jumpa aku. Aku?? Neutral)

Susah kan bila tiada cinta dalam hati tapi terpaksa menerima. Wah,dah macam filem plak dah. Eh, ni realiti la. Agaknya ni la yang dirasakan oleh orang yang tak mencintai sepenuh hati. Macam mana nak menghadapi hari-hari yang bakal mendatang nanti?

Kusutnya aku rasa. Mohon petunjuk Allah, harap dipermudahkan segala usaha.