Teman-teman

Friday, January 27, 2012

..::Semakin Hampir Saat Itu::..



Perasaan saya ketika ini tak tahu nak digambarkan. Bercampur baur. Ada gembira, sedikit takut, cemas, sedih, teruja. Hanya tinggal 4 bulan lagi untuk majlis besar saya. Alhamdulillah, setakat ni segala tempahan yang besar-besar telah settle. Cuti Maulud Nabi nanti kena tarik en tunang sekali untuk fitting baju. Cuti CNY lepas dah chop baju yang berkenan di hati. Tapi bila tunjuk pada encik tunang, si dia plak tak berkenan. Kali ni, biar encik tunang lihat sendiri supaya keduanya berpuas hati. Hurm...

Saya nak minta pendapat kawan-kawan la...Bila agaknya masa yang sesuai untuk saya reveal kan tarikh majlis besar saya nanti ye? Terlalu cepat tak kalau saya reveal sekarang? Atau tunggu bila dah tinggal sebulan dua? Tak terlalu lambat ke untuk kawan-kawan save the date supaya mereka dapat datang ke majlis besar saya nanti??

Friday, January 6, 2012

..::Terbekenan Samsung SH100::..


Awal pagi tadi duk godek email. Penuh ngan sampah-sampah je setiap hari. Pastu nampak email dari Groupon. Yang ni tak delete terus. Kena cuci-cuci mata dulu sebelum masuk dalam trash folder. Hihi..

Masa tengok offer yang ada kt Groupon ni, aku nampak ada satu kupon ni pasal kamera Samsung SH100. Nak tau yang mana satu tak? Tengok sini ok--->>KLIK2

Lepas tengok die punya features, rasa cam terdetik kat hati nak beli satu. Camne ni...Bila hati dah berkenan, susah nak padamkan niat tu. Huhu.. Boleh tak kalau mintak encik tunang sponsor? Hikhik...

Nanti saya nak p survey kat lowyat la..Mana tau ada yang bagi lagi murah dari Groupon.Hehe..

Wednesday, January 4, 2012

..::Tahun Baru Sudah::..


Malam tahun baru lepas korang sume sambut kat mana? Saya cuma sambut sendirian je di rumah. Nothing special. Encik tunang plak keje, CeCil still kat bengkel..so saya terperap kat rumah saje ari minggu yang lepas.

Dalam nothing special tu pun  saya still dapat melihat firework yang super banyak dan meriah di beranda apartment. Cantik sangat. Warna warni. Boleh nampak dengan jelas firework sekitar bandar Klang dan juga di I-ciy. Orang cakap kalau tengok firework, lagi best tengok dengan insan yang kita sayang. Warna firework akan dilupakan tapi insan yang melihat bersama kita akan kita ingat sampai bila-bila. Hehe.. Betul ke?

Malam tahun baru tu saya tengok firework sorang-sorang sambil berbual dengan mak tersayang yang jauh di kampung. Miss her so much. Tak sabar nak balik cuti raya cina nanti. Mahu berbincang perihal kawen yang tinggal 5 bulan saje lagi. 

Buat masa sekarang, kebanyakan perkara yang besar-besar dah settle. Ada 2, 3 perkara je yang masih dalam perancangan untuk dibuat. Semoga Allah mempermudahkan jalan untuk kami..