Teman-teman

Wednesday, January 4, 2012

..::Tahun Baru Sudah::..


Malam tahun baru lepas korang sume sambut kat mana? Saya cuma sambut sendirian je di rumah. Nothing special. Encik tunang plak keje, CeCil still kat bengkel..so saya terperap kat rumah saje ari minggu yang lepas.

Dalam nothing special tu pun  saya still dapat melihat firework yang super banyak dan meriah di beranda apartment. Cantik sangat. Warna warni. Boleh nampak dengan jelas firework sekitar bandar Klang dan juga di I-ciy. Orang cakap kalau tengok firework, lagi best tengok dengan insan yang kita sayang. Warna firework akan dilupakan tapi insan yang melihat bersama kita akan kita ingat sampai bila-bila. Hehe.. Betul ke?

Malam tahun baru tu saya tengok firework sorang-sorang sambil berbual dengan mak tersayang yang jauh di kampung. Miss her so much. Tak sabar nak balik cuti raya cina nanti. Mahu berbincang perihal kawen yang tinggal 5 bulan saje lagi. 

Buat masa sekarang, kebanyakan perkara yang besar-besar dah settle. Ada 2, 3 perkara je yang masih dalam perancangan untuk dibuat. Semoga Allah mempermudahkan jalan untuk kami..

No comments: