Mood bekerja arini cuma 50% je. Dalam kepala hanya fikir datang kerja untuk penuhi kemahuan bos, bukan sebab nak siapkan kerja yang berlambak. Hehe.. Ok,ok..saya bukan nak cite pasal arini ye. Saya nak cite pasal aktiviti hujung minggu saya baru-baru ni..Cekidout..=P
Sepatutnya saya ke Melaka petang Jumaat lepas dan ke PD pada hari Sabtu untuk reunion SKDP'98. Dalam lama pun plan aktiviti ni. Tapi bila Allah dah aturkan perjalanan yang lain untuk saya dan suami, tak jadi la kami ke tempat-tempat tu.
Nak dijadikan cerita, 6 Disember lepas adalah hari ulangtahun perkahwinan mak abah saya yang ke 31. So, abah plan nak jalan-jalan ke rumah saya since lepas saya pindah ke Shah Alam dan berkahwin, mak abah belum pernah sampai sini. Sangat kagum dengan mak sebab mak saya adalah seorang yang penakut untuk naik bas. Bila dengar je kena naik bas, terus badan gigil dan tak sedap perut. hehe..lucunya mak..
Hari Sabtu kami suami isteri dipenuhi dengan aktiviti membawa mak abah jalan-jalan sekitar Klang dan Shah Alam. Tak banyak tempat yang kami pergi. Setakat GM Klang, makan-makan di Seksyen 7, Taman Pertanian Bukit Cahaya dan Uptown Shah Alam. Alhamdulillah mak abah saya teruja dan berpuas hati dengan tempat-tempat yang mereka lawati.
Yang tak puas hatinya adalah saya. Yup..memang saya tak berpuas hati. Saya tak berpuas hati dengan sikap orang Malaysia recently terutamanya orang melayu kita. Meh saya ceritakan pengalaman saya masa pergi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya...
Siapa yang pernah pergi Taman Pertanian Bukit Cahaya mesti tahukan untuk ke Rumah 4 Musim tu kita perlu naik bas yang disediakan. Lainlah kalau ada yang nak naik basikal or jalan kaki sebab jarak antara entrance dengan rumah 4 musim tu agak jauh. So, masa nak pergi tu agak bagus la sebab kite kena beratur untuk naik bas tu. Tapi masa balik, kite kena pandai-pandai sendiri untuk dapat naik bas. Saya tak kisah sangat if saya dan suami je yang naik bas tu tapi mak abah saya yang dah veteren ada sekali. Geram dan sakit hati bila lihat anak muda melayu tanpa segan silu dengan muka selamba je boleh naik bas tu laju-laju walaupun penumpang belum habis turun semata-mata untuk berebut seat. Sangat biadap kan, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan orang tua. At last, mak abah saya kena berdiri sehingga sampai ke entrance. Cian pada abah yang sakit lutut. Nak menitis airmata saya bila lihat wajah abah. Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke tempat lain.
Masa tu ada juga sepasang anak muda berbangsa cina yang lebih beradab. Sanggup beri seat pada orang yang lebih tua dari mereka. Tengok, bangsa lain lebih tinggi kesedaran sivik mereka berbanding orang kite. Sia-sia je kan iklan yang media tayangkan dalam tv tu kan...Ish....geramnya saya bila teringat balik kejadian tu.
psiloveu : saya berharap sangat kite takkan hilang nilai-nilai murni dan adab sesama manusia dalam diri masing-masing sampai bila-bila...
psiloveloveu : sorry entry panjang...(^_^)
No comments:
Post a Comment