Teman-teman

Friday, June 22, 2012

..::Setelah Bergelar Isteri::..

Alhamdulillah..segala urusan pada 1/2/3 Jun 2012 berjalan dengan lancar dan seperti yang diimpikan. Malahan majlis tersebut lebih meriah daripada yang dibayangkan. Terima kasih kepada semua yang meraikan hari bahagia saya terutamanya yang telah banyak membantu di belakang tabir. Syukur ke hadrat Ilahi, kini saya telah bergelar isteri kepada Emran Bin Mohamad pada 1 Jun 2012 tepat jam 4 petang.

Majlis sudah, honeymoon pun sudah.... Sekarang masanya saya menjadi isteri berkerjaya. Jangan tak percaya, kehidupan selepas berumah tangga sangat mencabar. Hari ni genap 3 minggu bergelar isteri, alhamdulillah saya masih berjaya menyediakan segala keperluan sang suami. Walaupun penat, tapi itulah rewards buat saya di akhirat.

Apa rasa bila dah berdua???

Sangat best, happy dan tenang. Hari-hari bersama menjalani kehidupan, cuba untuk membentuk rumah tangga yang sakinah.

saat indah dalam hidup akan sentiasa menjadi kenangan dihati