Teman-teman

Wednesday, October 31, 2012

..::WW: Penerbangan Pertama Sepanjang 26 Tahun Bernafas::..

Akan terbang bersama ahli keluarga yang lain...wiwi





Wednesday, October 24, 2012

..::Mood Raya Haji Terbang Jauh::..

Langsung tak rasa teruja nak sambut raya haji tahun ni. Even nak balik kampung pun rasa cam taknak balik. Tapi tiket bas dah beli.  Rugi plak kalau burn cam tu je. Yela, two way ok. Hampir 100 gak la. Ye.. saya balik naik bas. Bukan dengan kereta with encik suami. Sob...sob...

Encik suami kena keje masa raya haji nanti sebab raya puasa lepas dia dah cuti. Memang shift encik suami camtu pun. Biasala keje dengan Rapid ni tak tentu masa ok. Mujurlah encik suami takde oncall work. Kalau tak, mau muncung saya panjang sedepa. Hehe..

Dua hari lepas berborak dengan mak di telefon. Mak ajak balik kampung ramai-ramai petang raya. Perasaan saya? Down. Langsung tak de mood nak balik Pekan. Huhu..Lepak rumah mak mertua jela. Boleh juga temankan mak ayah. Biarlah mak abah balik kampung dengan adik beradik yang lain je.

Owh, ada berita gembira mak sampaikan masa tengah berborak tu. Angah bakal dapat baby tahun depan. Hehe.. Kakak ipar saya dah preggy 5 weeks. Seronoknya. Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya dapat juga. Alhamdulillah. So, raya tahun depan lebih meriahlah family saya. Bertambah lagi cucu mak.

Oklah. Dikesempatan ini, saya mengucapkan SALAM AIDILADHA buat semua ye. SELAMAT BERGEMBIRA....



Thursday, October 18, 2012

..::Mungkin Belum Rezeki Kami::..

Normal kan bagi setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan kehadiran cahaya mata secepat yang mungkin bila mereka bersedia. Tak terkecuali saya juga. Rata-rata kawan-kawan yang berkahwin sebelum, sama dan selepas saya telah dikhabarkan dengan berita gembira ini. Tapi saya dan suami, masih belum ada.

Sedih? Kecewa?

Sedih tu ada juga sikit tapi saya tak kecewa sebab setiap yang berlaku telah ditetapkan Allah dan setiap kejadian itu ada hikmahnya. Mungkin belum rezeki kami kan. Actually, saya nak ceritakan satu kisah. Ia terjadi pada diri saya sendiri. Sangat risau... Semoga ada juga panduan untuk anda semua ye...

Kisahnya macam ni..

Saya mempunyai cycle period yang regular setiap bulan. Alhamdulillah even kadang-kadang period pain tu agak kuat juga. Bulan pertama dan kedua selepas berkahwin, period saya masih regular. Kisahnya bila period untuk bulan ketiga dan keempat.

Period bulan ketiga jatuh pada bulan puasa lepas. Sebelum sampai waktu period, ada spotting dalam dua hari. Saya sudah mula risau. Adakah saya pregnant? Owh, no.. Hari sepatutnya saya period, saya period seperti biasa bersama period pain yang teruk dan tempohnya agak lama dari sepatutnya. Ok, cool lagi. Saya pun tunggu la untuk cycle seterusnya.

Cycle untuk bulan keempat lagi worse. Spotting masih juga berlaku sebelum waktu period. Seminggu menanggung kesakitan pinggang yang super dahsyat. Tidur tak boleh, duduk pun tak boleh. After 1 week, badan mula rasa tak sedap. Pregnant? Nope again. Sama seperti bulan lepas, period datang pada waktunya tapi tanpa period pain dan tempohnya lebih pendek dari selalu. Bleeding pun tak macam normal period. Huhu...super risau. Yang bulan lepas punya hal belum hilang risaunya, ditambah pula untuk bulan ni. So, bila dah dua bulan period tak menentu, saya terus ke klinik untuk check-up. Bukan sebab saya berharap sangat untuk pregnant tapi sebab saya risau ada penyakit lain yang bersarang di rahim saya. Nauzubillah..minta dijauhkan.

Hari kelima lepas suci,saya pegi buat check-up. Doktor kata 50-50 dan minta saya tunggu lagi dua minggu. Ok, fine. Menunggu dengan keadaan hati yang tak tenteram dengan kondisi badan yang tak baik. Tak sampai dua minggu, saya pergi check-up lagi sebab lepas suci selama 8 hari, saya mengalami bleeding. Kali ni saya try klinik lain plak. As result, doktor kata semua ok dan doktor syak saya ada masalah hormon. Jom baca tanda-tanda umum yang anda menghidapi masalah hormon:-

  • Perubahan perasaan yang tidak menentu samada didalam fasa pra-haid atau tidak
  • Selalu cepat marah – sukar mengawal perasaan
  • Cepat merubah fikiran serta perasaan
  • Menangis tanpa sebab tertentu
  • Lesu serta kurang bertenaga
  • Kemerosotan daya ingatan
  • Selalu merasa gelisah
  • Kerap pening kepala
  • Hipoglisemia atau merasa tidak menentu serta tidak bermaya dalam 1 atau 2 jam selepas makan
  • Nafsu makan yang meningkat
  • Sukar untuk menurunkan berat badan atau berat semakin meningkat dengan cepat
  • Mengalami jerawat degil
  • Mengalami ruam-ruam panas serta berpeluh pada waktu malam
  • Alopesia atau keguguran rambut
  • Hilang minat terhadap seks
  • Kulit kusam dan tidak berseri
  • Kulit berminyak
  • Hirsutisme atau peningkatan jumlah rambut halus pada tubuh badan atau wajah (misai halus)

Serius kan? Saya pun ada beberapa petanda di atas dalam dua bulan ni. Mungkin juga stress bila diberi tekanan dari orang luar. Mesti anda semua boleh agak apa yang saya maksudkan tekanan dari orang luar tu kan..Hehe..

So, nasihat saya. Jangan ambil serius dengan kata-kata orang lain. Enjoys your life dengan perkara-perkara yang anda suka. Dan yang paling penting, kena selalu ingat.. REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH. DIA MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA.

n o t a k a k i : Doakan rezeki saya cepat sampai ye ('_')





Wednesday, October 17, 2012

..::Untuk Bakal Pengantin Yang Mahukan Majlis Yang Marvelous Tapi Dengan Harga Yang Murah::..

Hari ni saya just nak sharekan satu link yang menarik bagi bakal-bakal pengantin yang mahukan wedding yang marvelous+ elegance+modern+nice... Jom klik sini...


Walaupun dorang ni baru ditubuhkan tapi kerja-kerja dorang memang superb. Saya tak sempat nak gunakan perkhidmatan dorang time saya punya wedding sebab belum ada lagi masa tu. Tapi saya sempat gunakan perkhidmatan salah sorang pemilik Indah Wedding ni a.k.a my BIL. Hehe...Dia punya hasil kerja, memang meletops uoll..

Meh tengok antara hasil kerja my BIL masa wedding saya

Mini pelamin...ringkas dan trendy...sile abaikan muka pengantin yang penat tu ye

HB comel dan cantik

Hantaran yang digubah sendiri oleh BIL saya...unik dan fresh kan???

Kalau ada sesiapa berminat,sila la singgah di Indah Wedding Rental And Stationary ye..cekidout




Tuesday, October 9, 2012

..::Genap 2 Tahun::..


9 Oktober 2010 merupakan detik bersejarah dalam hidup saya apabila saya bulatkan hati untuk menerima cinta seorang lelaki setelah kecewa mempertahankan cinta terdahulu selama 5 tahun. Pada ketika itu, hati dengan 100 peratus berserah dengan ketentuan Ilahi untuk jalan hidup saya yang seterusnya. Keputusan yang dibuat, alhamdulillah memberi kebahagian yang dicari selama ni.

Siapa sangka, insan yang pernah dikenali selama 13 tahun dengan gelaran 'abang angkat' adalah jodoh yang telah ditetapkan Allah sebagai teman hidup, pelindung dan tempat bermanja bagi saya. Syukur ke hadrat Allah.

Kalau difikirkan masa saya terima suami saya pada waktu itu, memang rasa macam tak percaya je. Keputusan yang saya buat masa tu pun bukan dengan sepenuh hati. Ikhlas saya bagitahu, suami saya tu bukan 'taste' saya. Hehe.. Tapi bila saya bersama dengan dia, hati saya rasa tenang. Dalam tempoh 3 bulan  dari saat kami 'declare' sebagai pasangan serius, keluarga suami terus datang merisik. Lepas tu, bulan Mac kami bertunang selama lebih setahun. Dan sekarang, alhamdulillah sudah 4 bulan kami menjadi suami isteri.

Selamat ulangtahun kedua, sayang...

n o t a k a k i : Indah sungguh percaturan Allah, bukan...... (^_^)