Pepagi lagi aku dh buka blog aku. Perkara wajib sebelum wt pape keje. Time nila aku bekfes. Tengah duk kemaskini email yang berlambak, aku terbaca satu petua yang orang send kt email aku. Bagus gak..email tu tuju kat laki sejati je. Aku baca gak..ni aku pastekan utk korang baca lak..


Gosok jangan tak gosok… Saja aku postkan benda alah ni buat pedoman isteri-isteri dan anak-anak juga tak lupa kepada lelaki-lelaki sejati a.k.a suami-suami mithali dalam mengosok pakaian terutamanya kemeja dan seluar.

Persiapan menggosok pakaian.

  1. Baca label maklumat yang terdapat di bahagian kolar baju dan di garis pinggang seluar pakaian anda untuk mengetahui tahap kepanasan yang diperlukan untuk menggosok fabrik tersebut.
  2. Sediakan peralatan menggosok seperti seterika, tempat menggosok yang rata (sebaiknya menggunakan papan gosok seterika) dan penyembur air untuk membantu melicinkan kedutan. Jika desiran air terjadi apabila air disemburkan pada permukaan bawah seterika, itu menandakan bahawa seterika sudah panas dan sedia untuk menggosok.

Langkah-langkah menggosok kemeja:

  1. Butang.
    -Tanggalkan segala butang termasuk butang di pergelangan lengan.
  2. Bahagian kolar belakang.
    -Telangkupkan kemeja dan gosok bahagian belakang kolar terlebih dahulu.
    -Gosok pula bahagian hadapan.
    -Gosok dengan gerakan pendek ke atas dan ke bawah tanpa berhenti kerana jika anda berhenti walaupun beberapa saat, takut pula baju akan ‘melecur’ atau terbakar.
  3. Bahagian lengan.
    -Letakkan salah satu daripada lengan di atas papan seterika mengunjur ke hujung papan.
    -Urut dengan tangan agar ia betul-betul rata dan tegangkan bahagian yang terkelepet.
    -Gosok dari bahagian atas lengan beransur-ansur ke bawah tanpa menggosok bahagian pergelangan.
    -Setelah selesai menggosok bahagian depan dan belakang, gosok pula lengan yang satu lagi.
    -Kemudian, barulah gosok kedua-dua bahagian pergelangan.
  4. Bahagian badan.
    -Rentangkan separuh bahagian depan baju selari dengan papan gosok.
    -Gosok dari bahagian bahu ke bawah.
    -Alihkan baju ke bahagian belakang
    -Gosok keseluruhan bahagian belakang kemudian alih ke bahagian depan yang satu lagi.
  5. Siap utk digantung!

Langkah-langkah menggosok seluar:

  1. Bahagian dalam.
    -Terbalikkan seluar dan gosok bermula dari bahagian atas, pinggang dan kelangkang, turun ke saku dan akhirnya pelipat di bawah.
  2. Bahagian luar.
    -Kembalikan seluar dalam keadaan yang betul.
    -Masukkan salah satu daripada kaki seluar ke dalam hujung papan gosok menjadikan seolah-olah papan tersebut memakai seluar tersebut.
    -Tarik pangkal seluar sehingga benar-benar rata kemudian gosok.
    -Lakukan pula pada bahagian seluar yang sebelah lagi.
    -Tanggalkan seluar daripada papan gosok.
    -Lipatkannya dua selari memanjang.
    -Gosok dari atas ke bawah pada setiap bahagian.
    -Ambil hujung seluar dan tariknya ke arah pinggang untuk menggosok bahagian dalam lipatan.
    -Gosok bahagian pelipat bawah seluar.
  3. Siap utk digantung!

Diolah dari : http://www.kosmo.com.my


*~ Aku sendiri pun tak tau camne nak iron baju kemeja n seluar ngan cara yang betul. Selama ni main ikut sedap je bila iron baju abah..ahaks. So bila dah ada tips ni, bolehla aku perbaiki cara aku iron baju lain kali..