Teman-teman

Friday, March 26, 2010

..::Mabuk::..


Dah lama plak takde entri baru. Asyik blog hopping je kejenye. Takde idea nak menulis la tu. Tambah plak dengan keadaan sekarang yang asyik bizi memanjang. Ye, aku dah start bizi ngan tugasan aku. Kelas pun aku dah jarang masuk. Mujur gak my sv faham ngan situasi aku sekarang ni. Kalau tak, dah kena reject kot. Hoho..tenkiu dr.


Pengalaman pertama setelah berkurun tak naik bas dalam bandar sememangnya meninggalkan kesan yang mendalam. Bukan pada diri aku je, orang sekeliling aku pun sama. Bila dengar cite aku, mesti kena gelak punya. Mana taknye, first time naik bas baru round 1 taman dah mabuk. Haha.. siap muntah lagi tu. Ya Allah, malu betul. Orang pertama tahu pasal ni adalah Encik A a.k.a my heart. Huhu..geram betul. Die boleh siap gelak kaw2 kat aku yang dah pening-pening lalat aritu. Bukannya nak simpati ke apa. Bila aku merajuk, baru tau nak berhenti gelak. Ada ke patut.. Mak aku pun sama. Gelak juga. Haish..kelakar sangat ke? Aku ni bagai nak tercabut urat perut menahan loya bau bas ngan bau rokok tau..Adohai..


Pas abis 1 round terus balik bilik. Badan dah lembik, takkan nak gagahkan diri buat keje lagi kan. Sampai bilik, kena gelak ngan rumate plak. Datang ngan pakej tu..tambah dengan bf die skali. Kawan-kawan rapat yang tau pun duk gelakkan aku gak. Nasib badan la. Gelak la kalau korang nak gelak pun. Janji korang bahagia.


Percubaan kali kedua berjaya membuang fobia aku. Yezza..alhamdulillah. Dah lega skit. Tapi yang tak puas hati tu, auntie konduktor bas tu kerek plak ngan aku. Haiyaa..tak pe,tak pe..boleh sabar lagi. Aku dah ada strategi baru. Hehe..Tunggu la Isnin ni.


Ok, mahu bersiap ke Ipoh untuk menyelesaikan strategi tersebut. Daa...



Monday, March 22, 2010

..::Cameron::..


Saye dah upload pics holiday saye di Cameron.

Yeay..akhirnya berjaya juga melunaskan janji itu.

Selamat melihat..



saye bersama 2 org bodyguard yg selalu prihatin dengan keselamatan saye di sana..


teman wanita yang comel bersama saye..menjadi co pilot


auww..merahnye.saye suke merah..


Nak banyak lagi,sila ke facebook saye okey..



Thursday, March 18, 2010

..::Hati Gumbira Tepuk Tangan Sama-sama::..


Saje nak bagitau followers aku dah cecah 100..

Yeehaa!!!

Sukanya hatiku..banyak betul perkara menggembirakan terjadi dalam hidup aku akhir-akhir ni.

Syukur pada Tuhan.



Wednesday, March 17, 2010

..::Kawen..Kawen..Kawen::..


Minggu lepas banyak betul jemputan kawen. Dari sepupu, kawan-kawan..sampaikan aku tak sempat nak pegi. Hehe..Mana taknya. Kenduri pada hari yang sama..13 March 2010. Time ni aku kat umah sepupu aku kat Sungai Isap. Kenduri belah perempuan. Tak pasal-pasal aku kena bawa hantaran. Ayo..umur dah 24 pun,masih kena bawa hantaran. By the way, aku ucapkan TAHNIAH pada semua yang telah menamatkan zaman bujang mereka terutamanya Kak Abby, Nad dan Mizi. Semoga kekal ke akhir hayat ye.


Minggu ni plak kenduri belah lelaki iaitu sepupu aku tu. Khamis ni dah kena berkampung di Pekan la. Membantu apa yang patut. Ari Sabtu, pas majlis terus cabut balik UTP. Huhu..Pasni menahan rindu la. Bulan 6 plak baru dapat balik umah. Tu pun sebab my bestfriend kawen. Wajib balik ni.


Nak tunggu wedding aku, lambat lagi la. Kena tunggu die stabil dulu. Slow and steady..Paling suka trademark die..plan2 kayoh..Haha..apa-apa jela, bang..



Tuesday, March 16, 2010

..::I'm Not Available Now::..


Dah 4 ari pun aku berada kat rumah. Seronoknya. Masa nak balik ari tu bukan main lagi aku bawa balik keje aku. Tapi asal sampai rumah je, langsung tak sentuh lappy. Yang aku tahu, lapy aku ni sentiasa on cuma bukan aku yang guna. Sape lagi kalau bukan adik-adik aku. Cian lappy aku. Tak dapat nak rehat pun. Mujur kelmarin aku dan family pegi holiday kat Marang. Dapat gak lappy aku ni rehat 2 ari.


Sekarang ni hati sedang berbunga-bunga. Diriku dilamun cinta. Lalala..Alhamdulillah. Syukur kerana Allah masih beri aku peluang untuk merasai nikmat cinta. InsyaAllah, akan menamatkan zaman bujang plak tak lama lagi. Semuanya masih dalam perancangan. Tak mahu heboh lagi. Biarlah antara aku, dia dan keluarga kami. Cukup kalau aku katakan aku sekarang ni single BUT NOT AVAILABLE.


Nak upload pics gi Cameron aritu tapi Mirza belum kasi dvd pics tu lagi. Huhu..tak sabar nak upload..



Wednesday, March 10, 2010

..::Ku Bahagia::..


Dalam seminggu ni aku rasa epy sangat. Tak tahu kenapa. Rasa sepanjang masa nak tersenyum je. Tapi kena gak cover-cover skit. Kang ada plak kata aku tak sihat. Hehe..


Actually, hati berdebar menunggu ari Sabtu ni. First date la katakan. Haha..Ops, terlepas gelak plak. Hari-hari hati berbunga cam bunga ros kat atas meja ni. Makin kembang semangkuk je. Agaknya ni yang dinamakan cinta kot. Hurm, aku tak nak perasan sorang-sorang. Kalau betul, insyaAllah tak lama lagi leh la plan untuk ke tahap seterusnya. Ameen.


Tu je nak cite.. (^_^)