Teman-teman

Wednesday, May 12, 2010

..::Piala Thomas::..


Piala Thomas dah pun bermula. Rasanya aku tak ketinggalan lagi nak cakap pasal Piala Thomas ni. Tapi takdela nak cakap banyak pun sebab aku bukannya tau sangat. Skit-skit tu ada la..


Pas maghrib tadi aku gi pasar malam dengan osmate. Time balik tu kami dikejutkan dengan bunyi sorakan dan jeritan di cafe. Tersentak juga mula-mula tu. Pastu baru teringat masa tu tengah berlangsung perlawanan antara Malaysia dan Denmark. Dahla semalam Malaysia kalah dengan Jepun. Haiyaa..Bukan setakat kat cafe je,kat blok perempuan pun sama. Hehe..


Bila sebut pasal badminton, ingatan aku terus mengingati seseorang..Sape? Of course my beloved dad. Kalau aku ada kat rumah time ni, mesti dengar suara aku ngan abah bersorak depan tv. Ah, rindunya kat abah..Saat-saat macam tu dah lama berlalu. Bila jauh dari family, satu-satu kenangan muncul..buat aku tak sabar nak balik.


Dah,dah...jangan nak bersedih plak. (^_^)


Esok dah genap 2 bulan hubungan aku dengan my heart. Wiwi..Makin mekar bunga-bunga cinta kami. Masing-masing menanggung rindu yang menggunung. Haha..sabar ye sayang. Hujung bulan ni kite jumpa k..Kite gi shopping sama-sama, tengok muvie pastu jalan-jalan..Sonoknye..



..::Menanti dan Penantian::..

Menanti adalah menggenggam erat harapan
menanti adalah sikap bumi yang tetap setia
menanti adalah sabarnya gurun menunggu hujan

Penantianmu bagai tegarnya gunung yang menjulang
Penantianmu bagai lingkaran penuh yang bulat sempurna
Penantianmu bertahan ditengah riuh badai kerinduan
Penantianmu adalah kesetiaan yang murni abadi

Penantianku adalah air tenang yang memantulkan sinar sang bulan
Penantianku adalah riak kecil di sungai yang lembut membelai teratai
Penantianku adalah buih ombak yang bergulung merembesi pasir pantaimu
Penantianku adalah cinta kasih yang tak pernah mengalah pada waktu

Detik, minit, jam, hari… berganti
Detik menusuk
Minit menikam
Jam melingkaran
Hari melukai…

Namun kita tetap menanti
kerana penantian kita adalah cinta kasih tak terperi
yang luka nyilu namun menempa diri untuk bertahan
dan bertahan
Demi cinta itu sendiri
kita mampu mengerti
dan tetap menanti…



Tuesday, May 11, 2010

..::Rasa Macam Ada Yang Makan Kasut Aku Je Arini Tau::..


Hari ni ada sorang ni bikin aku panas hati jela..Tension betul. Ntah sampai bila nak berubah pun aku tak tahu. Anak dah berderet, tapi masih tak insaf-insaf. Camni ke nak jadi bapa contoh? Lelaki yang bertanggungjawab? Haish...hilang mood aku nak wat paper conference.


Arrrgghhhh!!!!!!!



..::Motivasi Diri Anda::..





“jika kejahatan di balas kejahatan itu adalah dendam. jika kebaikan di balas kebaikan itu adalah perkara biasa. jika kebaikan di balas kejahatan itu adalah zalim. tapi jika kejahatan di balas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji… ”


“kata-kata itu sebenarnya tak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa, tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan…”


” hidup tak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik yang berlandaskan kenyataan..”


” hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan “(hanieta wahab)


HADIAH TERBAIK:………

kepada kawan…….kesetiaan,

kepada musuh……….kemaafan,

kepada ketua………… khidmat,

kepada yang muda…… contoh terbaik,

kepada yang tua…….hargai budi mereka dan kesetiaan

kepada pasangan…… cinta dan ketaatan

kepada manusia…… kebebasan


“kejelitaan wanita umpama sebilah mata pedang yang mampu memenggal leher seorang lelaki… .”(A.L Alek Wong)


“sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman…….”



Monday, May 10, 2010

..::Tajuk Apa Ek Nak Letak::..


Dah masuk ari Isnin pun. This week dah takde kelas dah. Bebudak sume dah start study week. Cam cepat je masa berlalu untuk sem ni kan. Aku rasa cam baru semalam aku masuk sem 2. Haha..mengarut kan?? Motif cakap camtu sebab taknak fikir pasal sympo je sebenarnya.


Today, aku kena jaga test terakhir bagi GA work aku. Dari jam 5 sampai 7. Melepas tengok AdaMaya la jawabnya. Takpe,takpe..leh suh rumate downloadkan. Apa nak buat pagi ni?? Aku tengah bersiap-siap nak g jumpa sv ni. Terawal plak siap. Opis pun tak buka lagi. Hehe..


Tak sabar nak balik hujung bulan ni. My bestfriend's wedding. Sonoknye.



Saturday, May 8, 2010

..::Busy Kalah YB::..


Lama tak menulis. Asyik blog hopping je sejak last entri aku yang kat bawah ni. Takde mood nak menulis + agak busy dengan assignment student dan research aku sendiri. Mood malas juga sedang bermaharajalela dalam diri aku. Rasa macam nak tampar diri sendiri laju-laju supaya sedar yang masa semakin suntuk.


(T_T)


Esok adalah hari bermakna bagi ex-classmate aku masa kt UTM dulu. Sedihnya tak dapat pegi majlis dia kat Muar sana. Tersangatlah jauh untuk aku pegi. Memandangkan majlis sebelah lelaki akan diadakan di Lumut, so aku amik keputusan datang yang dekat jela. Walaupun tak dapat jumpa kawan-kawan yang lain, at least aku dapat jumpa Puan Sofiah Abdullah(esok dah tukarla title ko ye, Pya.hehe..). Terubat gakla rindu sama kawan-kawan yang lain. Sorry u all, aku tak dapat turun Muar.


Hadiah untuk pengantin? Mestilah dah beli. Cuma belum balut je lagi. Saje aku nak balut sendiri. Lagi puas hati daripada balut kat kedai. Apa yang aku beli? Rahsia. Hehe.. Hadiah ni telah dicadangkan oleh rumate dan osmate aku. Dorang kata hadiah ni bagus untuk pasangan yang baru nak melangkah ke alam rumah tangga. Tak sabar plak nak pegi ke majlis Pya.


Actually jadual aku padat sangat. Sebab tu tak dapat nak turun Muar. Jadual dah penuh sampai hujung bulan 6. Wah, dah macam YB je aku ni sampai nak penuh-penuh jadual kan..hehe..Yup, tulah hakikatnya. Aku kena pandai planning perjalanan hidup aku. Nanti mula la kelam kabut. Ok, jom buat keje....