Teman-teman

Tuesday, April 19, 2011

..::Setelah Sebulan Berlalu::..


Dah lama sangat tak up date blog ni. Ntah ke mana hilang mood nk up date pun tak tahu. Asyik blog walking je. Hehe..

Ok. Nak bercerita sikit apa yang terjadi selepas sebulan berlalu. Pada tarikh yang sama sebulan yang lepas kan aku dah selamat bertunang. Alhamdulillah. Orang cakap tempoh bertunang ni banyak dugaan. Memang betul pun. Awal-awal lagi aku dah merasainya. Tak sampai beberapa minit lepas aku bertunang pun aku dah rasa. Sangat menguji kesabaran tau.

Alhamdulillah, lepas daripada dugaan tu walaupun masih belum settle, aku dapat hadapinya dengan tenang. Encik tunang sangat supportive. Aku je yang dah rasa down habis. Berkat dorongan encik tunang dan family, aku jadi kuat. Sempat jugala banjir depan encik tunang hari tu. Malu sangat. Huhu..

Bila dah masuk bulan kedua ni, pemikiran dah jauh melayang. Macam-macam yang aku fikirkan. Mujurlah family tak memaksa untuk aku percepatkan tarikh perkahwinan. Aku beri laluan pada abang aku dulu memandangkan kami belum bersedia dari segi kewangan dan abang plak perlu segarakan majlis dia untuk terbang ke Sabah.

Its ok. Boleh gak aku praktikkan masa persediaan majlis abang aku nanti untuk majlis aku plak. Takla kelam kabut nanti.

Papepun, aku harapkan hubungan aku dengan encik tunang akan sentiasa bahagia dan tenang selalu..

Kepada sahabat aku yang baru je bertunang minggu lepas, Nurzawani Muktarah...tahniah aku ucapkan. Semoga kekal selamanya bersama yang tersayang.

Wednesday, April 13, 2011

..:;Interview Oh Interview::..


Aku dapat panggilan interview lagi kali ni. Interviewnya hari Jumaat ni. Dah hampir sangat dah. Job yang aku mintak ni pun memang betul-betul dari bidang yang aku study dulu. Huhu.. Nervous kot sebab dah hampir 2 tahun aku tinggalkan bidang tu. Risau pun ada. Apa yang bakal disoal oleh interviewer nanti.

Pesan dari kawan-kawan yang dah menjejakkan kaki di bidang yang sama semuanya suh relax je. Takde apa sangat pun time interview nanti. Tak de tanya pasal Akta pun. Tapi aku tetap cuak. Semalam sempat juga aku buka balik nota-nota aku yang dah berhabuk tak sentuh. Hehe.. Alhamdulillah, otak masih belum berkarat.

Last 2 weeks pun aku ada interview juga. Aku dapat job tu tapi aku tolak sebab aku rasa tak kena dengan diri aku. Job tu bukan dari bidang aku pun. Ye, aku tau sekarang ni kita tak boleh demand sangat dengan job yang ada. Kalau dapat, grab je. Huhu.. Tapi aku taknak sebab aku tahu kalau aku terima job yang bukan minat aku, for sure aku takkan buat keje tu dengan ikhlas. Lebih baik lepaskan pada yang lebih layak.

Ok, stop it. Kawan-kawan... tolong doakan saya dapat job yang saya nak pegi interview ni ye. Saya memang berharap sangat dengan job ni.

Monday, April 11, 2011

..::Sukanya Bila Dapat Suprise::..


Sape yang tak suka bila tiba-tiba dapat suprise dari seseorang? Tak kirala dapat khabar berita ke, dapat hadiah ke, dapat duit ke.. Mesti semua pun suka kan? Betul tak?

Sama juga dengan aku. Petang tadi aku dapat suprise yang buat hati aku rasa gumbira yang amat. Bangun-bangun dari tidur, terus dapat suprise depan pintu . Lagi la syok. Hehe.

Apa yang suprise sangat tu?? Jeng...jeng..jeng...

Ni la suprisenya........Tadaaa

cantikkan wrapper die..teruja sangat

Hehe..Korang cuba teka apa yang ada dalam kotak ni. Cepat, cepat.. Apa dia? Rasanya ramai yang dapat teka apa yang ada di dalam kan. Dah terang lagi bersuluh tu.

dalam kotak tu ada pantilinear, sofy body fit day slim wing,sofy comfort nite body fit 28 cm and comfort nite body fit 32cm. Sume jenis ni die bagi 2keping setiap satu.wiwi...

Happynya.. Walaupun aku tak pernah pakai brand ni, tapi apa salahnya kita try kan. Dah kata pun benda free. Harusla cuba. Mana tau sesuai dengan diri aku. Lepas ni boleh la terus pakai brand ni. Selalu tengok iklan Sofy ni dekat tv macam menarik je kan. Siap boleh tidur lasak-lasak lagi. Maybe sesuai untuk yang heavy flow.

Tak sabar nak mencuba...yezza. Tenkiu miss Sofy..

Sunday, April 10, 2011

..::Tahniah Buat Kamu::..


Dah selamat pun. Hehe.. Happy sangat rasanya. Baru je lagi majlis pertunangan aku. Tadi malam plak berlangsungnya majlis pertunangan abang aku plak. Majlis angah dia buat kecik-kecik je. Tak macam majlis aku. Hehe.. Angah buat merisik pastu bertunang terus. Nak gelak je bila ingat balik apa yang mak aku cerita semalam.

Akceli majlis ni dirancang masa angah balik time aku nak bertunang hari tu, which mean masa 19 Mac lepas la. Angah tiba-tiba suh mak abah aku pegi merisik kekasih hati dia. Haha..Dah lama beli cincin baru sekarang suh pegi merisik ye.

InsyaAllah raya tahun ni angah akan berkahwin. Tapi bukan sekali dengan aku ye. Hehe.. Majlis aku lambat lagi.

Cepat kan. Aku yang bertunang dulu, angah yang plak yang berkahwin dulu. Ni sume sebab terpaksa. Nape terpaksa plak?

Angah terpaksa sebab dia dah ditukarkan ke cawangan Sabah. 22hb ni dia aku start menetap di sana. Mesti mak aku sedih. Hehe.. Pasni dah tak dapatla abang aku sorang tu balik kampung tiap-tiap minggu. Kesian tunang dia. Lepas kawen nanti, baru leh angkut isteri dia duk Sabah plak. Dahla muka tunang angah tu putih yang amat. Dah boleh jadi orang Sabah pun. Pasni hilang la loghat ganu dia tu. Hehe..
Papepun, aku ucapkan tahniah buat Angah&Ila di atas pertunangan mereka semalam. Dan untuk abang aku, jaga diri lelok bila dah duk Sabah nanti. Ingat kat family dan tunang tersayang kat Semenanjung ni tau.

n o t a k a k i: pasni leh la aku jalan-jalan pegi Sabah plak. Hehe..

 

Wednesday, April 6, 2011

..::Sekitar Majlis Pertunanganku::..

Maaf ye sebab agak lambat upload my e-day pic. Dah janji nak upload, kena upload gak walaupun lambat. Hehe.. Hanya di sini aku upload dan tak semua pic tau. Kat FB pun aku tak upload atas alasan tertentu. So, taknak cite banyak-banyak. Tengok jela pictures kat bawah ni ye. Kalau nak komen, komenla...Hehe..

Date: 19032011
Venue: my sweet home
Photographer: my sisters
Editor: of course la, your truly...cik rimie.hehe..

antara yang buat havoc time majlis berlangsung...hehe
mak, sedara mara dan kawan-kawan
antara hantaran kedua belah pihak..yang aku gubah sendiri...baju melayu+samping,buku dan coklat..
time starting berdebar...huhu
with mother in law...bagaikan kupu-kupu dalam perut
alhamdulillah...semuanya selamat
your truly with her fiancee...love ya...
 Ok, tamat sudah...Hehe...dah tertunai janji cik rimie ye...selamat malam

Monday, April 4, 2011

..::Kesian Kamu::..


19 Mac 2011~04 April 2011...

Lama kan aku tak update blog. 15 hari.... Lepas je dari majlis pertunangan aku, mood untuk bersosial dah makin kurang. Nak jenguk internet pun malas. Just check my email and then out. Huhu.

Macam-macam yang berlaku after dah tunang ni. Apa orang kata, dugaan darah manis.. Huhu. Aku pun tak pasti nak percaya ke tak. Dugaan ni bukannya datang dari kami berdua. Kan dugaan tu ada bermacam jenis. Kes aku ni plak datangnya dugaan yang mengganggu emosi aku. Yela, dah hampir-hampir nak abis study ni banyak plak problem. Dengan elaunnya, dengan risau pasal keje lagi, dengan rasa down sebab tesis tak siap-siap lagi. Huhu..

Mujurla encik tunang setia di sisi, membangkitkan semangat diri yang semakin lemah. Alhamdulillah, tenang sikit hati ni. Hope semua dugaan ni cepat berlalu. Bolehla aku up date blog ni hari-hari...

Kamu semua doakan untuk cik rimie ye...Thanks..