Teman-teman

Friday, April 19, 2013

..::Peristiwa Yang Mungkin Dapat Beri Pengajaran Kepada Wanita Lain Di Luar Sana::..

Salam Jumaat semua...Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi cerita dengan pembaca blog saya yang setia.. Ada ke yang baca?hehe..

Kejadian ni baru berlaku semalam. Sangat menakutkan dan menyakitkan hati juga kalau diingat kembali.

Macam ni.. Semalam saya perlu ke Bera bersama client. Selepas selesai urusan di MD Bera, kami singgah makan tengahari di KFC Temerloh yang berhampiran SK Tanjung Lalang. Maaflah kalau saya mentioned tempat sebab saya harap adik-adik perempuan, kakak-kakak atau makcik-makcik yang membaca alert dengan tempat ni.

Semasa tengah makan, saya perasan ada 1 kumpulan pemuda tempatan sedang makan di meja hadapan saya. Sambil makan, sambil pandang-pandang ke arah meja saya. Saya buat tak tahu je la. Rasanya kumpulan berkenaan sebaya atau lebih muda dari saya. 

Lepas makan, saya nak ke tandas. Masa mula bergerak ke tempat cuci tangan tu, saya perasan seorang dari kumpulan itu pun bergerak ke tempat yang sama. Selepas selesai cuci tangan, saya masuk ke tandas. Waktu tu saya perasan ada seorang lagi dari kumpulan pemuda tadi datang untuk cuci tangan. Saya tak endahkan dan terus masuk untuk melepaskan hajat. 

Tandas di KFC tersebut berasingan antara lelaki dan wanita. Dalam tandas wanita ada 2 bilik tandas. Jadi saya tak kunci pintu utama dengan berfikiran mungkin nanti akan ada yang ingin masuk ke bilik tandas sebelah. Sedang saya melepaskan hajat, saya dengar ada seseorang masuk ke tandas tapi tak pula dengar orang tu masuk ke bilik tandas sebelah. Saya pun perhatikan bayangan orang itu melalui ruang antara pintu dan lantai. 

Semasa saya sedang perhatikan ke arah ruang tersebut, alangkah terkejutnya saya apabila saya ternampak tangan seseorang memegang telefon bimbit yang mengarah ke arah saya untuk tujuan mengambil gambar yang tidak senonoh. Dengan keadaan terkejut, saya terus semburkan air ke arah tangan tersebut. Menggigil seluruh tubuh saya dengan kejadian yang berlaku. Saya cepat-cepat selesaikan apa yang patut dan keluar.

Bila saya keluar, ruangan meja sudah kosong dan saya terlihat salah seorang dari kumpulan pemuda tadi berjalan ke arah tandas. Saya bingung samada dia yang lakukan ataupun tidak. Muka saya waktu tu pucat.

Bayangkan apa akan jadi  jika saya tak perasan orang yang masuk ke tandas tadi?Mesti dia sempat ambil gambar saya sedang melepaskan hajat. Nauzubillah....

Moral of the story: 

  • Saya harapkan kepada wanita yang membaca post saya ni, sentiasa berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. Paling penting jangan syok melepaskan hajat tanpa melihat sekeliling dan sentiasa lihat ruang-ruang yang terbuka di tandas awam sebelum, semasa dan selepas melepaskan hajat.
  • Saya harapkan kepada pemuda-pemuda yang baru nak melangkah ke waktu remaja atau yang sudah dewasa, hentikanlah perbuatan tak senonoh sebegini. Ingatlah jika emak, adik, kakak atau kekasih dan isteri anda yang melalui kejadian seperti ini, apa perasaan anda? 
  • Ingatlah, perkara yang buruk atau yang baik yang anda lakukan pasti akan dibalas Allah.




Wednesday, March 27, 2013

..::Bila Allah Memberi Ujian::..


Salam Rabu semua...

Kekalutan berlaku di pagi hari. Encik suami demam panas tiba-tiba je. Semalam elok ada je dia balik dari keje. Tengah malam tadi saya terjaga dari tidur sebab rasa macam katil bergegar-gegar. Rupanya kesan daripada badan encik suami yang menggigil. 

Saya ingatkan dia cuma sejuk biasa sebab selalunya encik suami memang tak suka pakai selimut. Alih-alih malam tadi dah berselubung sampai paras leher. Bila saya rasa dahi dan leher encik suami, sah memang dia demam. Encik suami jarang kena demam panas macam ni. Saya dah risau dan tak lena tidur. Cari comforter yang tebal kat bilik sebelah dan terus selimutkan encik suami kemas-kemas. 

Waktu saya bangun subuh, saya rasa lagi dahi encik suami. Makin panas. Selepas solat, saya letakkan tuala basah di kepala encik suami. Bagi dia minum segelas besar air masak. Saya prepare breakfast ringkas, bersiap untuk ke office dan makan-makan sekejap. Pastu terus ke office dan angkut sekali encik suami.

Huhu..kesiannya

Saya terpaksa tinggalkan encik suami dalam kereta sekejap sebab saya ada keje urgent nak settlekan dulu. Jam 9 saya bawa encik suami ke klinik. Suhu badan agak tinggi. Risaunya saya.. If 2 hari tak kebah, kena datang lagi untuk ambil darah plak. Hopefully cepat-cepat sihat ye sayang.







Thursday, March 21, 2013

..::Moga Tenang Di Sana::..

Assalamualaikum...

Dah lama juga tak up date apa-apa dalam blog ni. Recently keje dekat office banyak sangat. Dengan kekuatan 2 staff perempuan dan 1 staff lelaki, tak cukup nak handle semua projek-projek yang masuk. Tapi alhamdulillah, semua tu rezeki.

Tanggal 18 Mac 2013, jam 1130 malam, saya mendapat perkhabaran sedih dari abah di kampung. Makcik saya yang menghidap kanser paru-paru telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirrajiun....

Syukur juga pada Allah kerana cepat mengambil nyawa beliau. Kurang sikit bebanan kesakitan yang ditanggungnya semenjak hujung tahun lepas. Saya sendiri tak sanggup nak lihat keadaan makcik. Badan semakin kurus, rambut banyak yang gugur dan tiada lagi senyuman manis yang selalu diberikan. 

Kali terakhir saya bertemu beliau pada hari raya aidilfitri tahun lepas. Saya doakan arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah hendaknya.

Al-fatihah.



Sunday, March 3, 2013

..::Dia Yang Kusayangi Hingga Hujung Nyawa::..

Dari hari pertama aku berada didalam rahimmu sehingga umurku telah menginjak 27 tahun, dirimu tak pernah lelah untuk menjadi yang terbaik

Kasihmu...
Sayangmu..
Belaian manjamu..
Senyumanmu..
Bicaramu...
Sentiasa bisa membuat aku mengukir senyuman tatkala terkenangkan saat-saat bersama.

Rinduku padamu tak pernah hilang
Bahkan semakin bertambah pabila aku dikejauhan

Aku masih teringat...
Bila aku ketawa..pasti denganmu
Bila aku sedih..kau pendengar setiaku
Bila aku sakit..kau penawarnya
Bila aku kecewa..kau penasihat terbaik dalam hidupku

Mak..
Dihari lahirmu ini aku ucapkan berjuta terima kasih kerana menjadi IBU yang terbaik untuk Rosilawati, Amirul Hakim, Amirah Suriati, Faten Athirah, Rabiatul Adawiyah dan Aiman Hakim..
Kudoakan dirimu sentiasa dipanjangkan umur, dilimpahi kasih sayang dalam keluarga bersama anak-anak dan cucu-cucu, diberikan kesihatan yang baik dan teruskan senyuman manismu agar menceriakan hari-hari insan disekelilingmu.

Selamat Hari Lahir, Mak.. Kami sayang mak selalu



Friday, March 1, 2013

..::Bila Umur Semakin Meningkat::..

...Kematian semakin hampir


psiloveu: selamatharilahiruntukdirisaya

Friday, February 1, 2013

..::Ombak CNY::..


Minggu ni dan minggu depan merupakan saat kritikal saya dan my officemate. Dah macam dilanda OMBAK CNY dah kami kat sini.

Stress, serabut, blur, kelam kabut...

Esok dan lusa juga terpaksa bekerja lebih masa untuk clearkan office sebelum CNY. Sejak office ni kekurangan staff, kami bertiga macam tak cukup lantai nak bergerak.

Hope boss approve cuti CNY 9 hari dan dapat angpau juga...barula boleh rasa bernafas seperti sediakala. Hehe..