Teman-teman

Saturday, February 28, 2009

..::Mama::..


Leka dengan novel yang baru 3 hari aku beli. Tak sabar untuk mengetahui pengakhiran cinta antara Aleya dan Syed Azril, lelaki yang penuh dengan keegoan..

Tiba-tiba aku teringatkan mama ketika aku membaca satu rangkap dari novel tersebut..aku juga pernah melaluinya. Saat mama mengucup dahiku, tenang dan damai sekali kurasakan. Belum pernah aku rasakan perasaan sebegitu. Segala resah yang aku rasakan hilang. Ajaibnya kuasa Tuhan.

Hujan dari petang belum menunjukkan tanda ingin berhenti. Seperti mengerti hati dan perasaan aku saat ini. Sejuk, sayu, rindu..itu yang aku rasakan. Terbayang wajah insan-insan yang aku sayangi. Alangkah bahagianya jika aku bersama mereka sekarang, menyambut hari lahirku bersama..

Harap esok masih ada sinar bahagia buatku..

..::Berikan aku::..


Berikan aku kekuatan sedikit lagi
aku hampir tersungkur dengan semua permainan dunia
benarkan aku untuk bahagia
walau sedikit cuma
itu sudah mampu buat aku tersenyum

Orang kata hari tak selalunya cerah
Bila hujan menyimbah ada rahmat disebaliknya
Mungkin akan hadirnya pelangi yang berwarna ceria

Friday, February 27, 2009

..::Program Hujung Minggu::..


Akhirnya siap juga segala perkara2 berkaitan program CTL esok. Lega sangat. Letih otak dengan PSM dan segala macam program untuk final year student. Borang audit pengijazahan pun belum isi lagi.

Esok pagi aku ada program CTL, program ni khas untuk final year student. Separuh hari je. Kat Postgraduate Faculty. Quite interesting gak la, aku agak je. Nanti aku update entri baru untuk cerita apa kisahnya program tu ok.

Lusa lak besday aku. Hmm..dah plan ngan kawan2 lama masa sekolah dulu nak pegi Hot.fm Jam kat Danga Bay. Mesti best giler. Dah lama tak jumpa ngan dorang sume. Last jumpa pun masa form 3. Hanna jela aku jumpa selalu sebab die study sama tempat ngan aku. Tapi dah keje pun sekarang. Zie, Mizan dan Zainal masing2 keje kat JB. Tu je yang dah confirm nak join reunion yang secara spontan plan ni. Idea bernas yang datang dalam kepala aku 2 minggu lepas..ahaks

So, papepun korang tunggu jela entri2 seterusnya ek. Nanti aku update khas untuk tatapan my fellas sume..nite

..::Dalam hati ada Rindu::..

"Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah
satu kepastian yang mereka akan menyintai kita
kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati
mereka tapi sekiranya ia tidak,
pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,
satu hari untuk menyintai seseorang tetapi
ia mengambil masa sepanjang hidup untuk
melupakan seseorang."



Berhenti seketika dari bergelumbang dengan tesis dan bahan rujukan di PS. Penat, sejuk, lapar. Emosi masih di tahap yang sama. Dalam hati ada rindu yang tersimpan untuk dia. Aku terus kuatkan hati untuk tidak menitiskan airmata setelah dua minggu segalanya berlaku.

Pesan mama supaya ceria selalu dan sentiasa ingat yang satu, Allah Maha Besar. Rindu pula bila terkenangkan saat manis ketika menghabiskan masa bersama mama minggu lepas. Aku ceria bila bersama orang yang aku sayang. Mungkin bagi mereka aku sudah pulih dari kekecewaan. Yang pasti hanya aku yang merasainya.

Aku tahu ujian ini tidak lama. Hanya menguji sejauh mana kesabaran aku. Semakin aku sabar, semakin banyak kelebihan yang akan aku dapat. InsyaAllah.

Aku cuba bergaul dengan semua orang. Melupakan masalah yang berat di pundakku. Aku ingin sekali terbang bebas di awan seperti burung yang ceria di sebalik awan yang putih bersih. Melihat pelangi yang indah terbentang.

Cepatlah waktu berlalu..

..::Hilangkan Segalanya::..


Semudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi

hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi

hilangkan segalanya..

ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

==>>from farawahida..aku suka lirik lagu ni

Wednesday, February 25, 2009

..::Semangat yang Hampir Padam::..


Baru je abis kelas teori.

Dari pagi hati rasa tak tenteram. fikiran melayang entah ke mana. hanya satu yang ku ingat..dia..

Cuba untuk memberi tumpuan apa yang diajar pensyarah di depan. tapi aku tak dapat menipu diri sendiri. walau kucuba dan kucuba, hasilnya tetap sama. masih memikirkan dia. dalam hati berkata, mengapa aku tak dapat melupakan dia walau sesaat? mengapa aku harus melalui perasaan ini? aku cuba tenteramkan hati aku dengan mengingatiNya. berzikir dan terus berzikir. itu lebih mententeramkan jiwa. hanya Dia yang lebih mengetahui apa yang tersirat dalam hati ku.

5 hari aku menyepi dari alam maya. pernah terlintas untuk berhenti menulis kisah hidupku yang tak lagi meriah seperti dulu. hati berkata 'ya' tapi tangan terus menulis. mengharap sinar cerah kembali hadir menyinari hidupku yang hampir malap dengan kesedihan.

Hati aku remuk lagi. mengapa begitu banyak rahsia yang disimpan. ah..aku bukan sesiapa lagi. bukan penenang jiwanya, bukan pendamai hatinya..aku hanya aku..seorang perempuan yang masih mengharap dan terus mengharap..

Aku cuba untuk lebih tabah dari kelmarin. rakan baruku menasihati aku,

"lelaki bukan satu. walau lama mana awak mengenali dia, jika dia bukan jodoh awk terimalah dengan hati terbuka. dulu, saya pun bercinta dengan orang lain, tapi kawen dengan orang lain.."

Mungkin benar apa yang rakanku perkatakan. tapi aku takkan berputus asa selagi aku rasa aku masih ada peluang berusaha semampu yang boleh untuk memperbaiki hubungan ini.

Walau dalam hati masih ada cinta, terdetik di hati sampai bila harus aku menunggu? mungkinkah dia ada pengganti baru? atau hanya aku yang mengharap pada suatu yang tak pasti?

Ya Allah, andai dia bukan untukku, kuatkan hatiku untuk menerima kenyataan ini. tabahkan hatiku untuk teruskan hidup tanpa dia dan cinta. dia adalah lelaki baik dan mungkin hanya untuk perempuan yang baik..tapi...bukan aku..

Aku doakan dia lebih bahagia sekarang tanpa aku dalam hidupnya.

cinta tak semestinya bersatu. walau sepahit mana ujian yang datang, aku harus meredahinya. biarlah aku yang berkorban untuk dia yang aku sayang..