Teman-teman

Friday, December 30, 2011

..::Last Day Bekerja Di Tahun 2011::..


Sangat lemau arini. Dengan sakit tekak, badan yang suam-suam, kepala pusing..Buat keje pun dalam keadaan slow and steady je. Tapi alhamdulillah, dapat juga harungi hari ni dengan baik.

Saya tengah menunggu encik tunang menjemput saya balik ni. Sejak ketiadaan kereta, asyik menumpang kereta cik Zue je ke tempat kerja. Hari ni plak tak dapat balik bersama sebab cik Zue balik kampung terus dari tempat kerja. Huhu.. Terpaksala mintak belas ihsan encik tunang walaupun dia  bizi. Sepanjang minggu ni tau encik tunag membizi. Kena coverline kawan-kawan yang dah apply cuti lebih awal sampai hujung tahun.

Esok, lusa dan tulat cuti. Apa perancangan ye untuk diisikan pada waktu cuti tersebut? Duduk rumah, kemas rumah, lepak-lepak sampai bosan or ajak encik tunang cuci mata dan survey barang kawen? Gaji baru je dapat ni. Hehe..


Okla. Mau pulang sudah. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ye.. Jaga diri, hiasi peribadi... (^_^)


Wednesday, December 28, 2011

..::Hampir Ke Penghujung::..


Syukur alhamdulillah kerana Allah masih memberi kesempatan untuk saya terus menghirup udara segar setiap hari sehingga ke hari ini.

Sedar tak sedar tinggal 3 hari je lagi kita akan melangkah ke tahun yang baru, tahun 2012. Cuba kita lihat kembali apa yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Sudahkah segala azam yang dibuat pada tahun ini tercapai ataupun masih lagi di takuk yang lama? Sudah banyakkah amalan yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2011? Wallahualam...Tepuk dada tanya hati masing-masing.

Bagi saya, tahun 2011 banyak mencabar emosi dan kudrat yang cukup sifat anugerah Ilahi ini. Hati yang terluka kembali sembuh dan semakin baik dari hari ke hari, jiwa yang resah kembali tenteram dan segalanya berjalan dengan baik walaupun perlu menggandakan usaha. Saya sentiasa pegang pada kata-kata yang menjadi trademark di blog ini. Itu moto hidup saya dan saya begitu yakin sekali dengan setiap apa yang berlaku kerana setiap kelemahan itu datangnya dari diri kita sendiri dan segala perancangan telah diaturkan oleh Maha Esa dengan begitu sempurna. Cuma kadangkala diri sendiri je yang tak bersyukur dengan apa yang diterima.


Biarkan kisah pahit berlalu dan simpan kenangan manis selamanya. Semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun 2011. InsyaAllah.. Selamat Menyambut Tahun 2012 untuk anda semua..... 

n o t a k a k i :
tahun terakhir untuk bergelar 'single'. InsyaAllah....amin

Wednesday, November 30, 2011

..::Bila Tuhan Menguji::..


Aku terima dengan kesabaran. Mungkin ada hikmahnya semua ni berlaku. Allah masih menyayangi aku walaupun Dia telah memberi ujian padaku. Itu tandanya aku masih diberi kesempatan untuk lebih rapat denganNya.

Pagi semalam aku terlibat dalam satu kemalangan. Di awal pagi. Saat bergegas ke tempat kerja. Salah aku kerana cuai. Aku leka kereta depan dah berhenti bergerak gara-gara aku nak mengelak lubang. CeCiL sudahpun mencium Nissan Sentra dengan rakusnya. Aku hanya sempat beristighfar panjang dan mengucap syukur kerana aku selamat.

Dengan perasaan berdebar yang Maha hebat, aku cuba sedaya upaya bertenang dan cari penyelesaian sebaik mungkin dengan pemandu Nissan. Alhamdulillah, Tuhan menolongku dengan memudahkan segalanya. Pemandu Nissan tidak langsung memarahi aku walhal aku yang bersalah. Segalanya selesai dengan baik.

Terima kasih untuk tunang tercinta untuk bantuan dan menghantar kereta aku ke bengkel. 

Wednesday, October 26, 2011

..::Wordless Wednesday::..






arini kena keje....=(






Friday, October 21, 2011

..::Salam Pertemuan::..


Tahun 2011 hampir melabuhkan tirai. Tinggal 2 bulan lebih je lagi nak melangkah ke tahun seterusnya. Masih bernyawakah kita ketika itu? Wallahualam...

Dah agak lama cik rimie tak update blog ni kan? Masih ada ke yang menunggu cerita-cerita dari blog cik rimie ni ye? 

Sejak balik cuti raya Aidilfitri lepas, cik rimie langsung tak berkesempatan nak update blog. Apatah lagi nak BW blog orang lain. Huhu..Sedih juga la sebab dah lama tak mengetahui perkembangan semasa rakan-rakan dunia maya. Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan untuk menulis kembali. Rasanya mungkin blog cik rimie akan ada perubahan besar lepas ni. InsyaAllah..

So, apa perkembangan baru anda sekarang??? Oh ya....I miss u all a lot!!!!  (^_^)

Monday, August 22, 2011

..::Orang Gomen Dapat Bonus, Kami Pun Dapat::..


Tersangatla happy hari ni. Selalu hari Isnin je mesti lemau nak pegi keje. Tapi hari ni semangat lain sikit. Ceria je. Hehe.. Macam dapat aura bau duit je bangun pagi tadi. Sekali....Yes, memang tepat. Bos bagi cek gaji + bonus untuk raya.

Syok sangat. Terus rasa rajin nak buat keje. Hehe. Terus lupa sume perkara yang kena marah dengan bos dulu. Hehe.. Sayang bos lebih la camni.

So, hajat untuk beli kasut baru tercapai juga la akhirnya. Petang ni terus shoot pegi mall, cari kasut raya dengan encik tunang. Hehe.. Bestnya.

Semangat raya pun dah datang. Tak sabar nak balik kampung ni. Tapi sedikit gerun untuk menempuh jem sabtu ni. First time drive sendiri di kota raya. Harap semuanya selamat. Amin...