Teman-teman

Monday, July 7, 2014

..::Dia yang Pernah Kupanggil Abah::..

Assalamualaikum semua

Dah lama saya menyepi dari dunia maya.  Hari ni tergerak hati nak menulis kembali. Alhamdulillah.

Bertemu lagi kita dengan Ramadhan Al Karem. Bulan yang penuh barakah. Bulan yang mulia dan penuh ketenangan. SubhanAllah.

Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan beberapa pemergian yang tak terduga. Pemergiaan Biduanita Sharifah Aini dan anak kepada Linda Rafar, adik Memen. Semoga roh mereka di tempatkan di kalngan orang-orang yang beriman hendaknya.

Saya juga tak terkecuali sayu dan sedih dengan khabar duka ni. Sudah tiba masa mereka dijemput Ilahi. Kita?? Wallahualam...

Berbalik kepada cerita saya pula....

Awal pagi tadi saya menerima pesanan ringkas dari pakcik saya. Ringkas tulisannya..'Pakcik Yuddin dah meninggal...'

Allahu Akbar.Terkesima sekejap. Terus segar mata yang mengantuk. Bagaikan terkena renjatan elektrik. Hati saya menangis, tapi luaran saya masih terdiam. Pada masa yang sama, segala kenangan bersama arwah jelas terpapar satu per satu diingatan. Ya Allah, bersalahnya saya kerana belum sempat untuk meminta maaf.

Arwah seorang yang sangat baik. Saya pernah menganggap arwah seperti abah suatu ketika dulu. Hampir 6 tahun rasanya. Arwah juga sudah menganggap saya seperti anak perempuannya kerana arwah tak memiliki anak perempuan. Layanan arwah, kasih sayang arwah, gurau senda arwah, semua itu saya rindukan.

Sewaktu saya masih menuntut di Johor, Arwah yang selalu tunggu saya di perhentian bas di tengah-tengah malam. Arwah sanggup pinjamkan keretanya untuk memudahkan saya bergerak. Masih terbayang wajah ceria arwah apabila kali pertama saya memiliki kereta, masih terngiang di telinga saya alunan Al-Quran yang arwah baca tiap kali arwah tak tidur malam. Rindunya saya..

Abah,

Saya rindukan abah. Tenanglah abah di sana, disamping orang-orang yang soleh. Semoga syurga ada buatmu. Maafkan segala salah dan silap saya selama ini. Saya tak sempat nak mohon maaf dengan abah atas apa yang berlaku antara saya dan anak abah. Maafkan saya jika abah kecil hati dengan saya. Saya akan sentiasa mengingati abah dalam doa-doa saya. Tulus kasihmu abah tetap saya kenang sampai bila-bila. Saya sayang abah.

Al-Fatihah........



Tuesday, October 15, 2013

..::Salam Aidil Adha::..

Assalamualaikum...

Salam 10 Zulhijjah. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam. Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk menyambut hari raya korban walaupun saya sorang-sorang je kat ofis. Sedih.

Tahun ni saya terpaksa korbankan cuti raya haji saya sebab hujung minggu ni ada kenduri kawen sepupu sebelah suami di Johor. Takpela. Bukan tak biasa pun tak balik kampung bila hari raya. Tapi sedih juga la sebab abang saya buat majlis cukur jambul anak pertama dia masa raya haji ni. Redha.

Cepatla masa berlalu. Bosan sebenarnya bila sorang-sorang je kat ofis. Mood nak buat keje pun tak ada. Hehe.. Teringat keseronokan bersama keluarga lebih menguasai. Lebih-lebih lagi bila dah kawen ni. Kalau balik kampung, kena bahagikan cuti antara 2 rumah. Walaupun tak jauh mana jarak antara rumah mak dan rumah mak mertua, tetap nak lebihkan rumah sendiri. Betul tak?





Wednesday, July 10, 2013

..::Salam Ramadhan 1434H::..

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih dipnajangkan umur untuk merasai nikmat ramadhan kali ini. Camne sahur pertama korang? Sempat sahur ke tak? Hehe..

Dikesempatan ini, saya memohon maaf dari kalian andainya ada terkasar bahasa dan tersilap kata sepanjang kalian mengenali saya di alam maya ni.

Semoga ukhwah kita akan terus berkekalan selamanya..

Salam Ramadhan semua!!!!!!!



Sunday, June 16, 2013

..::Untuk Abah::..

Di saat aku mula melihat dunia, kau selalu ada mengajari aku bagaimana untuk menjadi manusia patuh, berdikari dan kuat menghadapi cubaan dunia..

Kau tak pernah lelah mengingatkan aku tentang agama walaupun aku selalu alpa. Kau biarkan aku bertatih sendirian hingga kadangkala aku sangka kau kurang menyayangiku berbanding yang lain.

Tapi sebenarnya itulah cara kau didik aku sebagaimana aku yang sekarang..berjaya membuat kau tersenyum bangga dengan kejayaan aku mengharungi hidup penuh pancaroba..kau ibaratkan aku seperti layang-layang yang tinggi di langit biru..walau tinggi, aku masih dalam perhatianmu, abah..

Aku tahu kau bukan seorang lelaki yang pndai menunjukkan kasih sayangmu pada kami, tapi kami tahu yang abah sayangkan kami..mungkin boleh aku katakan, abah sanggup jika nyawa abah dijadikan ganti andai itu sebagai ganti kebahagiaan kami semua..kami tahu, abah...kami faham..

Dalam diam kau, ada kasih
Dalam marah kau, ada sayang
Dalam renungan sayu kau, ada tangis yang takkan kami tahu

Abah
Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik buat aku dan yang lain
Terima kasih untuk setiap keringatmu mrmbesarkan kami
Terima kasih kerana turut menyayangi suamiku seperti kau menyayangi aku
Terima kasih atas segalanya, abah....

Kami sayang abah. Ya Allah, Kau panjangkan umur abah. Berikan setiap kegembiraan kepadanya. Lindungilah dia dan berkatilah dia sebagaimana dia menjaga amanahMu ini dengan baik dari kecil lagi..

Selamat hari bapa, abah

Psiloveu: selamat hari bapa untuk ayah mertuaku juga..


Friday, April 19, 2013

..::Peristiwa Yang Mungkin Dapat Beri Pengajaran Kepada Wanita Lain Di Luar Sana::..

Salam Jumaat semua...Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi cerita dengan pembaca blog saya yang setia.. Ada ke yang baca?hehe..

Kejadian ni baru berlaku semalam. Sangat menakutkan dan menyakitkan hati juga kalau diingat kembali.

Macam ni.. Semalam saya perlu ke Bera bersama client. Selepas selesai urusan di MD Bera, kami singgah makan tengahari di KFC Temerloh yang berhampiran SK Tanjung Lalang. Maaflah kalau saya mentioned tempat sebab saya harap adik-adik perempuan, kakak-kakak atau makcik-makcik yang membaca alert dengan tempat ni.

Semasa tengah makan, saya perasan ada 1 kumpulan pemuda tempatan sedang makan di meja hadapan saya. Sambil makan, sambil pandang-pandang ke arah meja saya. Saya buat tak tahu je la. Rasanya kumpulan berkenaan sebaya atau lebih muda dari saya. 

Lepas makan, saya nak ke tandas. Masa mula bergerak ke tempat cuci tangan tu, saya perasan seorang dari kumpulan itu pun bergerak ke tempat yang sama. Selepas selesai cuci tangan, saya masuk ke tandas. Waktu tu saya perasan ada seorang lagi dari kumpulan pemuda tadi datang untuk cuci tangan. Saya tak endahkan dan terus masuk untuk melepaskan hajat. 

Tandas di KFC tersebut berasingan antara lelaki dan wanita. Dalam tandas wanita ada 2 bilik tandas. Jadi saya tak kunci pintu utama dengan berfikiran mungkin nanti akan ada yang ingin masuk ke bilik tandas sebelah. Sedang saya melepaskan hajat, saya dengar ada seseorang masuk ke tandas tapi tak pula dengar orang tu masuk ke bilik tandas sebelah. Saya pun perhatikan bayangan orang itu melalui ruang antara pintu dan lantai. 

Semasa saya sedang perhatikan ke arah ruang tersebut, alangkah terkejutnya saya apabila saya ternampak tangan seseorang memegang telefon bimbit yang mengarah ke arah saya untuk tujuan mengambil gambar yang tidak senonoh. Dengan keadaan terkejut, saya terus semburkan air ke arah tangan tersebut. Menggigil seluruh tubuh saya dengan kejadian yang berlaku. Saya cepat-cepat selesaikan apa yang patut dan keluar.

Bila saya keluar, ruangan meja sudah kosong dan saya terlihat salah seorang dari kumpulan pemuda tadi berjalan ke arah tandas. Saya bingung samada dia yang lakukan ataupun tidak. Muka saya waktu tu pucat.

Bayangkan apa akan jadi  jika saya tak perasan orang yang masuk ke tandas tadi?Mesti dia sempat ambil gambar saya sedang melepaskan hajat. Nauzubillah....

Moral of the story: 

  • Saya harapkan kepada wanita yang membaca post saya ni, sentiasa berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. Paling penting jangan syok melepaskan hajat tanpa melihat sekeliling dan sentiasa lihat ruang-ruang yang terbuka di tandas awam sebelum, semasa dan selepas melepaskan hajat.
  • Saya harapkan kepada pemuda-pemuda yang baru nak melangkah ke waktu remaja atau yang sudah dewasa, hentikanlah perbuatan tak senonoh sebegini. Ingatlah jika emak, adik, kakak atau kekasih dan isteri anda yang melalui kejadian seperti ini, apa perasaan anda? 
  • Ingatlah, perkara yang buruk atau yang baik yang anda lakukan pasti akan dibalas Allah.




Wednesday, March 27, 2013

..::Bila Allah Memberi Ujian::..


Salam Rabu semua...

Kekalutan berlaku di pagi hari. Encik suami demam panas tiba-tiba je. Semalam elok ada je dia balik dari keje. Tengah malam tadi saya terjaga dari tidur sebab rasa macam katil bergegar-gegar. Rupanya kesan daripada badan encik suami yang menggigil. 

Saya ingatkan dia cuma sejuk biasa sebab selalunya encik suami memang tak suka pakai selimut. Alih-alih malam tadi dah berselubung sampai paras leher. Bila saya rasa dahi dan leher encik suami, sah memang dia demam. Encik suami jarang kena demam panas macam ni. Saya dah risau dan tak lena tidur. Cari comforter yang tebal kat bilik sebelah dan terus selimutkan encik suami kemas-kemas. 

Waktu saya bangun subuh, saya rasa lagi dahi encik suami. Makin panas. Selepas solat, saya letakkan tuala basah di kepala encik suami. Bagi dia minum segelas besar air masak. Saya prepare breakfast ringkas, bersiap untuk ke office dan makan-makan sekejap. Pastu terus ke office dan angkut sekali encik suami.

Huhu..kesiannya

Saya terpaksa tinggalkan encik suami dalam kereta sekejap sebab saya ada keje urgent nak settlekan dulu. Jam 9 saya bawa encik suami ke klinik. Suhu badan agak tinggi. Risaunya saya.. If 2 hari tak kebah, kena datang lagi untuk ambil darah plak. Hopefully cepat-cepat sihat ye sayang.