Teman-teman

Wednesday, December 28, 2011

..::Hampir Ke Penghujung::..


Syukur alhamdulillah kerana Allah masih memberi kesempatan untuk saya terus menghirup udara segar setiap hari sehingga ke hari ini.

Sedar tak sedar tinggal 3 hari je lagi kita akan melangkah ke tahun yang baru, tahun 2012. Cuba kita lihat kembali apa yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Sudahkah segala azam yang dibuat pada tahun ini tercapai ataupun masih lagi di takuk yang lama? Sudah banyakkah amalan yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2011? Wallahualam...Tepuk dada tanya hati masing-masing.

Bagi saya, tahun 2011 banyak mencabar emosi dan kudrat yang cukup sifat anugerah Ilahi ini. Hati yang terluka kembali sembuh dan semakin baik dari hari ke hari, jiwa yang resah kembali tenteram dan segalanya berjalan dengan baik walaupun perlu menggandakan usaha. Saya sentiasa pegang pada kata-kata yang menjadi trademark di blog ini. Itu moto hidup saya dan saya begitu yakin sekali dengan setiap apa yang berlaku kerana setiap kelemahan itu datangnya dari diri kita sendiri dan segala perancangan telah diaturkan oleh Maha Esa dengan begitu sempurna. Cuma kadangkala diri sendiri je yang tak bersyukur dengan apa yang diterima.


Biarkan kisah pahit berlalu dan simpan kenangan manis selamanya. Semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun 2011. InsyaAllah.. Selamat Menyambut Tahun 2012 untuk anda semua..... 

n o t a k a k i :
tahun terakhir untuk bergelar 'single'. InsyaAllah....amin

No comments: