Alhamdulillah..Sudah 3 hari umat Islam menjalani ibadah puasa. 3 hari juga saya berpuasa bersama suami tercinta. Walaupun hati sayu mengenangkan tak dapat menyambut awal puasa di kampung, saya tetap gembira dengan adanya suami disisi. InsyaAllah cuti nuzul Quran nanti saya balik kampung. Itu pun sorang-sorang. Encik suami kena keje time tu.
Selama 3 hari ni saya agak gagal dalam menyediakan juadah berbuka untuk kami. Hehe..Apa punya isteri la saya ni kan. Eh, salah-salah. Encik suami yang tak bagi saya masak. Lagipun kami berdua je, so beli lauk siap kat param je la. Tapi lauk sahur, saya berjaya lagi untuk siapkan. Masak lauk simple-simple je. Alhamdulillah, suami saya bukan seorang yang cerewet dalam bab makanan. Apa yang saya masak, itulah yang dia makan. Even saya tau lauk yang saya masak tu tak sesedap rupanya, tetap juga ditelan tanpa sebarang rungutan. Terima kasih, abang...
Petang ni, insyaAllah saya akan gigihkan diri untuk masak juadah berbuka. Doakan saya berjaya ye. Setakat ni saya ikut tips dari blog cik puan manis yang bakal dapat baby tak lama lagi ni: IDEA KAHWIN SAYA untuk sediakan lauk untuk bersahur. Biasala bila si isteri bekerjaya, mesti ada solusi untuk mengendalikan rutin di rumah agar segalanya teratur dan suami pun senang hati..
Okla...Selamat hari Isnin dan Selamat Berpuasa....
No comments:
Post a Comment