Teman-teman

Wednesday, July 18, 2012

..::Takziah Buat Keluarga Mak Ngah::..


Tanggal 17 Julai 2012, saya dan suami kehilangan seorang bapa saudara yang amat rapat, periang, ceria dan terbaik. Hiba rasa hati disaat menerima perkhabaran sedih dari along seawal jam 7 pagi. Esak tangis along jelas menggambarkan kepiluan yang amat dirasai dilubuk hati kecil. Saya juga turut mengalirkan air mata kesedihan saat itu.

Cuba untuk bertenang. Dengan kekuatan yang masih tersisa, saya meyampaikan khabar pilu kepada suami yang telah pun sampai di tempat kerja. Telefon adik-adik, mak dan semestinya bos untuk menyampaikan khabar duka.

Begitulah ketentuan Allah. Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Pak ngah menemui Ilahi disaat dia ingin menunaikan fardu Subuh. Tergelincir dalam bilik mandi. Innalillahiwainnailaihirojiun....Semoga pak ngah tenang dan dikelilingi oleh orang-orang yang beriman. Al-fatihah....



No comments: