Teman-teman

Wednesday, January 14, 2009

..::Planning is never ending::..

Today, i have Theory Class. Around 740am aku dah siap2 utk ke kelas.Aku pakai baju kurung warna hitam ari ni..Aku suke baju kurung ni sebab selesa walaupun ari panas. Kata orang, kalau ari panas, elok pakai baju yg cerah. Nanti takdela cahaya ultra tu meresap cepat dalam kulit..Aku tak kisah sangat sebab pegi kelas naik bas, balik kelas pakai payung..

Dalam kelas tadi belajar pasal planning theory era 1960's. Bosan la skit. Tapi aku terus tekun mendengar setiap hujah yg dikeluarkan oleh lecturer aku kat depan. Cian lak kalau tak de yang bagi tumpuan. Lagi pun ari ni kelas dia abis awal 1 jam cz lecturer ada meeting fakulti. Semangat la juga nak dengar. Kalau tak, 3 jam terpaksa fokus dalam kelas yang sejuk dan selesa untuk terlelap.

Menurut sosiologi dahulu, planning is not social even economic and political..Hmm..kenapa ek sosiologi dulu2 fikir macam tu? Padahal suatu perancangan tak lengkap kalau tak de 3 perkara asas tu.

Masa dulu2,sosiologi berpendapat bandar yang berjaya adalah bandar yang sentiasa sibuk,padat dan aktiviti yang tiada henti dari pagi sampai malam. Tapi planner sekarang selalu berfikir, suatu bandar tu mesti aman, damai, jauh dari kesibukan dan kesesakan.

Aku pun terfikir juga. Kalau la sebuah bandar tu sunyi sepi,bergerak mengikut peraturan yg ditetapkan memang sesuatu yang membosankan. Semua perkara mesti ikut aturan yang tersedia. Mesti manusia tak ubah seperti robot yang telah ditetapkan sistemnya sebelum ia boleh berfungsi. Ah..bosannya hidup sebegitu. Tak ada kebebasan langsung.Minda tak akan berkembang jika semuanya telah diatur..

Yang paling penting, semua yang hidup perlu terus hidup. Hanya yang di atas mengetahui segalanya. Manusia hanya merancang, tapi Tuhan telah tetapkan semuanya. Baik dan buruk terletak di tangan kita. Sebagai khalifah di atas bumi, lakukan apa yang terbaik tanpa memusnahkan kejadian alam yang penuh dengan misteri dan keunikan.

No comments: