Teman-teman

Wednesday, August 19, 2009

..::Salam Kembali::..


Hye fellas..dah seminggu pun aku menyepi dari dunia blog nih. Tak sempat plus tak de masa nak on line pun. Petang semalam baru je sampai UTP setelah seminggu menghabiskan masa di UTM untuk konvokesyen. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih buat rakan-rakan yang banyak memberi pertolongan; Pya, Baizura dan Zainal.


Sepanjang berada kat sana, perasaan tak dapat nak digambarkan. Happy sangat dapat jumpa kembali kawan-kawan yang dah 3 bulan tak jumpa. Bermacam cerita yang kuar. Tak cukup rasanya nak bergosip seminggu tu. Yang sedihnya dapat jumpa my bestfriend, Baizura tu sekejap je. Tak lepas rindu lagi tau. Sempat gi makan-makan ngan main bowling je. Huhu..aku tak puas lagi sembang ngan ko, Bai. Nanti aku nak abiskan masa ngan ko lagi k..


Hari konvokesyen berlangsung pada petang Isnin. Yie plak petang Ahad. Sorang di UTM, sorang di UTP. Ada kesedihan di situ sebab tak dapat sambut hari yang bermakna bersama dia. huhu..Hope hadiah yang aku beli untuk dia dapat menjadi pengganti ketiadaan aku masa hari konvo dia. Takpe, 2 tahun lagi kita leh sambut sama-sama kat sini lak ek.





Gambar konvo? Hurm..nantila dulu. Belum siap edit. Nanti aku buat entri bergambar ok. Biar terbuntang korang tengok gambar konvo aku. Hikhik..


So, dah kembali ke UTP ni kena la teruskan research aku cam biasa. Hoho..tak sabar nak siapkan sume ni.



No comments: