Teman-teman

Monday, June 28, 2010

..::Tamat Sudah::..

Berita yang aku terima petang tadi. Panas lagi. Dapat phone call dari pengetua tadi. Dia informkan tentang penamatan perkhidmatan aku sebagai guru tuisyen sementara di pusat tuisyennya. 

Sedih tu memang sedih la tapi nak buat macam mana kan, setakat tu jela rezeki aku kat pusat tuisyen tu. Banyak pengalaman yang aku dapat selama aku berkhidmat di sana, mencurahkan bakti pada anak murid yang comel-comel belaka. Di sana juga aku belajar erti kesabaran dalam mendidik anak didik yang baru nak mengenal dunia. Cuma aku terkilan sangat sebab tak dapat jumpa anak didik aku buat kali terakhir sebab Khamis lepas aku amik cuti. Kalau tak mesti boleh bemesra sekejap dengan diorang. Huhu..rindunya. Rindu kat keletah Daniel, Syafiq, Syahiran, Meor, Nurin, Alyza, Muaz, Amirul, Izuddin, Hafiz, Maisarah, Aimi, Atirah dan Adila. Semoga kalian terus berjaya nanti. Cikgu sayang kalian. 

Touching la plak. Hehe.. Pasni bermula misi baru untuk mencari kerja sampingan yang lain plak. Ada sesape nak bagi keje part time kat aku tak??

No comments: