Teman-teman

Friday, January 27, 2012

..::Semakin Hampir Saat Itu::..



Perasaan saya ketika ini tak tahu nak digambarkan. Bercampur baur. Ada gembira, sedikit takut, cemas, sedih, teruja. Hanya tinggal 4 bulan lagi untuk majlis besar saya. Alhamdulillah, setakat ni segala tempahan yang besar-besar telah settle. Cuti Maulud Nabi nanti kena tarik en tunang sekali untuk fitting baju. Cuti CNY lepas dah chop baju yang berkenan di hati. Tapi bila tunjuk pada encik tunang, si dia plak tak berkenan. Kali ni, biar encik tunang lihat sendiri supaya keduanya berpuas hati. Hurm...

Saya nak minta pendapat kawan-kawan la...Bila agaknya masa yang sesuai untuk saya reveal kan tarikh majlis besar saya nanti ye? Terlalu cepat tak kalau saya reveal sekarang? Atau tunggu bila dah tinggal sebulan dua? Tak terlalu lambat ke untuk kawan-kawan save the date supaya mereka dapat datang ke majlis besar saya nanti??

No comments: