Teman-teman

Monday, March 19, 2012

..::HIV Test Done::..


Alhamdulillah, semalam saya dah selesai salah satu perkara besar dalam proses kahwin. HIV test. Besar ke? Besar la kan. Kalau tak, takkanla dalam checklist perlu ada dan diselesaikan sebelum hantar dokumen kat tok kadi.

Perasaan? Berdebar campur lega. Hahaha.. Berdebar masa sebelum keputusan keluar. Lega bila dah tau result. Walaupun setakat cucuk jarum sikit je kat jari, saya tetap gementar. Darah gemuruh tak pernah nak hilang. Ish.. Padahal dah biasa pun cucuk-cucuk ni. 

Bila dah selesai HIV test, terus rasa nak hantar borang cepat-cepat. Tapi tak boleh plak. Kena tunggu Encik Tunang selesaikan his parts dulu. Hopefully dia dapat selesaikan dengan segera. 


So sekarang, saya dah boleh kawen!!!!!!!! Hehe..

No comments: