Teman-teman

Friday, November 25, 2016

..::Kenangan::..



Kenangan...

Setiap yang dipanggil manusia itu pasti ada kenangan. Tersimpan kemas menjadi sejarah hidup.
Baik manis ataupun pahit, ia tetap menjadi kenangan apabila masa telah berlalu.

Kita pasti akan tersenyum apabila kenangan manis menjelma di layar ingatan. Kadang kala kenangan yang dahulunya manis, akan berubah menjadi kenangan yang amat pahit kerana apa yang berlaku dulu tidak sama dengan waktu ini. Kenangan pahit juga akan menjadi manis apabila kita sedar kesilapan dulu telah menyelamatkan kita.

Kenangan yang tercipta mengajar kita menjadi siapa diri kita kini. Lebih kuat dan teguh barangkali
Atau masih ditakuk yang lama di mana masih mengharapkan kenangan dulu menjadi realiti kembali.

Arghh..Perit..Sakit..Hati bagai dihiris halus, dicincang lumat bagaikan tiada ehsan.

Jika kenangan itu begitu senang untuk dilupakan, pasti di antara kita menginginkannya.
Agar kenangan yang manis-manis saja yang wujud di fikiran.

Tapi..........

Yang pasti Dia telah menyusun yang terbaik buat kita..



Thursday, July 28, 2016

..::Cucu Perempuan Tok Abah::..

Assalamualaikum

Dah lama sangat rasanya tak menulis kat sini. Hampir setahun lebih. Last post pun Mac 2015. Lama kan?

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri walaupun dah hujung Syawal buat semua follower. Ada lagi ke yang follow blog aku ni? Harapnya ada lagi la yang sudi jengah blog berhabuk ni.

Macam mana sambutan hari raya korang? Seronok ke? Mestilah seronok kan. Nama pun raya. Tahun ni tahun keempat aku beraya sebagai seorang isteri. Turn balik kampung tu still ada gaduh-gaduh manja juga walaupun rumah mak abah dengan rumah mertua tak sampai 5 minit dah sampai. Orang cakap, tak sempat nak panas punggung dalam keta dah sampai. Hihihi..

Raya tahun ni juga bertambah lagi pewaris Tok Abah bila Allah kurniakan dua orang cucu perempuan yang comel. Sorang lahir 9 Julai diberi nama Arissa Qaisara dan sorang lagi lahir 23 Julai diberi nama Dahlia Khaireena. 

Alhamdulillah.

So, tu jela aku nak tulis untuk pembukaan 2016. Hahaha..pembukaan la sangat. Dah nak akhir 2016 baru nak buka. Harap lepas ni lebih istiqamah nak share cerita kat korang lagi.

Next time aku akan cerita pasal bisnes yang kami laki bini tengah usahakan. InshaAllah..











Thursday, March 5, 2015

..::KEJUTAN HARI LAHIR YANG MENJADI::..

Assalamualaikum..

Fuh.Fuh.Fuh..tiup habuk yang dah tebal seinci ni jap sebelum mulakan bicara. Lama sangat tak asah bakat menulis sejak dah jadi working housewife ni.

Nak share kejadian hari lahir baru-baru ni. Kejutan yang menjadi dari encik suami. Sampai sekarang pun rasa nak tergelak lagi bila teringat kisah tu.

Birthday aku jatuh pada 1 mac baru ni..2,3 minggu sebelum tu ada la sesaje tanya encik em, "birthday ayg nanti ada hadiah tak?" Terukkan..birthday sendiri pun nak mintak hadiah dari orang.hihi.. Encik em pun jawabla, " takde". Uhh,pendek je jawapan die. Sentap ok. Dalam hati cakap "ok,tahun ni nak senyap je bila birthday sampai".

So, dua hari sebelum 1 mac tu encik em balik dari keje. Salin baju keje terus lepak tengok tv. Tak lama pastu encik em suruh buka beg die, "ayg,tolong buka beg abg tu jap. Keluarkan barang dalam tu cepat, nanti pecah barang tu". Aku ni yang tengah leka tengok tv, terus capai beg dan buka.

Tada!!! terus nampak kotak kecik ni...
Tersenyum simpul beberapa minit time tu..

Selain kejutan tu,ada lagi kejutan yang encik em buat. Tengahari sabtu lepas balik keje juga.. Encik em salin baju keje pastu duk lepak ruang tamu hilangkan panas. Pastu  suruh aku amikkan beg silang dia dalam keta. Tertinggal katanya. Aku pelik juga, selama ni tak pernah plak encik em tertinggal beg kesayangan dia tu. Aish...

Wife yang patuh ni pun ikutkan jela ape yang disuruh. Bukan apa pun yang encik em suruh. Buka je pintu keta, terus nampak ni.....


Oh, sweetnye encik em. Terharu ada. Tak sangka pun ada sebab encik em bukan seorang yang romantis sebenarnya. Pandai betul encik em pegi beli kek diam-diam ye. Berbunga-bunga hati ni bila dapat suprise dari si jantung hati.

Cuba teka siapa yang abiskan kek tu? Encik em? Of course la aku. Hihi..Encik em makan beberapa suap je. Makin gemuk la jawabnye lepas ni.

Papepun, thanks syg... Love u.




Monday, July 7, 2014

..::Dia yang Pernah Kupanggil Abah::..

Assalamualaikum semua

Dah lama saya menyepi dari dunia maya.  Hari ni tergerak hati nak menulis kembali. Alhamdulillah.

Bertemu lagi kita dengan Ramadhan Al Karem. Bulan yang penuh barakah. Bulan yang mulia dan penuh ketenangan. SubhanAllah.

Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan beberapa pemergian yang tak terduga. Pemergiaan Biduanita Sharifah Aini dan anak kepada Linda Rafar, adik Memen. Semoga roh mereka di tempatkan di kalngan orang-orang yang beriman hendaknya.

Saya juga tak terkecuali sayu dan sedih dengan khabar duka ni. Sudah tiba masa mereka dijemput Ilahi. Kita?? Wallahualam...

Berbalik kepada cerita saya pula....

Awal pagi tadi saya menerima pesanan ringkas dari pakcik saya. Ringkas tulisannya..'Pakcik Yuddin dah meninggal...'

Allahu Akbar.Terkesima sekejap. Terus segar mata yang mengantuk. Bagaikan terkena renjatan elektrik. Hati saya menangis, tapi luaran saya masih terdiam. Pada masa yang sama, segala kenangan bersama arwah jelas terpapar satu per satu diingatan. Ya Allah, bersalahnya saya kerana belum sempat untuk meminta maaf.

Arwah seorang yang sangat baik. Saya pernah menganggap arwah seperti abah suatu ketika dulu. Hampir 6 tahun rasanya. Arwah juga sudah menganggap saya seperti anak perempuannya kerana arwah tak memiliki anak perempuan. Layanan arwah, kasih sayang arwah, gurau senda arwah, semua itu saya rindukan.

Sewaktu saya masih menuntut di Johor, Arwah yang selalu tunggu saya di perhentian bas di tengah-tengah malam. Arwah sanggup pinjamkan keretanya untuk memudahkan saya bergerak. Masih terbayang wajah ceria arwah apabila kali pertama saya memiliki kereta, masih terngiang di telinga saya alunan Al-Quran yang arwah baca tiap kali arwah tak tidur malam. Rindunya saya..

Abah,

Saya rindukan abah. Tenanglah abah di sana, disamping orang-orang yang soleh. Semoga syurga ada buatmu. Maafkan segala salah dan silap saya selama ini. Saya tak sempat nak mohon maaf dengan abah atas apa yang berlaku antara saya dan anak abah. Maafkan saya jika abah kecil hati dengan saya. Saya akan sentiasa mengingati abah dalam doa-doa saya. Tulus kasihmu abah tetap saya kenang sampai bila-bila. Saya sayang abah.

Al-Fatihah........



Tuesday, October 15, 2013

..::Salam Aidil Adha::..

Assalamualaikum...

Salam 10 Zulhijjah. Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam. Alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk menyambut hari raya korban walaupun saya sorang-sorang je kat ofis. Sedih.

Tahun ni saya terpaksa korbankan cuti raya haji saya sebab hujung minggu ni ada kenduri kawen sepupu sebelah suami di Johor. Takpela. Bukan tak biasa pun tak balik kampung bila hari raya. Tapi sedih juga la sebab abang saya buat majlis cukur jambul anak pertama dia masa raya haji ni. Redha.

Cepatla masa berlalu. Bosan sebenarnya bila sorang-sorang je kat ofis. Mood nak buat keje pun tak ada. Hehe.. Teringat keseronokan bersama keluarga lebih menguasai. Lebih-lebih lagi bila dah kawen ni. Kalau balik kampung, kena bahagikan cuti antara 2 rumah. Walaupun tak jauh mana jarak antara rumah mak dan rumah mak mertua, tetap nak lebihkan rumah sendiri. Betul tak?





Wednesday, July 10, 2013

..::Salam Ramadhan 1434H::..

Alhamdulillah syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana masih dipnajangkan umur untuk merasai nikmat ramadhan kali ini. Camne sahur pertama korang? Sempat sahur ke tak? Hehe..

Dikesempatan ini, saya memohon maaf dari kalian andainya ada terkasar bahasa dan tersilap kata sepanjang kalian mengenali saya di alam maya ni.

Semoga ukhwah kita akan terus berkekalan selamanya..

Salam Ramadhan semua!!!!!!!



Sunday, June 16, 2013

..::Untuk Abah::..

Di saat aku mula melihat dunia, kau selalu ada mengajari aku bagaimana untuk menjadi manusia patuh, berdikari dan kuat menghadapi cubaan dunia..

Kau tak pernah lelah mengingatkan aku tentang agama walaupun aku selalu alpa. Kau biarkan aku bertatih sendirian hingga kadangkala aku sangka kau kurang menyayangiku berbanding yang lain.

Tapi sebenarnya itulah cara kau didik aku sebagaimana aku yang sekarang..berjaya membuat kau tersenyum bangga dengan kejayaan aku mengharungi hidup penuh pancaroba..kau ibaratkan aku seperti layang-layang yang tinggi di langit biru..walau tinggi, aku masih dalam perhatianmu, abah..

Aku tahu kau bukan seorang lelaki yang pndai menunjukkan kasih sayangmu pada kami, tapi kami tahu yang abah sayangkan kami..mungkin boleh aku katakan, abah sanggup jika nyawa abah dijadikan ganti andai itu sebagai ganti kebahagiaan kami semua..kami tahu, abah...kami faham..

Dalam diam kau, ada kasih
Dalam marah kau, ada sayang
Dalam renungan sayu kau, ada tangis yang takkan kami tahu

Abah
Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik buat aku dan yang lain
Terima kasih untuk setiap keringatmu mrmbesarkan kami
Terima kasih kerana turut menyayangi suamiku seperti kau menyayangi aku
Terima kasih atas segalanya, abah....

Kami sayang abah. Ya Allah, Kau panjangkan umur abah. Berikan setiap kegembiraan kepadanya. Lindungilah dia dan berkatilah dia sebagaimana dia menjaga amanahMu ini dengan baik dari kecil lagi..

Selamat hari bapa, abah

Psiloveu: selamat hari bapa untuk ayah mertuaku juga..


Friday, April 19, 2013

..::Peristiwa Yang Mungkin Dapat Beri Pengajaran Kepada Wanita Lain Di Luar Sana::..

Salam Jumaat semua...Assalamualaikum..

Hari ni saya nak berkongsi cerita dengan pembaca blog saya yang setia.. Ada ke yang baca?hehe..

Kejadian ni baru berlaku semalam. Sangat menakutkan dan menyakitkan hati juga kalau diingat kembali.

Macam ni.. Semalam saya perlu ke Bera bersama client. Selepas selesai urusan di MD Bera, kami singgah makan tengahari di KFC Temerloh yang berhampiran SK Tanjung Lalang. Maaflah kalau saya mentioned tempat sebab saya harap adik-adik perempuan, kakak-kakak atau makcik-makcik yang membaca alert dengan tempat ni.

Semasa tengah makan, saya perasan ada 1 kumpulan pemuda tempatan sedang makan di meja hadapan saya. Sambil makan, sambil pandang-pandang ke arah meja saya. Saya buat tak tahu je la. Rasanya kumpulan berkenaan sebaya atau lebih muda dari saya. 

Lepas makan, saya nak ke tandas. Masa mula bergerak ke tempat cuci tangan tu, saya perasan seorang dari kumpulan itu pun bergerak ke tempat yang sama. Selepas selesai cuci tangan, saya masuk ke tandas. Waktu tu saya perasan ada seorang lagi dari kumpulan pemuda tadi datang untuk cuci tangan. Saya tak endahkan dan terus masuk untuk melepaskan hajat. 

Tandas di KFC tersebut berasingan antara lelaki dan wanita. Dalam tandas wanita ada 2 bilik tandas. Jadi saya tak kunci pintu utama dengan berfikiran mungkin nanti akan ada yang ingin masuk ke bilik tandas sebelah. Sedang saya melepaskan hajat, saya dengar ada seseorang masuk ke tandas tapi tak pula dengar orang tu masuk ke bilik tandas sebelah. Saya pun perhatikan bayangan orang itu melalui ruang antara pintu dan lantai. 

Semasa saya sedang perhatikan ke arah ruang tersebut, alangkah terkejutnya saya apabila saya ternampak tangan seseorang memegang telefon bimbit yang mengarah ke arah saya untuk tujuan mengambil gambar yang tidak senonoh. Dengan keadaan terkejut, saya terus semburkan air ke arah tangan tersebut. Menggigil seluruh tubuh saya dengan kejadian yang berlaku. Saya cepat-cepat selesaikan apa yang patut dan keluar.

Bila saya keluar, ruangan meja sudah kosong dan saya terlihat salah seorang dari kumpulan pemuda tadi berjalan ke arah tandas. Saya bingung samada dia yang lakukan ataupun tidak. Muka saya waktu tu pucat.

Bayangkan apa akan jadi  jika saya tak perasan orang yang masuk ke tandas tadi?Mesti dia sempat ambil gambar saya sedang melepaskan hajat. Nauzubillah....

Moral of the story: 

  • Saya harapkan kepada wanita yang membaca post saya ni, sentiasa berhati-hati ketika menggunakan tandas awam. Paling penting jangan syok melepaskan hajat tanpa melihat sekeliling dan sentiasa lihat ruang-ruang yang terbuka di tandas awam sebelum, semasa dan selepas melepaskan hajat.
  • Saya harapkan kepada pemuda-pemuda yang baru nak melangkah ke waktu remaja atau yang sudah dewasa, hentikanlah perbuatan tak senonoh sebegini. Ingatlah jika emak, adik, kakak atau kekasih dan isteri anda yang melalui kejadian seperti ini, apa perasaan anda? 
  • Ingatlah, perkara yang buruk atau yang baik yang anda lakukan pasti akan dibalas Allah.




Wednesday, March 27, 2013

..::Bila Allah Memberi Ujian::..


Salam Rabu semua...

Kekalutan berlaku di pagi hari. Encik suami demam panas tiba-tiba je. Semalam elok ada je dia balik dari keje. Tengah malam tadi saya terjaga dari tidur sebab rasa macam katil bergegar-gegar. Rupanya kesan daripada badan encik suami yang menggigil. 

Saya ingatkan dia cuma sejuk biasa sebab selalunya encik suami memang tak suka pakai selimut. Alih-alih malam tadi dah berselubung sampai paras leher. Bila saya rasa dahi dan leher encik suami, sah memang dia demam. Encik suami jarang kena demam panas macam ni. Saya dah risau dan tak lena tidur. Cari comforter yang tebal kat bilik sebelah dan terus selimutkan encik suami kemas-kemas. 

Waktu saya bangun subuh, saya rasa lagi dahi encik suami. Makin panas. Selepas solat, saya letakkan tuala basah di kepala encik suami. Bagi dia minum segelas besar air masak. Saya prepare breakfast ringkas, bersiap untuk ke office dan makan-makan sekejap. Pastu terus ke office dan angkut sekali encik suami.

Huhu..kesiannya

Saya terpaksa tinggalkan encik suami dalam kereta sekejap sebab saya ada keje urgent nak settlekan dulu. Jam 9 saya bawa encik suami ke klinik. Suhu badan agak tinggi. Risaunya saya.. If 2 hari tak kebah, kena datang lagi untuk ambil darah plak. Hopefully cepat-cepat sihat ye sayang.







Thursday, March 21, 2013

..::Moga Tenang Di Sana::..

Assalamualaikum...

Dah lama juga tak up date apa-apa dalam blog ni. Recently keje dekat office banyak sangat. Dengan kekuatan 2 staff perempuan dan 1 staff lelaki, tak cukup nak handle semua projek-projek yang masuk. Tapi alhamdulillah, semua tu rezeki.

Tanggal 18 Mac 2013, jam 1130 malam, saya mendapat perkhabaran sedih dari abah di kampung. Makcik saya yang menghidap kanser paru-paru telah kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirrajiun....

Syukur juga pada Allah kerana cepat mengambil nyawa beliau. Kurang sikit bebanan kesakitan yang ditanggungnya semenjak hujung tahun lepas. Saya sendiri tak sanggup nak lihat keadaan makcik. Badan semakin kurus, rambut banyak yang gugur dan tiada lagi senyuman manis yang selalu diberikan. 

Kali terakhir saya bertemu beliau pada hari raya aidilfitri tahun lepas. Saya doakan arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah hendaknya.

Al-fatihah.



Sunday, March 3, 2013

..::Dia Yang Kusayangi Hingga Hujung Nyawa::..

Dari hari pertama aku berada didalam rahimmu sehingga umurku telah menginjak 27 tahun, dirimu tak pernah lelah untuk menjadi yang terbaik

Kasihmu...
Sayangmu..
Belaian manjamu..
Senyumanmu..
Bicaramu...
Sentiasa bisa membuat aku mengukir senyuman tatkala terkenangkan saat-saat bersama.

Rinduku padamu tak pernah hilang
Bahkan semakin bertambah pabila aku dikejauhan

Aku masih teringat...
Bila aku ketawa..pasti denganmu
Bila aku sedih..kau pendengar setiaku
Bila aku sakit..kau penawarnya
Bila aku kecewa..kau penasihat terbaik dalam hidupku

Mak..
Dihari lahirmu ini aku ucapkan berjuta terima kasih kerana menjadi IBU yang terbaik untuk Rosilawati, Amirul Hakim, Amirah Suriati, Faten Athirah, Rabiatul Adawiyah dan Aiman Hakim..
Kudoakan dirimu sentiasa dipanjangkan umur, dilimpahi kasih sayang dalam keluarga bersama anak-anak dan cucu-cucu, diberikan kesihatan yang baik dan teruskan senyuman manismu agar menceriakan hari-hari insan disekelilingmu.

Selamat Hari Lahir, Mak.. Kami sayang mak selalu



Friday, March 1, 2013

..::Bila Umur Semakin Meningkat::..

...Kematian semakin hampir


psiloveu: selamatharilahiruntukdirisaya

Friday, February 1, 2013

..::Ombak CNY::..


Minggu ni dan minggu depan merupakan saat kritikal saya dan my officemate. Dah macam dilanda OMBAK CNY dah kami kat sini.

Stress, serabut, blur, kelam kabut...

Esok dan lusa juga terpaksa bekerja lebih masa untuk clearkan office sebelum CNY. Sejak office ni kekurangan staff, kami bertiga macam tak cukup lantai nak bergerak.

Hope boss approve cuti CNY 9 hari dan dapat angpau juga...barula boleh rasa bernafas seperti sediakala. Hehe..


Wednesday, January 23, 2013

..::Jom Balik Kampung::..


Esok sehingga Isnin, saya akan berada di kampung halaman di Terengganu. Syoknya. Dah lama tak balik. Percutian yang menenangkan amat diperlukan disaat fizikal dan mental memerlukan rehat yang secukupnya. Yahoo...

Ada sesiapa nak pesan keropok lekor????



Wednesday, January 2, 2013

..::Selamat Tahun Baru 2013::..


Just nak ucapkan...........


SELAMAT TAHUN BARU 2013

psiloveu: saje nak ada entry baru walaupun takde masa

Tuesday, December 11, 2012

..::Sila Redha Bila Bekerja Di Hari Cuti Umum::..

Mood bekerja arini cuma 50% je. Dalam kepala hanya fikir datang kerja untuk penuhi kemahuan bos, bukan sebab nak siapkan kerja yang berlambak. Hehe.. Ok,ok..saya bukan nak cite pasal arini ye. Saya nak cite pasal aktiviti hujung minggu saya baru-baru ni..Cekidout..=P

Sepatutnya saya ke Melaka petang Jumaat lepas dan ke PD pada hari Sabtu untuk reunion SKDP'98. Dalam lama pun plan aktiviti ni. Tapi bila Allah dah aturkan perjalanan yang lain untuk saya dan suami, tak jadi la kami ke tempat-tempat tu.

Nak dijadikan cerita, 6 Disember lepas adalah hari ulangtahun perkahwinan mak abah saya yang ke 31. So, abah plan nak jalan-jalan ke rumah saya since lepas saya pindah ke Shah Alam dan berkahwin, mak abah belum pernah sampai sini. Sangat kagum dengan mak sebab mak saya adalah seorang yang penakut untuk naik bas. Bila dengar je kena naik bas, terus badan gigil dan tak sedap perut. hehe..lucunya mak..

Hari Sabtu kami suami isteri dipenuhi dengan aktiviti membawa mak abah jalan-jalan sekitar Klang dan Shah Alam. Tak banyak tempat yang kami pergi. Setakat GM Klang, makan-makan di Seksyen 7, Taman Pertanian Bukit Cahaya dan Uptown Shah Alam.  Alhamdulillah mak abah saya teruja dan berpuas hati dengan tempat-tempat yang mereka lawati.

Yang tak puas hatinya adalah saya. Yup..memang saya tak berpuas hati. Saya tak berpuas hati dengan sikap orang Malaysia recently terutamanya orang melayu kita. Meh saya ceritakan pengalaman saya masa pergi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya...

Siapa yang pernah pergi Taman Pertanian Bukit Cahaya mesti tahukan untuk ke Rumah 4 Musim tu kita perlu naik bas yang disediakan. Lainlah kalau ada yang nak naik basikal or jalan kaki sebab jarak antara entrance dengan rumah 4 musim tu agak jauh. So, masa nak pergi tu agak bagus la sebab kite kena beratur untuk naik bas tu. Tapi masa balik, kite kena pandai-pandai sendiri untuk dapat naik bas. Saya tak kisah sangat if saya dan suami je yang naik bas tu tapi mak abah saya yang dah veteren ada sekali. Geram dan sakit hati bila lihat anak muda melayu tanpa segan silu dengan muka selamba je boleh naik bas tu laju-laju walaupun penumpang belum habis turun semata-mata untuk berebut seat. Sangat biadap kan, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan orang tua. At last, mak abah saya kena berdiri sehingga sampai ke entrance. Cian pada abah yang sakit lutut. Nak menitis airmata saya bila lihat wajah abah. Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke tempat lain.

Masa tu ada juga sepasang anak muda berbangsa cina yang lebih beradab. Sanggup beri seat pada orang yang lebih tua dari mereka. Tengok, bangsa lain lebih tinggi kesedaran sivik mereka berbanding orang kite. Sia-sia je kan iklan yang media tayangkan dalam tv tu kan...Ish....geramnya saya bila teringat balik kejadian tu.

psiloveu : saya berharap sangat kite takkan hilang nilai-nilai murni dan adab sesama manusia dalam diri masing-masing sampai bila-bila...

psiloveloveu : sorry entry panjang...(^_^)


Wednesday, December 5, 2012

..::Blog Korang Kena Malware Tak::..

Dalam minggu ni blog saya langsung tak boleh buka if guna chrome. Tensi je. Korang punya blog camtu juga ke atau blog saya je yang macam tu?? Dah try scan website pun still takde improvement juga. Huhu..

So sape-sape yang nak view blog saya, please guna mozilla or ie ye...thank you...



Friday, November 16, 2012

..::Tamat Minggu Goyang Kaki::..

Yela., minggu ni kan minggu selang seli. Isnin keje, selasa cuti, rabu keje, khamis cuti dan jumaat keje. Sangat seronok okey. Kan best kalau tiap-tiap minggu camni. Heaven je keje. Hehe.. Setiap hari pun rasa cam hari isnin.

Hujung minggu ni dipenuhi dengan jemputan kahwin. Best. Dapat makan nasi minyak dan yang paling best, tak payah nak fikir untuk memasak di hujung minggu. Saya sangat tension bila memikirkan menu untuk memasak bila tiba hari minggu dan encik suami ada di rumah. Breakfast? Lunch? Tea time?(of course kena ada bila encik suami di rumah...fuhh) dan dinner? Kadang-kadang tu saje je saya masakkan makanan yang agak berat untuk breakfast, boleh gabung dengan lunch sekali. Hehe...teruk betul kan??

Owh, berbalik pada jemputan kahwin hujung minggu ni ye. Dua-dua jemputan adalah di Perak. Hehe.. Bestnya. Dah lama tak pegi Perak. Last jejak kaki kat sana rasanya awal tahun ni kot. Ntahla, dah lupa. Sabtu di Tanjung Malim, jemputan kawan encik suami. Ahad di Teluk Intan, jemputan kawan saya plak. Dah 2 hari saya request pada encik suami untuk stay kat sana je satu malam. Tak tahulah encik suami nak ke taknak. Kena cuba pujuk sekali lagi ni. Hehehe... Hopefully berjaya la.

psiloveu : SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA CHEMONG&MIRA n IQBAL&CIKYU. TAK LUPA JUGA UNTUK SESIAPA YANG BERKAHWIN HUJUNG MINGGU NI YE...




Wednesday, October 31, 2012

..::WW: Penerbangan Pertama Sepanjang 26 Tahun Bernafas::..

Akan terbang bersama ahli keluarga yang lain...wiwi





Wednesday, October 24, 2012

..::Mood Raya Haji Terbang Jauh::..

Langsung tak rasa teruja nak sambut raya haji tahun ni. Even nak balik kampung pun rasa cam taknak balik. Tapi tiket bas dah beli.  Rugi plak kalau burn cam tu je. Yela, two way ok. Hampir 100 gak la. Ye.. saya balik naik bas. Bukan dengan kereta with encik suami. Sob...sob...

Encik suami kena keje masa raya haji nanti sebab raya puasa lepas dia dah cuti. Memang shift encik suami camtu pun. Biasala keje dengan Rapid ni tak tentu masa ok. Mujurlah encik suami takde oncall work. Kalau tak, mau muncung saya panjang sedepa. Hehe..

Dua hari lepas berborak dengan mak di telefon. Mak ajak balik kampung ramai-ramai petang raya. Perasaan saya? Down. Langsung tak de mood nak balik Pekan. Huhu..Lepak rumah mak mertua jela. Boleh juga temankan mak ayah. Biarlah mak abah balik kampung dengan adik beradik yang lain je.

Owh, ada berita gembira mak sampaikan masa tengah berborak tu. Angah bakal dapat baby tahun depan. Hehe.. Kakak ipar saya dah preggy 5 weeks. Seronoknya. Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya dapat juga. Alhamdulillah. So, raya tahun depan lebih meriahlah family saya. Bertambah lagi cucu mak.

Oklah. Dikesempatan ini, saya mengucapkan SALAM AIDILADHA buat semua ye. SELAMAT BERGEMBIRA....