Teman-teman

Tuesday, March 9, 2010

..::Minggu Terakhir::..


Baru je dapat rehatkan diri. Pagi-pagi tadi keluar untuk selesaikan segala urusan berkaitan pos mengepos segala. Ops, lupa..tujuan sebenar nak menghantar rumate ke ktmb batu gajah. Die balik rumah arini sampai abis mid sem. Wah, sangat best kamu ye. Lama betul cuti. Tinggal kte sorang-sorang kat bilik ni bertemankan pokok rose ku yang dah semakin kembang. Sukenye..Setiap ari aku belai, siram dan cium.


Lepas anta rumate, terus ke kedai photostat..anta worksheet untuk kelas tuisyen minggu ni. Pastu merayau lagi..cuci kereta yang kotor gile gara-gara ke Cameron hujung minggu lepas. Then, ke pejabat pos..pos adiah untuk kakak sayang dan juga vivac form. Selesai. Fuh, banyak gile urusan.


Sekarang, masa untuk fokus pada research plak sambil mesej-mesej dengan mr.x.. Hujung minggu ni nak balik kampung, so kena siapkan sebelum tu la. After cuti, leh terus wat survey. Yezza.. Tak sabar nak jumpa mr.x sebenarnya. Akan menghadiri kenduri kawen Nad bersama mr.x di Kuantan. Ape hadiah yang nak diberi ek. Hurm..akan difikirkan.......



Monday, March 8, 2010

..::Demam oh Demam::..


Dah lama tak menulis. Banyak sebenarnya nak cite..Pasal cuti-cuti Cameron,pasal FESCO, pasal study..Tapi bila tengah sakit ni, mood nak menulis pun kureng je. Masa banyak dihabiskan atas katil..


Camne la nak drive balik Terengganu hujung minggu ni kalau xkebah demam ni ek. Hopefully dapat sembuh sebelum tu.. Kalau tak, terpaksa suh Mr.X turun Perak and then balik sesame ngan die ke Terengganu. Tapi cian plak sebab die keje. Nanti abis tertangguh keje die..


13hb 3 ni ramai plak antara member-member aku yang kawen. Tak tau mana 1 nak gi. Maybe attend yang sempat jela kot. Cousin aku pun kawen tarikh yang sama. Haih..


Stop here..Nanti aku upload pics gi Cameron ek..


Thursday, March 4, 2010

..::Aku Demam::..


Bangun pagi-pagi, aku rasa kepala aku berat sangat. Hidung dah mula berair dan melemaskan. Malasnya nak bangun. Tapi digagahi gak bangun untuk menunaikan fardhu ain. Arghh..tak sukanya demam. Nak kena cari activ5 jap lagi ni. Kalau tak, nanti makin teruk plak. Dahla hujung minggu ni penuh dengan aktiviti. Tak bestla kalau demam.


Sebenarnya bukan nak cite sangat pasal demam aku ni. Aku nak cite pasal malam tadi. Aku and the geng gi tengok wayang midnight, cite Niyang Rapik. Haha..best gak cite ni walaupun motif utama adalah pasal buatan orang, macam cite Santau. Cite ni bukan cite hantu mana pun sebab aku asyik gelak je dengan Yani. Hantu-hantu tu hanya watak sampingan untuk nampak cite ni seram. Tapi takdela seram mana. Yang paling best sebab cite ni wat kat Tasik Kenyir.. Subhanallah..cantik sangat tempat tu. Rasa nak pegi holiday kat sana lagi. Satu lagi yang buatkan cite ni best sebab ada Shaizy Sam *betul ke aku eja nama die ni..ala pelakon yang jadi hero dalam cite Adnan Sempit tu la*. Kalau ada dia dalam cite, mesti cite tu best..Kalau tak caye, gi la tengok.


Cukup sampai sini ok. Kepala dah pening-pening. Huhu..



Wednesday, March 3, 2010

..::Kau Insan KesayanganKu::..

Selamat Hari Lahir, Mak



Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Sayang mak sangat-sangat..Mmuahh.. Dah plan ngan abah n adik-adik nak beli sumthing untuk mak. Tunggu orang balik next week ok. Hehe..



Monday, March 1, 2010

..::01032010..Bakal Melabuhkan Tirai::..


Hari ini aku benar-benar gembira dan bahagia. Terima kasih Tuhan kerana memberi aku peluang untuk merasai semua perasaan ini untuk hari ini. Terima kasih juga untuk semua yang mengingati ulangtahun kelahiranku.



Untuk hari-hari berikutnya..aku yakin aku semakin bersemangat untuk terus menerokai kehidupan yang makin menarik dan penuh dengan perkara yang tak terduga. Itu kot uniknya sebuah kehidupan. Kadangkala kita sendiri tak sangka apa yang ada berdekatan kita adalah perkara yang amat menggembirakan kita sehingga boleh membuatkan kita melonjak kegembiraan.


Dan kadangkala sesuatu yang sangat sukar kita gapai itu akan terlihat hasilnya yang mengkagumkan dan akhirnya bila dikenang kembali, kita akan berasa bersyukur sangat dengan kesusahan yang kita alami untuk ke arah itu..Itulah dinamakan nikmat.



Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas ‘tuk berlari
Mengejar impian aku
Yang terkunci
Walaupun tanpamu di sisi
Aku kan berlari
Teruskan berlari

Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada di sini
Mengejar impian yang hampir pasti

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu



..::Tarikh Ini Aku Dilahirkan..Mungkin Tarikh Ini Juga Tarikh Terakhir Bagiku::..


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi keizinan kepadaku untuk menghirup udara segar pagi ini, hari yang cukup bermakna dalam hidup aku. Sudah 24 tahun aku hidup. Rasanya belum cukup dugaan hidup yang aku tempuhi. Semoga dengan meningkatnya umur, aku akan menjadi seorang wanita yang lebih matang, tabah dan solehah. InsyaAllah..ameen.


notakaki:terima kasih kepada sahabat yang telah ucapkan selamat buat aku start jam 12 malam tadi..tak kira di inbox hp ataupun di fb.terharu aku..kalian adalah sahabat sejati aku.. dan terima kasih kepada teman lelaki yang sudah 13 tahun tak jumpa,perjumpaan semalam adalah hadiah yang paling berharga buat aku walaupun seketika cuma..