Teman-teman

Sunday, May 2, 2010

..::Shopping Time::..


Bosan gile semalam. Kuar breakfast ngan rumate dan anta housemate nak balik KL. Pastu terus ke Ipoh...apa lagi, shopping la.Hehe..

Tujuan asal nak mencari baju kurung baru untuk menghadiri wedding kawan-kawan nanti. Kami ke Greentown Mall. Kat sana memang banyak jual baju kurung. Dari bulan lepas dah aim kat mall ni kalau nak beli baju kurung. Pencarian yang success. Jumpa baju kurung yang sangat sweet dengan harga yang berpatutan. Berbaloi gitu. Haha..Then, mencari kasut plak. Dapat gak yang berkenan di hati. Seronoknya. Aku pilih warna favvy my heart. Lalala..

Shopping-shopping skit pastu terus ke destinasi seterusnya. Ke mana???? McDonald la...nak makan yang McDonald's Doubles tu. Syok abis bila dapat makan time hujan lebat. Rumate makan Double Spicy Chiken McDeluxe dan aku amik Mega Mac. Wee..


Puas hati gile shopping semalam. Teruja pun ada. Aku tunggu housemate aku sorang lagi balik, pastu nak pegi shopping barang dapur ngan die plak..Hilang stress tu..



Saturday, May 1, 2010

..::Selamat Hari Pekerja::..


Hoho...hari ni cuti hari buruh kan. Kat sini, semalam lagi dah cuti. Tapi bagi aku sama je cuma rasa teruja gakla sebab sepatutnya aku ada kelas semalam.


Ke mana ek nak pegi hari ni. Bosan plak. My heart ada tournament futsal hari ni. Mesti die jarang mesej aku. So, kalau aku kuar jalan-jalan hari ni ok gak rasanya. Semalam dah bagitau kat my heart pun, nak kuar gi Ipoh..cari baju kurung baru untuk wedding Pya. Wee..seronoknya. Dah nak kawen pun kawan aku sorang tu..Cam tak caye je. hehe...


Jengah ke luar tingkap, gerimis dah mula turun. Haiyaa..syoknya kalau tido balik ni. Sejuk je. Hehe..So, pape hal pun aku kena tunggu rumate aku anta keta die kat member die dulu. Baru kami boleh kuar shopping. Yezza..


Tuesday, April 27, 2010

..::Yang Terindah Hanya Denganmu::..


Kutujukan khas buatmu,sayang....

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan

Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma

Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu

Hingga akhir hayat bersama kamu




Sunday, April 25, 2010

..::Semakin Hari Semakin Sayang::..


Itu yang terjadi antara kami. Pantang tinggal sikit, mesti dah rindu. Maybe orang cakap sebab kami baru lagi dalam perhubungan ni, mestila semuanya indah. Tapi itulah realiti yang kami rasa. Tak kisahlah orang nak kata apa pun.


Actually aku nak share benda ni. Saje je intro atas tu. Selingan. Hehe..Artikel ni aku dapat dari blog ini. Nak share la dengan bakal pengantin baru especially, ok..Yang baru kawen pun rasanya sempat lagi kot nak buat sume ni. Bagus untuk hubungan masa panjang. So, baca la ek sedikit yang aku petik dari blog Ustaz Baei ni..


Ajaran Islam
Jelas di sini, pasangan yang berkahwin tidak pernah mengambil kesempatan pada saat awal, pada saat semua manis, pada saat masih ada sayang untuk membuat sesuatu bagi membina kekuatan. Sepatutnya pada malam perkahwinan mereka, kedua-dua pasangan itu boleh duduk semeja berbincang dan melakukan akujanji sekali gus menandatangani perjanjian persefahaman (MOU). Antara perkara yang perlu dibincangkan ialah:

1. Apakah sikap kesukaan suami dan isteri
2. Apakah sikap yang tidak disukai suami dan isteri
3. Apakah makanan yang disukai oleh suami dan isteri
4. Apakah makanan yang tidak disukai oleh suami dan isteri
5. Apakah pakaian yang disukai oleh suami dan isteri
6. Apakah pakaian yang tidak disukai oleh suami dan isteri


Setelah mendapat jawapan, senaraikan secara jelas dan buatlah rumusannya. Selepas itu ambillah solusi pada perkara yang ada persamaan. Manakala perkara yang tiada persamaan, pilihlah salah satu yang masing-masing boleh berkompromi. Setelah itu, apa yang dipersetujui itu harus dipatuhi sampai bila-bila.

Selain itu sebagai pemimpin, suami hendaklah tegas mendidik isteri. Apa yang dilakukan isteri dilihat bertentangan dengan perjanjian, apatah lagi yang bertentangan dengan ajaran Islam, hendaklah ditegur segera.


Kalau nak tau banyak lagi pasal ni, sila klik sini...>Fikrah Islamiah



Saturday, April 24, 2010

..::Sixth Sense Terbaik::..


Baru je balik dari Euphonious. First time tengok band-band dari UTP perform. Selalu tu aku join tengok band kat UTM je. Boleh la. Happening gak la. Tempat pun selesa. Kalau kat UTM dulu dah macam konsert betul sebab kena tengok sambil berdiri dengan stage yang direka khas. Paling tak boleh lupa masa band competition time Gegar-U dulu. Tu sebab aku jadi salah sorang ajk program tu. Hehe..Live band atas lori seh.


Semua yang perform malam ni best. Teruja gak nak vote tapi satu band je boleh vote. Lain la kalau aku beli tiket extra tadi. Hehe..Yang paling best time Sixth Sense wat persembahan la. Time ni aku dah sorak-sorak dah kat belakang. Antara lagu-lagu yang dorang nyanyi adalah lagu Khatimah Cinta, Tanpa, Tak Bisa Memilihmu dan lagu ape satu lagi tu..Huhu..lupa plak dah. Lantakla, janji memang bestla dorang perform.


Okla..mau tido sudah. Dah lewat pun. Kang tak bangun subuh plak..Nite-nite..


Wednesday, April 21, 2010

..::Sedihnya::..


Dah amik semula henpon aku yang rosak tu kat kedai semalam. Kopak gakla, kena RM60 sume skali. Charge format RM30, beli memory card baru RM30. Huhu..


Kes kena beli memory card baru sebab memory card lama dah lock secara otomatik bila henpon kena format baru. Geram je rasa. Dahla 1gig punya. Ntah bila masa aku letak password pun aku tak tahu. Selama aku pakai henpon, tak pernah pun aku letak password kat phone aku Uwaa...sedih gile bila sume yang aku simpan dalam kad tu dah tak boleh nak amik balik. Kalau sebab lagu-lagu dalam tu tak kisah sangat, tapi pics my heart ngan mesej-mesej yang aku save sume tak boleh diselamatkan lagi.


Semalam ngadu ngan my heart, pastu die offer phone die kat aku. Hehe..die nak kasi phone sony yang die pakai sekarang ni. Yeay..thanks,sayang. Nanti Miey balik, Abg bagi kat Miey ok..Pastu aku nak suh die transfer sume pics kami dalam phone aku. Rugi sangat pics masa jumpa aritu dah musnah. Mujur gak ada pada die beberapa keping.