Teman-teman

Sunday, November 14, 2010

..::Aku Terkilan::..

Huhu..
Sedih je rasa malam ni..

Baru tahu kawan sekampung nak kawen hujung minggu ni
Agak terkilan gak la sebab tau last minute
Tu pun dia cakap sebab tak dapat join pegi wedding junior kami nanti

Pape pun aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU ye kawan
Semoga kau bahagia selamanya...


n.o.t.a.k.a.k.i:will update pasal jalan-jalan di Taiping nanti ye..Sok nak balik kampung dulu.beraya bersama jurnal dan paperwork

Friday, November 12, 2010

..::Syukur::..


Setelah 3 hari aku berulang alik ke Ipoh, akhirnya siap juga data collection terakhir aku untuk master. Hopefully tak kena repeat data collection. 

Sepanjang 3 hari tu, macam-macam gelagat yang aku tengok. Dari pagi sampai petang. Data collection kali ni tak memerlukan aku untuk gerak awal pagi dari hostel dan pulang lewat petang macam yang sebelum ni. Tapi kepala aku tiap-tiap hari gak la pening bila balik dari sana. Huhu..

Gelagat pada hari pertama sangat menggeletek hati aku. Hati aku cakap, ada gak orang camni sekarang ni ek. Kan aku distribute questionnaire kat orang ramai, so of course la aku nakkan detail dorang dan juga pendapat dorang. Meh ikuti perbualan aku ngan sorang mamat ni..

Aku: Bang, mintak maaf ganggu sekejap. Saya tengah buat kajian kat sini. Boleh tak saya amik masa abg sekejap untuk isi borang survey ni.

Mamat X: Hurm, boleh..

Tengah-tengah tulis tu dia tanya something

Mamat X: Ni sape punya?

Aku: Saya punya (jawab sambil blur-blur)

Mamat X: Dah tu kenapa tak tulis sendiri..
Aku: ????? 

Aku pun terangla balik tujuan aku kasi borang tu kat dia

Mamat X: Umur berapa?

Aku: 24..kenapa?

Pastu aku nampak kat borang tu dia tick jantina dia pempuan. Ah, sudah... Rupanya dia masih tak faham nak kena buat apa. Sekali lagi aku terang kat dia bagi lagi jelas. Haiyakk... Aku terus pandang tempat lain dan bagi dia jawab semua soalan dalam borang tu. Sambil tu aku tersenyum sendiri.. =)

Gelagat hari kedua takla kelakar cam hari pertama. Cuma aku ditegur oleh seorang brader melayu terakhir. Brader ni suh aku sertai kursus bahasa melayu. Adoyai.. Aku datang tempat tu pun sebab nak siapkan study aku. Ni plak dia suh aku masuk kursus tu. Boleh plak dia sindir aku sebab aku cakap aku tak berminat. Huhu..Dahla pakai baju yang sama selama 2 hari. Hari sebelumnya pun dia ada cuma tak tegur aku je. Hehe..

Gelagat hari ni adalah salah tegur orang. Aku ingatkan orang tu orang Malaysia. Sekali mamat Indon. Hehe.. Muka dah takleh beza, camne la aku tak salah tegur. =) 

Sepanjang 3 hari tu, aku dapati ramai gak yang duk kat stesen bas tu bukan dari rakyat Malaysia. Ada juga yang dari golongan rakyat Malaysia, tapi tak reti membaca. Huhu.. Papepun, time kasih la pada dorang yang sudi bagi kerjasama kat aku. Selesai tugasan aku. Sekarang leh fokus analyse data sepenuhnya. Tak sabar nak abiskan master.

(^_^)

Wednesday, November 10, 2010

..::Mood::..


Lately ni mood malas aku makin menjadi-jadi la. Camne nak buat ek? Aku dah puas dah aku cari mood rajin aku. Ntah ke mana hilang ntah. Asyik tangguh keje je sekarang ni. Huhuhu..

Semalam department dah keluarkan tarikh untuk symposium. Mula-mula je cuak. Pastu mood malas datang lagi. Haiya.. Bila nak sedar ni???? Cam nak cari nahas je sem ni. Gile apa. Dah nak last-last ni la nak buat halnya. Owh, tidak.. Aku takmau extend study aku.

Mood rajin...sila la datang kembali (-_-)

Tuesday, November 9, 2010

..::Permulaan Cinta Ini::..

Cewahh..tajuk jiwang seh. Hehe..Saje nak berjiwang. Semalam kan aku cite pasal bestfriend aku. Hari ni turn aku plak nak cite kisah cinta hati aku. Hehe..

Hari ni genap sebulan perhubungan aku dan dia. Sepanjang tempoh tu, belum pernah lagi aku bersedih. Ada je cara dia nak buat aku gembira. Dia memang sangat memahami aku. Even aku terlebih manja pun, dia still layan je perangai aku. Hehe.. Aku memang camtu. Kalau ada yang manjakan aku, lagila aku manja. Di kesempatan ni, aku nak ucapkan terima kasih pada Cinta Hati aku untuk hubungan ini. Aku epy sangat dan aku berdoa semoga hubungan kita akan terus bahagia dan kekal selamanya. Selamat ulangtahunbulan yang pertama, sayang... Lagu ku dedikasikan untukmu

Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

 p.s i love u...(^_^)

Monday, November 8, 2010

..::From Perak to Kulai with Love::..


Last Friday, 3 hari aku berkampung kat Johor. Buat apa? Of course la ada perkara menarik kat sana. Kalau tak, tak kuasa gak aku nak pegi. Perjalanan dari Perak ke Johor mengambil masa selama 8 jam. Huhu..kematu punggung duk dalam bas. Aku malas nak drive sorang-sorang.. Wah, rindunya aku kat Johor. Last aku gi sana pun time konvokesyen aku tahun lepas.

Ok,ok straight to the point. Actually aku ke sana atas jemputan bestfriend forever aku sorang ni, Baizura. Aku sayang gile kat die. Sepanjang aku kenal die, die memang bukan penyombong orangnya. Baik dan sangat caring. Dahla cantik. Untung sape dapat die ni. Ops, sory...die dah ada yang punya. Hehe..

Sabtu lepas berlangsung majlis pertunangan die. Dah bertunang pun. As her bestfriend, mestila aku pegi kan. Walau jauh camne sekali pun. Seronok sangat bila dapat tolong pape yang patut pada hari bersejarah kawan-kawan aku. Rasa nak buat yang terbaik untuk dorang. Dah,dah...jon tengok gambar yang gojes plak.....jeng,jeng,jeng.......



cantik kan???tak puas tengok...

make up session
lalala...

time sarung cincin...
from haidir side
tadaa....dah jadi tunangan orang pun

Congratulation to Baizura & Haidir. Semoga kalian bahagia selamanya. Jaga hati pasangan masing-masing k dalam tempoh bertunang ni.. Aku sayang korang sangat-sangat.
 

Tuesday, November 2, 2010

..Fuh..Fuhhh...::..

Opss...ni bukan rancangan televisyen FUHH tu ok. Aku saje kasi tiup ini blog untuk hilangkan habuk yang dah mula melekat sejak seminggu yang lalu. Maklumla, cik puan blog malas nak up date. Hehe..

Cerita terbaru?? Ada cite best ke? Hurm.. Ada la sikit-sikit. Actually aku balik kampung minggu lepas. Tu yang tak up date blog sampai hari ni. Kes merajuk dengan broadband sebab bil tak sampai umah. Alih-alih dah kena potong. Padan muka. So, sekarang aku still tak bayar bil bb memandangkan aku kat hostel. Boleh guna internet free je kat sini. Hehe.. Nanti-nanti la aku bayar. Tu pun kalau rasa nak pakai bb.

Peristiwa balik kampung yang sangat menarik. Hehe.. Ingat tak entri aku yang lepas? Ala..entri Jadi Tak Jadi tu.. Jawapannya adalah JADI. Buat pertama kalinya dia jumpa parents aku as my future ....... dan aku jumpa parents dia as his future ............... Gementar? Of course la. Even aku tiap-tiap tahun raya umah dia pun, nervous tu tetap ada. Nanti aku cite lebih detail ye. 

After balik dari kampung, aku busy dengan study aku yang tak abis lagi ni. Banyak lagi yang belum siap. Petang tadi aku dapat email dari department, suh prepare paper untuk sympo this sem. Ayok....satu apa pun aku tak siap lagi. Baru feeling-feeling nak fokus pada conference next month. Sekarang dah ada 2 perkara kena settlekan sebelum balik raya aji nanti.

Sekarang ni asyik malas je nak buat keje. Huh...camnela nak hilangkan sifat malas ni ek? Ada yang boleh tolong jerit kat aku tak supaya aku tak malas-malas????