Teman-teman

Tuesday, March 22, 2011

..::19032011..Alhamdulillah Segalanya Selamat::..


Syukur ke hadrat Allah kerana telah memudahkan segala urusanku pada tanggal 19.03.2011..

Tarikh yang akan aku ingati sampai bila-bila. Walaupun hujan mencurah di pagi hari, majlis tetap berjalan dengan lancar. Semua tetamu yang dijemput, hadir dengan gembiranya. Kebanyakan yang hadir adalah di kalangan rakan-rakan abah sebab abah adakan majlis doa selamat di hari pertunanganku. Alhamdulillah. Ambil berkat.

Sehari sebelum majlis, aku dah sibuk mengemas dan menyiapkan apa yang patut. Awal pagi Sabtu pun aku masih bergelumang dengan pinggan mangkuk yang harus dibersihkan sebelum tetamu gunakan.Waima masa mak andam sampai pun aku baru je sudah bersihkan diri. Sempat solat zuhur dulu sebelum tatarias diri berlangsung.

Menanti saat disarungkan cincin di jari manis amat mendebarkan. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap betulkan hantaran, sekejap ke meja solek untuk kemaskan diri. Haha... Selebihnya dihabiskan beraksi di depan kamera.

Segalanya berlaku dengan pantas. Sekelipan mata, aku telah bergelar tunangan orang. Tunang kepada seorang lelaki yang benar-benar aku cintai. Perkenalan selama 12 tahun diakhiri dengan ikatan pertunangan antara kami. Perbezaan umur lebih memberi keserasian kepada kami. Alhamdulillah..akhirnya aku bertemu sang arjuna hati kesayangan. Semoga kami kekal selamanya dalam mengharungi hidup seterusnya...

n.o.t.a.k.a.k.i......terima kasih kepada mak abah, mak ayah, adik beradik, saudara mara dan sahabat-sahabat yang menjayakan majlis pertunangan aku dan si dia. kehadiran kalian menambah berkah kepada ikatan kami. Amin...

Thursday, March 17, 2011

..::Makin Hampir Ke Situ::..


Woh...berdebarnya rasa. Macam ni ke perasaan bila saat ini hadir dalam hidup kamu, kamu dan kamu???
 

Wednesday, March 16, 2011

..::Sudah Sampai::..


Dah selamat sampai pun di kampung halaman tercinta. Alhamdulillah..

Setelah penat seharian dalam perjalanan, akhirnya sampai juga. Ops, entri semalam tu hanya kronologi. Sebetulnya memang semalam aku dah bertolak pulang. Tapi singgah bermalam semalaman di rumah my aunt di Rawang. Yela kan. Balik bersama yang tersayang, kena la tunggu dia abis keja dulu baru leh balik. 

Actually si dia kerja malam. So, tadi aku la yang drive sementara bagi dia rest dan tido secukupnya sebab lepas sampai di Kuantan kami pegi membeli belah barang-barang keperluan untuk majlis Sabtu nanti.

Maybe esok kami akan keluar lagi untuk beli beberapa lagi barang yang tak boleh simpan lama. Or maybe this Friday kot. Tengokla dulu camne..

Ok. Cukup setakat ini. Penat sudah.. Mau tido dalam bilik yang serba baru.. Wiwi..
 

Tuesday, March 15, 2011

..::Perak:Selangor:Pahang:Terengganu::..


Saat anda membaca entri ini, aku dalam perjalanan pulang ke kampung halaman tercinta.

(^__^)   Seronoknya...

Aku pulang ke kampung dalam seminggu juga la. Maybe aku akan up date blog Cerita Hatiku ni di rumah atau tak up date langsung. Bergantung pada keadaan dan kelapangan.

Hope anda semua tak jemu menunguu entri berikutnya dari cik rimie ye...

Selamat Bercuti ye murid-murid...Hehe..

Monday, March 14, 2011

..::Pertukaran Ujrah PTPTN::..


Weehuu...

Happynya..Happynya...

+_____+


Tuan / Puan, Tuan telah berjaya ditawarkan pertukaran kos pentadbiran dari (3%) kepada ujrah (1%). Sila semak / cetak surat tawaran dan tuan/puan melengkapkan berdasarkan panduan pengisian. Sila masukan Nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke www.ptptn.gov.my untuk semakan penyata:- No KP: 860301XXXXXX Kata Laluan : xxxxxxxx Sekian terima kasih.  


Baru je dapat email ni beserta surat tawaran tersebut.

Alhamdulillah.. akhirnya dapat juga tawaran penukaran ujrah PTPTN dari 3% kepada 1%. Walaupun nampak kecik dalam peratus tapi cukup besar dalam matawang ringgit Malaysia. Lebih-lebih lagi bagi aku yang belum buat sebarang pembayaran.

Syukur ya Allah. Aku akan pos kembali surat tawaran tu laju-laju. Hehe...

..::Sehari Sebelum Pulang Ke Kampung::..


Settlekan semua kerja yang tertangguh dan bakal tertangguh gara-gara pulang ke kampung.

Alhamdulillah semalam aku berjaya juga siapkan data analysis yang super banyak. Walaupun baru siap transfer ke dalam lappy, sekurang-kurangnya siap juga. So lepas ni tak perlu dah aku belek segala data yang dah sama tinggi dengan drawer bilik aku. Hehe..

Awal pagi tadi aku dah keluar. Jumpa sv kesayangan sebelum dia ke Istanbul hujung minggu ni untuk dapatkan signature beliau. Kite sama-sama bercuti ye,sir. Hehe.. 

Settle.

Lepas tu misi kedua adalah isi minyak keta full, pam tayar dan cuci keta. Dah sebulan kot aku tak cuci keta. Sian kat CeCiL. Mujur tak merajuk. Sekarang dah bersinar-sinar dah.

Settle.

Kerja yang masih tertangguh adalah mengemas baju dan juga kelengkapan untuk pulang ke kampung. Seronoknya...Wiwi..