Teman-teman

Tuesday, May 17, 2011

..::Presentation Kali Ke4::..

Dah rasa macam bosan plak nak abiskan master ni. Bukan bosan dengan master tapi bosan nak tunggu bila nak viva. Bosan dengan pengurusan PG yang semakin hari semakin serabut. Sekejap cakap camni, sekejap cakap camtu.

Sepatutnya ni last semester aku. Tapi sekarang ni aku tersangkut bab tulis tesis. Hehe.. Malas gile nak buka folder tesis. Bila dah buka, laju plak menulis. Bab nak start menulis tu yang malas.

Sekarang ni bila dah keje, lagi la takde masa nak jenguk folder tu. Teruk kan? Memang betul pun orang cakap. Kalau dah ada komitmen keje, kena banyak berkorban untuk abiskan belajar. Aku akui tu sume.

Cite tentang keje, buat masa ni aku betul-betul suka dengan keje aku. Start keje kul 9 balik kul 6. Kalau banyak keje, stayla lama sikit. Aku ok je. Kadang-kadang weekend pun aku ot. Rajin kan? Hehe..

Sejak aku masuk keje, makin banyak job yang masuk. Kira macam ada ong  la kan aku ni. Nak nak lagi bos aku tu cina. Mestila dia suka. Pembawa tuah. Hehe. Tapi sekarang ni aku kena cepat-cepat catch up setiap yang diajar. Aku plak jenis yang cepat lupa gak. Kadang-kadang tu ada careless. Risau gak.

Lepas ni dah tak dapat update blog macam selalu dah. Maaf ye. Masuk-masuk opis dah bizi sampai petang. Nak buka fb pn sekejap je. Tu pun jenguk gitu-gitu jela. Sedih juga la. Tapi epy sebab hidup dah terisi. Wiwi.. 

Lagi best bila dah dekat dengan encik tunang tersayang. Tak susah nak jumpa kalau rindu-rinduan. Pastu senang bila nak beli barang- barang nak kawen nanti.

Alhamdulillah....

Thursday, May 12, 2011

..::Sangat Sedih::..

Sejak dah mula menceburi alam pekerjaan ni, masa aku bersama buah hatiku ini dah tak sekerap dulu lagi. Aku dah tak boleh melawat kawan-kawan alam maya macam selalu. Kehidupan di alam maya sangat terbatas dengan tugasan harian yang maha banyak. Sedihnya..

Rindu nak blogwalking macam selalu. Rindu nak tahu cerita terbaru kawan-kawan cyber. Rindu nak touch up blog sendiri. Rindu nak tinggalkan jejak di blog lain.

Sekarang ni pun aku still kat opis. Baru setel buat keje dan tunggu nak solat Maghrib dulu. Baru boleh balik rumah. Boleh dikatakan setiap hari pun camni. Tapi takpe. Aku hepi dengan kerja aku sekarang. Alhamdulillah.

Semoga Allah mempermudahkan kehidupan dunia akhirat aku dan kawan-kawan juga.

n.o.t.a.k.a.k.i.: rasa cam nak beli broadband baru la plak. broadband lama dah kena kebas dengan orang Sabah. Angah.....nak bb org balik!!! Huhu..

Wednesday, April 27, 2011

..::Hari-hari Terakhir::..


Lagi berapa hari je aku stay kat UTP ni. Bukan sebab dah abis study tapi aku dah dapat offer keje starting this Monday.

Wah, teruja nak bekerja. Tapi sekarang ni aku tengah serabut camne nak kemas sume barang-barang aku yang banyak je ni. Tengok cam sikit, tapi bila kemas ya Allah...banyakkkkk sangattttt.

Camne aku nak angkut guna CeCiL aku yang ciput tu. Time camnila aku perlukan seorang superhero yang dapat tolong terbangkan barang-barang aku ni ke rumah. Please...please...

Esok last day aku jadi tutor kat sini. Bye,bye sume.. Good luck dengan final korang sume ye. Score tau subjek TE. Esok jawab test lelok. Akak dengan baik hati akan bantu korang. Hehe..

Semoga aku selesa dengan alam pekerjaan. Cepat siapkan tesis dan konvo.
 

Monday, April 25, 2011

..::Rezeki Orang Nak Kawen::..


Alhamdulillah...syukur padaMu ya Allah. Rezeki yang Kau limpahkan tak pernah kurang untuk hambaMu. Walaupun ada juga dugaan yang kadangkala melemahkan diri sendiri.

Sebulan yang lepas aku down sangat sebab masalah kewangan kat sini. Tapi hari ni masalah yang aku dapat dulu dah diganti balik dengan berita gembira yang aku dapat malam ni. Betul kata orang yang hidup ni bagaikan roda. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.

Alhamdulillah, aku dah diterima bekerja di tempat aku pegi interview kali yang kedua tu. Walaupun aku berharap untuk dapat kat tempat interview yang ketiga, tapi aku takkan tolak rezeki kali ni. Biarlah terpaksa bersusah payah sikit, asalkan aku dapat rezeki yang baik.

Ni la yang dinamakan rezeki orang nak kawen. Hehe.. Pasni dah boleh menyimpan duit untuk kawen tanpa ada rasa risau lagi la. Yeay.. Semoga tempat keje baru ni adalah tempat terbaik untuk aku cari rezeki dan timba sebanyak mana ilmu yang boleh.

Terima kasih ya Tuhan..
 

Sunday, April 24, 2011

..::Cerita Lapuk::..


Biarla dah lapuk pun, aku tetap nak cerita juga..

Aku baru je balik dari Shah Alam semalam. Ada interview ari Jumaat sebelumnya. Ni kali ke 3 aku pegi interview kt SA. Hehe.. Al maklumla, tak lama lagi nak jadi warga SA, so kena la cari keje area sana juga. Mujurla setiap kali aku dapat interview, encik tunang tengah off. So, adala peneman aku yang dah sah-sah tak tahu jalan kat sana.

Dulu-dulu aku pernah ada niat tau. If aku keje, aku takkan cari keje area bandar sana nu..which mean area KL, SA dan seangkatan dengannya. Reason?? Sebab aku tak suka duk bandar yang bizi je memanjang. Aku kan jenis sukakn kedamaian. Lagi best kalau dapat duk area kampung je. Tenang hidup aku. Hehe..

Tapi dah jodoh aku dengan orang yang bekerja di bandar even kami satu kampung, dengan sedikit berat hati aku cari la keje kat sana.

Hurm...interview yang pertama dulu aku dapat keje tu tapi aku sendiri yang tolak. Hehe. Interview kedua, masih menunggu jawapan. Tak tahula bila. Katanya dua tiga hari. Tapi sekarang ni dah 2 minggu.

Disebabkan aku taknak berharap pada satu interview je, aku pun apply la keje tempat lain. Awal pagi Rabu lepas aku apply, tengahari dah dapat call suh datang interview. Interview yang ketiga ni la. Aku agak suka dengan company ni. Environment pun bagus dan bos dia adalah melayu. Kenapa aku suka bos melayu? Sebab bila bos melayu, for sure nilai-nilai keIslaman tu ada dalam ofis dia. Bukan aku cakap bos lain tak bagus, tapi aku agak cerewet dengan keselesaan untuk bersolat pada setiap staff.

Masa aku datang interview tu, ada sorang lagi yang datang. Dia ni junior aku juga time study dulu. Aku taknak letak harapan yang tinggi untuk dapat job ni tapi jauh di sudut hati aku, aku memang nak sangat. Antara sebab kenapa aku tak yakin dan yakin dengan interview yang lepas ni adalah:

Yakin:
1. Kena interview lebih sejam
2. Cara bos tu interview aku macam ada harapan untuk aku dapat position kat ofis dia
3. Bos tu siap pesan banyak kali suh tinggalkan no phone dekat secretary dia
4. Banyak bos bagi hint pada aku kalau aku dapat keje kat sana
5. Aku dah berjaya yakinkan bos tu dengan kelebihan aku

Tak yakin:
1. Aku tak cukup pengalaman
2. Aku dah lama tinggal bidang aku
3. Junior aku tu ada experience keje sebelum ni dalam bidang yang sama

Huhu... Lepas dari interview tu, hari-hari aku duk fikir yang aku dapat position tu. Tapi dalam masa yang sama, aku risau juga kalau aku letak harapan tinggi..at last aku tak dapat. Mesti aku akan rasa down sangat.

Aku takut nak tunggu hari Isnin sebab maybe aku akan dapat jawapan pada hari tu. Hope pekerjaan itu adalah rezeki untuk aku. Amin....
 

Wednesday, April 20, 2011

..::Love U So Much::..


Mungkin ibu lbh kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tp tahukah kita, sebenar nya ayah lah yg mengingatkan ibu utk menelefon kita?   

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tp tahukah kita bhw sebaik saja ayah pulang bekerja dgn wajah yg letih ayahlah slalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian ?  

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jgn minum ais!".Tp tahukah kamu bahwa ayah sangat risau.??   

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dgn tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bhw ayah hanya ingin menjaga kita? Krn bagi ayah, kita adlh sesuatu yg sangat berharga.   

Saat kita sudah dipercayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melangar kpercayaan nya...Maka ayah lah yg setia menunggu kita di ruang tamu dgn rasa sangat risau..  

Setelah kita dewasa,ayah telah mghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini-itu, utk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..

Saat kamu berjaya..Ayah adlh org pertama yg berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dngan bangga..   

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..

Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangannya..ayahpun tersenyum bahagia.. Apa kita tahu,bhw ayah sempat pergi ke belakang dan menangis? Ayah menangis krn ayah sangat bahagia..Dan diapun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..   

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita brsma cucu-cucunya yg sesekali dtg utk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yg tak lagi kuat untuk menjaga kita..  


....Memang betul pun apa yang dikata. Aku ingat lagi masa aku terima ijazah dulu. Aku cadangkan mak dan abah pakai baju batik yang sama. Masa mula-mula tu abah macam nak tak nak je. Yela, abah ni jenis tak suka menunjuk kalau dia nak or suka. Tiba-tiba satu hari tu abah nak pegi meeting kat KT, terus abah suh kami siap. Dia suh kami ikut skali dengan alasan nanti boleh pegi shopping beli kain untuk pakai time konvo aku. Wah, terharu betul time tu.

Dan satu lagi yang tak dapat aku lupakan masa aku naik stage terima ijazah aku tu. Bila aku tengok muka mak abah punyalah berseri-seri. Abah plak siap tunjuk thumb up dua-dua belah tangan lagi pada aku. Time tu memang betul-betul bangga dia dengan pencapaian aku. Dah bergenang air mata aku masa nak berjalan ke tempat duduk aku.

Abah memang tak tunjuk yang dia sayang kami tapi dari segala perlakuan dia, aku tahu abah bangga dengan anak-anak dia.

Love u so much Abah...