Teman-teman

Monday, February 27, 2012

..::Fuhhh....Fuhhhh...Fuhhh...::..


Lama seh tak post cite terbaru dalam blog comey ni. Hehe.. Super duper bizi la sekarang ni. Sempat BW je. Tu pun seminggu sekali. Keje menimbul start 9am to 7pm. Tu pun dah terlebih 1 jam dari opis timing tau. Kadang-kadang ada gak terlebih sampai jam 9. 

Sekarang ni saya tengah menahan debaran bergelar raja sehari...puteri sehari..hehe.. Takut nak letak counter kat sebelah ni sebab kalau selalu sangat tengok, lagi saya cuak. Banyak lagi perkara-perkara penting belum settle. HIV test pun saya belum buat ok. Huhu..InsyaAllah akan dilaksanakan pada pertengahan bulan Mac.

Owh..lagi 2 hari umur saya akan bertambah. Weewoo...Alhamdulillah. Jumaat lepas angah ada tanya nak balik kampung sekali tak? Saya tahu dia ada agenda lain tu...mau saya sambut birthday dia and belikan present la tu. Maklumla birthday angah awal sehari dari saya dan cuma 4 tahun sekali je akan wujud tarikh lahir beliau. Hehe...sangat kesian. Saya tak dapat balik coz ahad saya kena pegi site. So, jimat duit saya. Hehe...adik yang teruk kan??

Tak sabar nak tunggu wedding card saya siap. Maybe minggu ni dah boleh collect. Teruja tau. Ada sesape bloggers yang nak datang kenduri saya nanti tak? Kalau ada, tinggalkan alamat anda ye. Nanti saya poskan wedding card saya pada anda. 

Okla..stop here. See u all again...DAAA

Friday, January 27, 2012

..::Semakin Hampir Saat Itu::..



Perasaan saya ketika ini tak tahu nak digambarkan. Bercampur baur. Ada gembira, sedikit takut, cemas, sedih, teruja. Hanya tinggal 4 bulan lagi untuk majlis besar saya. Alhamdulillah, setakat ni segala tempahan yang besar-besar telah settle. Cuti Maulud Nabi nanti kena tarik en tunang sekali untuk fitting baju. Cuti CNY lepas dah chop baju yang berkenan di hati. Tapi bila tunjuk pada encik tunang, si dia plak tak berkenan. Kali ni, biar encik tunang lihat sendiri supaya keduanya berpuas hati. Hurm...

Saya nak minta pendapat kawan-kawan la...Bila agaknya masa yang sesuai untuk saya reveal kan tarikh majlis besar saya nanti ye? Terlalu cepat tak kalau saya reveal sekarang? Atau tunggu bila dah tinggal sebulan dua? Tak terlalu lambat ke untuk kawan-kawan save the date supaya mereka dapat datang ke majlis besar saya nanti??

Friday, January 6, 2012

..::Terbekenan Samsung SH100::..


Awal pagi tadi duk godek email. Penuh ngan sampah-sampah je setiap hari. Pastu nampak email dari Groupon. Yang ni tak delete terus. Kena cuci-cuci mata dulu sebelum masuk dalam trash folder. Hihi..

Masa tengok offer yang ada kt Groupon ni, aku nampak ada satu kupon ni pasal kamera Samsung SH100. Nak tau yang mana satu tak? Tengok sini ok--->>KLIK2

Lepas tengok die punya features, rasa cam terdetik kat hati nak beli satu. Camne ni...Bila hati dah berkenan, susah nak padamkan niat tu. Huhu.. Boleh tak kalau mintak encik tunang sponsor? Hikhik...

Nanti saya nak p survey kat lowyat la..Mana tau ada yang bagi lagi murah dari Groupon.Hehe..

Wednesday, January 4, 2012

..::Tahun Baru Sudah::..


Malam tahun baru lepas korang sume sambut kat mana? Saya cuma sambut sendirian je di rumah. Nothing special. Encik tunang plak keje, CeCil still kat bengkel..so saya terperap kat rumah saje ari minggu yang lepas.

Dalam nothing special tu pun  saya still dapat melihat firework yang super banyak dan meriah di beranda apartment. Cantik sangat. Warna warni. Boleh nampak dengan jelas firework sekitar bandar Klang dan juga di I-ciy. Orang cakap kalau tengok firework, lagi best tengok dengan insan yang kita sayang. Warna firework akan dilupakan tapi insan yang melihat bersama kita akan kita ingat sampai bila-bila. Hehe.. Betul ke?

Malam tahun baru tu saya tengok firework sorang-sorang sambil berbual dengan mak tersayang yang jauh di kampung. Miss her so much. Tak sabar nak balik cuti raya cina nanti. Mahu berbincang perihal kawen yang tinggal 5 bulan saje lagi. 

Buat masa sekarang, kebanyakan perkara yang besar-besar dah settle. Ada 2, 3 perkara je yang masih dalam perancangan untuk dibuat. Semoga Allah mempermudahkan jalan untuk kami..

Friday, December 30, 2011

..::Last Day Bekerja Di Tahun 2011::..


Sangat lemau arini. Dengan sakit tekak, badan yang suam-suam, kepala pusing..Buat keje pun dalam keadaan slow and steady je. Tapi alhamdulillah, dapat juga harungi hari ni dengan baik.

Saya tengah menunggu encik tunang menjemput saya balik ni. Sejak ketiadaan kereta, asyik menumpang kereta cik Zue je ke tempat kerja. Hari ni plak tak dapat balik bersama sebab cik Zue balik kampung terus dari tempat kerja. Huhu.. Terpaksala mintak belas ihsan encik tunang walaupun dia  bizi. Sepanjang minggu ni tau encik tunag membizi. Kena coverline kawan-kawan yang dah apply cuti lebih awal sampai hujung tahun.

Esok, lusa dan tulat cuti. Apa perancangan ye untuk diisikan pada waktu cuti tersebut? Duduk rumah, kemas rumah, lepak-lepak sampai bosan or ajak encik tunang cuci mata dan survey barang kawen? Gaji baru je dapat ni. Hehe..


Okla. Mau pulang sudah. SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ye.. Jaga diri, hiasi peribadi... (^_^)


Wednesday, December 28, 2011

..::Hampir Ke Penghujung::..


Syukur alhamdulillah kerana Allah masih memberi kesempatan untuk saya terus menghirup udara segar setiap hari sehingga ke hari ini.

Sedar tak sedar tinggal 3 hari je lagi kita akan melangkah ke tahun yang baru, tahun 2012. Cuba kita lihat kembali apa yang telah berlaku sepanjang tahun ini. Sudahkah segala azam yang dibuat pada tahun ini tercapai ataupun masih lagi di takuk yang lama? Sudah banyakkah amalan yang telah kita lakukan sepanjang tahun 2011? Wallahualam...Tepuk dada tanya hati masing-masing.

Bagi saya, tahun 2011 banyak mencabar emosi dan kudrat yang cukup sifat anugerah Ilahi ini. Hati yang terluka kembali sembuh dan semakin baik dari hari ke hari, jiwa yang resah kembali tenteram dan segalanya berjalan dengan baik walaupun perlu menggandakan usaha. Saya sentiasa pegang pada kata-kata yang menjadi trademark di blog ini. Itu moto hidup saya dan saya begitu yakin sekali dengan setiap apa yang berlaku kerana setiap kelemahan itu datangnya dari diri kita sendiri dan segala perancangan telah diaturkan oleh Maha Esa dengan begitu sempurna. Cuma kadangkala diri sendiri je yang tak bersyukur dengan apa yang diterima.


Biarkan kisah pahit berlalu dan simpan kenangan manis selamanya. Semoga tahun 2012 akan menjadi tahun yang lebih baik dari tahun 2011. InsyaAllah.. Selamat Menyambut Tahun 2012 untuk anda semua..... 

n o t a k a k i :
tahun terakhir untuk bergelar 'single'. InsyaAllah....amin