tuhan tidak menguji dengan ujian yang tidak dapat dipikul hambaNya
Teman-teman
Thursday, October 30, 2008
..::Bicara Kasih::..
Lirik lagu ni betul betul wat aku touching..Korang bacala sendiri ek..
Haruskah aku yang meminta
Noktah hubungan cinta kita
Sedang masa berlalu pantas
Menelan waktu usiaku
Cinta yang kita bina bersama
Belum ada penghujungnya
Menghitung detik perjalanan
Mencengkam perasaan
Cinta dalam kedukaan
Bicara pada malam
Seakan mengerti apa kurasakan
Dalam keliru
Masih lagi mencari jawapan
Bicara pada sepi
Seakan memujuk hati
Kau tahu ku amat menyintai
Tak mungkin cari pengganti
Apakah aku hanya sandaranmu
Kau datang dan pergi sesuka hati
Kau hilang kala ku memerlukan
Tinggal keseorangan
Setitik kasih yang engkau berikan
Tak mampu lagi untuk ku bertahan
Izinkan ku mengundur diri
Pergi bersama hati yang terluka
*uwaaa..xmo dengar dah..kang banjir laptop aku ni..adios
..::Masak vs Imam::..
Tajuk artikel tu "salah ke perempuan tak tahu masak?" Biasa je kan. Memang sekarang ramai dikalangan perempuan kurang mahir memasak. Bukan tak tahu langsung. Ramai perempuan kurang mahir memasak sebab dari kecil tak diajar untuk turut serta di dapur. Alasannya? Fokus pada pelajaran dulu. Bukan tanggungjawab perempuan yang masih kecil untuk memasak. Lagi haru sekiranya perempuan tu dari awal persekolahan hingga ke peringkat tertinggi asyik duk kat asrama je. Masa bila nak praktik masak kan?
Bila soalan ni diajukan pada lelaki, for sure mereka akan memilih jawapan "SALAH". Kalau tanya bab calon isteri pun mesti akan cakap "nak cari yang pandai masak". Penting sangat ke?
Cuba kita tanya pula soalan ini pada lelaki, "salah ke kalau lelaki tak pandai jadi imam?" Ha, camne jawapan korang?
Walaupun keduanya adalah perkara yang berlainan, tapi mempunyai satu point yang sama iaitu KEMAHIRAN.
Kalau perempuan tak tahu masak, kenalah belajar. Bila dah belajar, mesti kena mahir. Bukan setakat masak untuk satu family tapi boleh masak untuk satu rombongan bas. Sama juga dengan jadi imam. Kalau tak tahu, boleh belajar. Dari mejadi imam untuk sebuah family, bila dah mahir boleh jadi imam untuk satu jemaah kat masjid pulak kan?
Moralnya, jangan salahkan perempuan bila mereka tak pandai memasak dan jangan salahkan lelaki bila mereka tak pandai jadi imam. Yang penting, niat ingin belajar tetap ada. Jangan menunding jari pada orang lain selagi tak cermin diri sendiri dulu..Salam.
*alhamdulillah, aku xla dikategorikan dalam kategori perempuan yang tak tahu masak walaupun hidup aku tak lari dari perkataan "tinggal di asrama"..
Wednesday, October 29, 2008
..::My 1st Award::..
Tak sangka baru berapa bulan aku create blog ni, aku dah dapat award. Jangan salah faham ok. Ni award sebagai tanda persahabatan dan kesetiaan aku yang slalu view blog si zara ni. Tak delah selalu sangat pun.hehe..So, guys..good morning!!!have a good day and take care always..
Tuesday, October 28, 2008
..::Kisah April FOol::..
Semalam aku tak dapat tido. Puas aku pujuk mata aku ni tido cz ari ni aku ada kelas yang begitu membosankan dan susah nak faham. Sambil sambil nak tido tu aku kenang balik masa zaman persekolahan aku dulu. Kelakar, sedih, takut, sume ada. Ok2 aku dah lari tajuk ni.
Nak mula kan cite,tahun 2002 or 2003 masa aku sekolah teknik dulu aku sertai kadet polis. Dapat pangkat sarjan lagi tau. Bukan nak riak ok.. Aku ada 3 orang sahabat baik masa sekolah dulu. Ke mana aku pergi mesti berempat. Apa apa projek,mesti buat sama sama. So, hujung bulan Mac, aku dan kawan kawan aku ni dah rancang satu plan baik punya untuk kenakan 1 student laki kelas mekanikal ni. Aku bagi nama Z je k. Z ni pun anggota kadet polis gak tapi ala-ala control macho.hehe..
Dalam seminggu before April Fool, aku ngan kawan kawan dah pakat buat surat cinta kat Z ni. Kami gunakan nama RIMIEILYA tu sebagai empunya surat tu sempena nama belakang kami berempat,(RI-nama aku, MIE- fizieyatul aMIEra,IL-ezatil atILla dan YA-surYAntie). So, dapatla nama RIMIEILYA.
Masa sekolah dulu, meja kami kena balut dengan plastic wrap. So, salah sorang dari kawan aku ni akan selitkan surat cinta warna pink kat meja Z ni. Adalah dalam 4,5 pucuk surat kot. Ayat berbunga bunga lagi. Setiap hari mesti ada surat warna pink dari kami. Sampaikan 1 hari sebelum April Fool,kami stop bagi surat tu. Si Z ni ada cite kat kami masa latihan kawad kadet polis tapi kami buat buat tak tahu je. Tapi dalam hati dah gelak sakan kat Z ni.
Tertunggu juga Si Z sebab sehari tak ada surat dari peminat misteri. Masa April Fool tu la kami bagitau perkara sebenar melalui surat berwarna pink dan niat kami hanya nak kenakan dia sempena April Fool. Si Z ni marahkan kami, seminggu tak tegur. Hihi..nakal kan? Kami suka sakat Z ni sebab dia control macho sangat, konon tak layan perempuan yang dia tak kenal tapi best berkawan dengan dia.
Apapun, aku dah mintak maaf sebelum persekolahan aku tamat dulu. That memory yang buat aku rindu nak bersekolah balik tau. Kepada Z, u r the best buddy. Sekarang dah lost contact ngan Z. I miss u, all my friends
Monday, October 27, 2008
..::Makan::..
Lepas solat subuh pagi tadi aku stay kat depan laptop. AKtiviti rutin aku adalah kemaskini email, view blog dan friendster sambil breakfes. Dah beres sume rutin tu, baru aku buka folder assigment dan teruskan apa yang yang tertangguh. Malam semalam aku dah buat pengiraan untuk kira profit bagi layout aku yang dulu. Ingat lagi tak? Kira punya kira, ada error sikit. Terpaksalah kira semula.
Around 12 aku dah siap siap nak ke cafe. Isi perut aku yang dah berbunyi dari pukul 10 tadi. Cepat betul lapar. Gemuk, tak juga. Dalam perjalanan, dah terbayang lauk apa aku nak amik nanti.. Sedapnya bila dapat makan makanan yang betul betul kena dengan selera aku. Nyum..nyum..
Lepas zohor, aku siapkan assignment aku lagi. Time tengah mengira tu, sempat lagi dalam kepala fikirkan pizza hut. Kawan aku cakap ada menu baru untuk couple. Bestnya. Teringat lak hutang aku dengan dia masih berbaki 1. Cuti nanti mesti bayar balik.Kalau dapat makan ni, syoknya..
Sunday, October 26, 2008
..::18 Petua Mengasihi Teman Hidup::..
1. Setiap manusia mudah terangsang melalui penglihatan mata. Pakailah pakaian yang menarik tertarik de boom perhatian pasangan anda. Lemparkan senyuman yang bermakna dan ikhlas. Berdandanlah dengan sempurna dan selitkan jelingan-jelingan manja.
2. Kepulangan pasangan anda ke rumah dari outstation/ tempat kerja perlu disambut dengan gembira. Mana kala jika pasangan anda keluar dari rumah, hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaannya. Jangan lupa untuk amalkan bersalaman dan berciuman ketika pasangan anda pulang/mahu meninggalkan rumah.
3. Nyatakan rasa sayang anda kepada pasangan setiap hari (ILOVEU 23X kebaboom), walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.
4. Sentuh dan belailah pasangan anda selalu. Curi-curi mencium pasangan anda ketika tidak dilihat oleh orang lain. Pegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan. (sure romantik bangat)
5. Amalkan masuk tidur bersama pasangan anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga. Untuk itu, isteri berperanan menidurkan anak-anak lebih awal.
6. Jika anda meminta pertolongan dari pasangan anda dan pasangan anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk. (karang tak pasal2 kena pujuk)
7. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan pasangan anda, pasangan anda mungkin merasa kurang senang.
8. Selalulah memicit-micit dan mengurut pasangan anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya. Jangan sekali mengatakan pasangan anda busuk, pengotor, selekeh, mulut berbau, banyak jerawat atau kata2 yg tidak sepatutnya dilemparkan, kerana hati pasangan anda akan tersentuh apabila anda berkata2 demikian.
9. Apabila anda masuk tidur bersama pasangan anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersamanya. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa “hanya kaulah satu-satunya yang ku cingtai”.
10. Elakkan bercerita mengenai pasangan anda kepada orang lain, terutama sekali perkara yg boleh menjatuhkan air muka pasangan anda. Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi pasangan anda.
11. Sekiranya pasangan anda berhajat untuk “bersama” anda, layanilah ia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda. Banyak perceraian, kecurangan atau kes poligami berpunca dari sikap pasangan yang kurang faham dengan keperluan pasangnya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan pasangan anda berasa bosan.
12. Ketika pasangan anda sakit, tunjukkanlah kesungguhan anda untuk merawatnya dan membangkitkan semula semangatnya, melahirkan kesedihan anda dan harapan anda agar dia lekas sembuh. Dia akan ingat kepada anda dan begitu mengasihi anda kerana dia tahu bahawa anda bukan saja mengasihinya sewaktu dia sihat. Jangan biarkan pasangan anda kesakitan sendiri. Sesungguhnya dalam keadaannya sakit dan anda pula tidak sikit pun menghiraukannya, hati pasangan mudah berkata ‘inginkan
seseorang yg dapat membantu’. Jangan la hanya ingin senang bersama, bila susah tidak hiraukan. Pemikiran lelaki khususnya, tak dapat di baca apabila umurnya 40-an.
13. Apabila pasangan anda meninggal dunia, jagalah anak-anak dengan baik serta berterusanlah menjaga silaturrahim bersama keluarga pasangan anda. Kepada isteri, jika anda melakukan demikian, teruskan la, mudah-mudahan anda akan menemui suami anda disyurga. Sesungguhnya yang paling penting, hormat la suami anda walaupun dia sudah tiada, jangan sekali di caci-keji.
Petua tambahan khusus bagi isteri-isteri yang pengasih..
14. Uruskan perihal suami dari segi pakaian dan makanannya. Bagi isteri yang berkerjaya, selalulah memasak untuk suami. Elakkan suami anda dari selalu makan di luar, kerana air tangan seorang isteri dapat mengeratkan kasih sayang terhadap sesebuah keluarga. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama nafsu batinnya dan kedua nafsu makannya.
15. Ketika suami menghadapi masalah, jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami berdukacita. Walaupun isteri bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.
16. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya. Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda dan suami akan merasakan kenikmatannya.
17. Sesekali, ajaklah pula suami anda berjima’. Jika anda merasa malu untuk menyatakannya, lakukan godaan dengan halus. Biasanya seorang lelaki akan memahami tanda-tanda anda memerlukan jima’. Ini akan membuatkan suami anda merasa bahawa dia diperlukan.
18. Apabila anda bersetubuh dengan suami anda, janganlah biarkan dia bersendirian melayarkan bahtera, sedangkan anda cuma menyuakan tubuh anda untuk disetubuhi dalam keadaan mahu tidak mahu. Hal ini akan sungguh mengecewakan suami anda. Dia akan merasa bahawa dirinya tidak dihargai, sedangkan pada fikirannya persetubuhan itu ialah jalinan kasih dua jiwa yang memanisfitasikan cintanya.




