Teman-teman

Saturday, October 31, 2009

..::Jom Jalan::..


Aku dengar ramai kawan2 satu universiti aku dulu mengalami krisis hidup. Aku ingatkan aku sorang je yang ada rasa camtu. Rupanya kami serupa. Musim orang berkrisis ke?


Hari minggu yang bosan. Walaupun duit dah penuh purse *tipu je*, tapi duk terperap kat bilik sesorang sambil menghadap journal yang bertimbun. Dah bosan membaca, hadap series kejap sambil makan-makan megi. Aik, kata duit dah kembung purse, tapi makan megi je. Ye, aku makan megi je untuk lunch arini. Kes malas nak turun kafe sorang2 n makan sorang2. Ala..makan megi kat bilik pun sorang2 gak. Ape aku melalut ni??


Ni la perangai orang yang bosan. Kalau turun beli lunch kat kafe, sure takde choice. Maklumla hari minggu. Banyak kafe tutup. Tak bestnya. Tak macam kat UTM dulu. Macam-macam ada. Kalau aku bosan hujung minggu pun, paling tidak aku akan merayau sorang2 window shopping sampai lenguh kaki. Hari untuk merelakskan diri. Itu istilah aku. Pelik ke jalan sorang2 kat shopping complex? Maybe bagi orang lain, tapi aku ok je. Walaupun berulangkali dan tempat yang sama,aku tak pernah bosan pun.


Nak kuar!!!! Bosan duk bilik sorang2. Jom main bowling *macam pandai je.hehe..* Aku rasa nak g pantaila petang ni. Boleh tak?? Jomla..jomla..best tau main air laut. Tenang je..Ada sesape nak ikut tak? Boleh jadi teman aku berceloteh sepanjang jalan. Woah,best2.



Thursday, October 29, 2009

..::Siapa KAWAN dalam Hidup Lelaki::..

Dua malam lepas (baca : tengah malam), saya menikmati makan malam (baca : supper) berseorangan di Kedai Mamak Ayub di Taman Universiti. Tempat yang saya tuju untuk menikmati sotong berempah (baca : kari) yang sedap dan agak murah.

Sedang asyik makan dan hanyut dengan bacaan Mastika, tiba tiba datanglah dua manusia, lelaki dan perempuan.

“Aku dahagalah. Nak sikit boleh?”

Tak sempat nak kata apa, sudah diteguknya air nescafe tarik saya. Eishhhh. Kawan saya, KC dan bakal tunangannya.

Selepas itu bermulalah cerita antara lelaki dan lelaki. Saya suka cara penerimaan si wanita, dalam kelembutan dan kemanjaannya dia berkata

“Memang menjadi lumrah lelaki, bila bertemu
kawan, lupa segalanya. Kita ni, orang perempuan, kenalah pandai
sesuaikan diri. Tak gitu abang?”

Sambil tersenyum manis pada si KC.

Argkhhh, hancur luluh hatiku ini, bila melihat kemesraan mereka. Aduhhhh, kena kahwin nih…

—–

Apapun, benar apa yang dikatakan oleh bakal tunangan si KC itu. Lelaki akan jadi lemah dan kosong tanpa teman-teman sekepala, malah menjadi cepat bosan. Betul tak lelaki?

Seperti perempuan juga, jika bertemu kawan perempuannya, memanglah satu atau dua jam duduk berbual. Namun, tanggungjawabnya sebagai perempuan, anak, isteri., dan kekasih orang tetap tak terabai. Hebatkan perempuan ni?

Pernah lihat tak dikampung-kampung, mahupun di bandar. Lelaki-lelaki banyak menghabiskan masa di kedai-kedai kopi, atau nama inggerisnya cofee house di bandar-bandar. Nak pula, jumpa rakan sekepala, menonton pula Barclays ataupun Kelayakan Euro, dengan air panas yang dihirup, ia umpama candu yang melalaikan. Tak sedar dengan masa dan sebagainya. Bagi seorang lelaki, inilah masanya untuk mententeramkan jiwa.

Bukan tidak boleh berada dirumah. Bahkan di rumah, ada yang pasang segala hifi, Astro berpuluh-puluh saluran, sistem teater rumah, cumanya, di rumah, keghairahan untuk menonton kurang. Tiada siapa yang boleh di ajak bertukar pandangan. Agak-agaknya, bila di tanya si isteri sebegini apa jawabnya?

“Agak-agaknyalah, dengan formasi 4-4-2 yang Sir Erickson buat dahulu, mampu atau tidak pasukannya menang?”

Mungkin jawapan si isteri.

“Alah, abang ni, manalah kita tahu benda tu”

Jika dalam keadaan manja. Tetapi, jika dalam emosi yang menguasai.

“Tu dah mula dah tu. Nak buat alasan pergi kedai mamak la tuhhh”

Hummm…

Begitu juga dengan topik perbincangan. Jika sesama lelaki, banyak sungguh topik yang dapat diutarakan, politik, agama, kehidupan, sukan, informasi terkini, teka-teki… dan banyak lagi….

Manakala sesama perempuan pula, banyak diceritakan mengenai perihal keluarga, masakan, gossip panas, banding-banding (anak, baju, dsb.), dan 1001 macam lagi.

Cuma satu sahaja yang lelaki tiada, umpatan yang berevolusi. Daaaaa…. Istilah baru ni. Ia membawa maksud, lelaki dan perempuan suka juga mengumpat ni. Tetapi, sesama lelaki, benda tu diterima dalam banyak keadaan, dan jarang ianya berkekalan. Bila habis umpatan, senyaplah..

Tetapi, antara perempuan. Tu dia aihhhhh!!!! bak kata orang Kedah. Selagi boleh disebut salasilah keturunan suku sakat susur galur cerita, selagi tu lah tak pernah habis… Pernah dengar atau tidak pernyataan di bawah….

“Patutlahhh, dulu kau tahu tak, anak si Tijah
tu macam bohsia dah aku tengok, sekarang masa nak kahwin baru tahu nak
cari ubat pulih dara!”

Walaupun tak sama, lebih kurang bukan? Hehhehe…

Apapun, berilah masa untuk lelaki bertemu dengan kawan-kawan sekepala mereka. Kawan sepejabat, tak semestinya sekepala. Kalau perempuan yang jadi suri rumah, banyak masa untuk berbual sebenarnya. Masa beli sarapan di kedai, masa sidai baju, masa lepak-lepak petang bawah pokok, masa ambil anak dari sekolah, masa tunggu suami balik rumah, dan banyaklah masa lagi…

Ada akak tu siap boleh main game lagi…. Kalaulah suami balik, muka macam Mario Bros. baru tahu….

Akhir kata, perlu ada timbal balik dalammemahami sikap lelaki ini. Lelaki hidupnya mudah, apa yang dia suka, cubalah fahami. Bukan semuanya perlu dipenuhi, cukup sekadar faham, jantina lelaki ini lain sifatnya dengan wanita. InsyaAllah, dia akan bertambah sayangkan si perempuan. Jika ingin menegur hobinya bertemu rakan-rakan, pandai-pandailah menuturkan bahasa yang tidak menyakitkan hatinya.

Yang lelaki pula, perlulah faham si perempuan, berilah masa bersama si perempuan, sekurang kurangnya 1 atau 2 jam sehari, mendengar kisahnya. Perempuan juga mudah dikasihi. Percayalah, lelaki yang mampu menjadi seorang pendengar yang baik, adalah lelaki yang amat disanjungi wanita. Percayalah! Mereka bukan perlukan penyelesaian, mereka hanya perlukan perhatian..



..::8 Cenderahati Paling Berharga::..

Cenderahati yang akan dinyatakan ini tidak dijual dimana-mana kedai atau pasaraya. Anda tidak perlu membeli malah boleh menghadiahkannya pada setiap saat dan hari. Namun begitu, kelapan-lapan cenderahati ini adalah yang paling terindah dan tidak ternilai bagi orang-orang yang anda sayangi.


1)Kehadiran.
Kehadiran orang yang dikasihi ialah satu cenderahati yang tidak ternilai harganya. Selain itu, anda juga boleh menggunakan cara berutus surat, telefon,gambar atau faks. Sekurang-kurangnya anda sentiasa berada disisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh dan intensif, Oleh yang demikian, kehadiran yang anda wujudkan juga adalah sangat penting. Jadikanlah kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.


2)Mendengar.
Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini, sebab kebanyakan orang lebih suka didengarkan daripada mendengarkannya. Sejak dari dahulu lagi kita ketahui bahawa sikap saling sedia memdengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.

Berikan cenderahati ini untuknya, dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung anda juga telah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul-betul selesa dan boleh menangkap setiap apa yang akan disampaikan. Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela, mengkritik, apalagi mengulasnya. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan yang tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih pun, sudah cukup memadai untuknya.


3)Diam.
Seperti kata-kata. di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain, tetapi lebih daripada segalanya. Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya ‘ruang’. Keterlaluan jika sehari-hari kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik bahkan membebelnya.


4)Kebebasan.
Mencintai seseorang bukan bermakna memberi kita hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah kita mengaku kita mencintai seseorang jika kita selalu menyimpannya dalam hati? Memberi kebebasan adalah salah satu perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih dalam daripada itu, memberi kebebasan ialah memberikan kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukan olehnya.


5)Keindahan.
Siapa yang tidak bahagia, jika orang yang sayangi tiba-tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga merupakan salah satu cenderahati juga. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari! Kecantikan diri ialah lambang peribadi, anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, vas dan bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan yang berhias indah.


6)Tanggapan Positif.
Tanpa sedar, kita sering memberikan penilaian negatif tehadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang kita sayangi. Seolah-olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya kepada kia. Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cubalah ingat, berapa kalikah dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya demi anda. Cuba ingatkan semula pernahkah anda memujinya. Kedua-dua hal itu ialah hadiah cenderahati yang sering tidak dilupakan.


7)Sedia Mengalah.
Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan yang hebat. Seharusnya anda perlulah pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga menjadi kucar-kacir hanya disebabkan persoalan itu? Apabila anda ada memikirkan hal ini, bermakna anda telah bersiap sedia untuk memberikan cenderahati kepadanya atas sebab sedia mengalah. Anda tentu akan merasa kesal atau marah jika sidia tidak menepati janji, tepai jika kesalahan itu ialah kali pertama, kenapa itu dijadikan punca pertengkaran anda hingga berlarut-larutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat meluntur rasa sakit hati dan menyedarkan kita bahawa tidak ada satupun manusia yang sempurna di dunia ini.


8 ) Senyuman.
Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan yang luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika keresahan. Senyuman juga merupakan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling kita. Bilakah hari terakhir anda menghadiahkan senyuman manis??


Hadiahkan lah cenderahati ini kepada sesiapa sahaja yang anda ini berikan…

Semoga hidup anda akan lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.



Wednesday, October 28, 2009

..::Ulser::..


Hari Rabu dah pun. Petang ni kena jaga test untuk subjek transportation. 5pm-7pm. Soalan test pun belum amik lagi. Semalam malas nak kuar + tak berapa sihat. Hari ni nak tak nak kena gi amik gak. Malasnya. Camne nak bercakap ngan sv nih?


FYI, dah 3 ari aku tak dapat cakap banyak. Sebabnya...ada ulser yang besar kat lidah aku. Wuu..sakit tu. Hanya bubur nasi je yang aku leh telan semalam. Arini tak tahu lagi. Masa breakfast pagi tadi pun punyala seksa nak telan sekeping roti. Tu pun dah cicah ngan air tu. Rasa cam nak nanges je. Sadis betul makan sambil kuar air mata kan? Nak,nak kalau ulser tu bergesel dengan gigi. Ya ampun...sakit sangat. Semoga dengan kesakitan ni dapat menghapus dosa-dosa kecil aku. .amin.


Hope sakit ni tak lama. Yela, yang kenanya kat dalam mulut tapi 1 badan tanggung sakit. Mulala nak guling je. Ehe..alasan. Takdela sampai terbaring je kan. Sakit-sakit pun kena wat keje. Due date dah dekat ni. Nanti tak sempat siap plak.



Tuesday, October 27, 2009

..::Makan untuk Hidup, bukan Hidup untuk Makan::..


Waa..tak bestnye rasa. Bila elaun nak masuk ni. Dah hujung bulan pun. Camne nak survive untuk 5 ari lagi ni? Terpaksa korek tabung la jawabnya kalau camni. Ish, tak suke la korek2 tabung ni. Sampai bila nak penuh kan kalau asyik korek je. Baru nak penuh, dah surut balik. Ehe..Buat masa sekarang ni kena berpegang pada motto "makan untuk hidup", bukan "hidup untuk makan" okey..


Ntah pape je aku tulis kan? Korang layan jela ek. Aku jadi ting tong sekejap nih. *padahal tak tahu nak up date apa..hehe*


Macam mana dengan misi aku?? Jeng..jeng..jeng.. Mesti korang tertanya tanya kan. Yela, aku dah up date blog ni, mesti dah berjaya misi aku tu. Betul tak?? Hahaha..salah2. Misi aku tu masih belum selesai. Terpaksa ditangguhkan sehingga pertengahan bulan depan kerana ada masalah skit. Nevermind. Wat masa ni aku leh la fokus pada benda lain dulu.


Sekarang ni tengah addict dengan COFFEE PRINCE la plak. Tak sabar nak tau ending dia. Walau dah mengantuk sekali pun, sanggup teruskan sampai abis. Tinggal 5 episod lagi nak khatam.haha..


Study?? So far, ok je. Ada gakla progress walaupun tak banyak. Kena siapkan sebelum pertengahan bulan depan. Chayok2..
Ada masa 2 bulan je lagi sebelum symposium. Waa..ngerinya dengar. Takleh main-main dahla.


Tu je aku nak kongsi. Nanti aku up date lagi k. Ada yang aku nak kongsi dengan fellas sume. stay tune..



Friday, October 23, 2009

..::Zodiak Cinta::..


Januari
- Mudah jatuh cinta. – Mudah melupakan perasaan cinta terhadap orang yang dicintai sekiranya dikhianati.
- Pandai mengambil hati pasangannya. – Selalu berdiam diri ketika bertemu dengan pasangannya.
- Bersikap romantik tapi tidak pandai memperlihatkannya.
- Sikap cemburu yang tinggi terhadap pasangannya tapi tidak kisah sekirannya pasangannya cemburu terhadapnya
- Bakal jadi seorang bapa atau ibu yang penyayang.
- ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan kerja

Februari
- Sukar untuk jatuh cinta .
- Amat hormat kepada pasangan.
- Amat suka memikat pasangan.
- Jujur dan berterus terang dalam perhubungan.
- Sentiasa nekad untuk bersama dengan pasangannya
- Sangat romantik pada dalaman dan bukan pada luaran (hanya pasangannya yang tahu) .
- Patuh kepada pasangannya dan selalu menjaga hati pasangan.
- Amat menjaga penampilan diri dan pasangannya.

Mac
- Mudah menawan hati pasangannya.- Sentiasa ingin didampingi oleh pasangannya.
- Sangat pemalu dalam meluahkan isi hati.
- Sangat baik dalam menjaga perhubungan.
- Amat sukar melupakan pasangan yang dicintai.
- Perasaan cemburu yang minima.
- Sangat manja dan sering ingin dimanjai pasangannya.
- Mudah memilih pasangan tanpa berfikir dengan waras.
- Sentiasa mengharapkan keistimewaan dari pasangan.

April
- Individu yang amat sukar untuk jatuh cinta.
- Selalu memendam perasaan terhadap individu yang dicintai.
- Sukar dan malu dalam meluahkan isi hati.
- Sentiasa ingin diberi perhatian.
- Amat cemburu dalam perhubungan.
- Kesetiaan teguh terhadap pasangannya.
- Emosi cepat terusik dan mudah terluka.
- Sentiasa menjaga hati pasangan dan pandai memujuk.
- Romantik dan terlalu romantik.
- Sukar melupakan pasangan walaupun dilukai.
- Sukar berlaku curang dan amat menyayangi pasangan.

Mei
- Amat mudah jatuh cinta.
- Baik dan jujur dalam perhubungan.
- Pandai menarik hati pasangan.
- Perasaan cinta yang mendalam.
- Mudah untuk di pujuk.
- Mudah menerima cinta seseorang.
- Pilihan yang tepat dalam berpasangan.
- Nekad untuk menjaga hubungan yang baik.
- Pandai mengatur hidup pasangan (bukan Queen Control atau King Control) .
- Suka mengangankan sesuatu yang indah bersama pasangan.
- Sentiasa dahagakan kasih sayang dari pasangan tapi tak pandai memperlihatkan.
- Ambil berat dalam menjaga hubungan.

Jun
- Amat pandai menjaga hati pasangan sekiranya dia perempuan.
- Sukar melukai dan memahami hati pasangan.
- Mudah jatuh hati tapi terlalu memilih.
- Cerewet dalam hubungan.
- Selalu beremosi.
- Mudah merajuk dan mudah di pujuk.
- Selalu melindungi pasangan dari kritikan atau umpatan orang.
- Elok untuk menjadi Ibu yang baik.
- Dahagakan pujian dari pasangan.

Julai
- Amat suka didampingi pasangan.
- Sukar dimengerti oleh pasangan.
- Sentiasa menjaga maruah diri, pasangan dan perhubungan.
- Amat mudah dipujuk dan berterus terang.
- Amat menghargai kesetiaan pasangan.
- Mengambil berat dan mengasihi pasangan
- Berkebolehan untuk meluahkan isi hati terhadapindividu yang dicintai.
- Mudah terluka dan lambat untuk pulih.
- Suka merajuk dan dipujuk.
- Setia terhadap pasangan.
- Suka mendengar dan tidak suka membantah.
- Cemburu terhadap pasangan.
- Suka menilai dan menjaga perhubungan.

Ogos
- Pandai memujuk pasangan
- Suka memimpin pasangan.
- Romantik, Pengasih dan Penyayang.
- Kelam kabut dalam perhubungan.
- Sangat sensitif .
- Mudah meluahkan kata cinta pada sesiapa yang berkenan.

September
- Bersopan dalam hubungan.
- bertolak ansur terhadap pasangan.
- Suka mengkritik pasangan.
- Sangat prihatin terhadap pasangan.
- Sangat sensitif dan emosi.
- Pandai memahami pasangan.
- Kurang menunjukkan perasaannya terhadap pasangan.
- Sukar melupakan sekiranya hati terluka.
- Mudah simpati dengan perasaan dan masalah pasangan.
- Pandai menyimpan perasaan.
- Suka berterus terang jika perkara itu tak disetujuinya.

Oktober
- Amat suka berkomunikasi dengan pasangan.
- Suka disayangi dan menyayangi pasangan.
- Sopan terhadap pasangan.
- Jujur dan jarang berpura-pura dengan pasangan.
- Mudah terluka hati sekiranya pasangan ada melakukan kesalahan terhadapnya.
- Emosi yang mudah terusik.
- Pengasih, Penyayang terhadap pasangan.
- Cemburu dan terlalu cemburu.
- Romantik
- Memahami pasangan.

November

- Cermat dan teliti dalam menjaga perhubungan.
- Amat berahsia dengan pasangan dan sesiapa.
- Agak degil dan kuat pendirian.
- Mudah ambil berat terhadap pasangan.
- Emosi yang mendalam.
- Perangai tidak dapat diramal terhadap pasangan.

Disember
- Pemurah terhadap perhubungan
- Mudah jatuh cinta dalam masa yang sama.
- Tergesa-gesa dalam perhubungan
- Suka didampingi oleh pasangan.
- Benci bila dikongkong.
- Berbakat untuk kahwin lebih dari satu.(Utk Lelaki)
- Suka mempengaruhi pasangan.

Sumber : PreetyPreetyWow


rimieilya say: hanya untuk renungan bersama. Mungkin tepat bagi diri anda, mungkin tidak. Just for fun. Buat masa ni, entri-entri sebegini yang akan dipaparkan ok. Selagi mission tak tercapai, takdela entri about tuan punya blog. Kalau tak update,nanti berabuk plak..ehe