Teman-teman

Thursday, February 25, 2010

..::Batal Lagi::..


Sekali lagi rancangan terpaksa dibatalkan. Rancangan ke LUMUT hanya tinggal rancangan. Hujung minggu ni aku terpaksa berjemur di bawah terik mentari untuk menjadi mak guard bergaji. Haha..


After class tadi, supervisor mengumumkan hujung minggu ni bakal ada fieldwork di hadapan pintu masuk UTP dan juga simpang Taman Maju. Alahai, lenyap program aku. Dahla tadi kelam kabut sediakan bahan untuk survey sendiri, ditambah plak dengan menyediakan kelengkapan untuk aktiviti hujung minggu ni. Takpela..demi adik-adik transport tersayang, akak rela.


Minggu depan pun ada lagi tapi rasanya aku taknak terlibat kot untuk minggu depan. Biar Rafi plak take over. Haha..tu la,sape suh tinggal aku sorang-sorang buat keje..Baru plan nak raging junior master. Dah tak jadi. Huhu..


Ok, mahu bersiap untuk mengajar malam ni plak. Pasti tergelak tengok gelagat mereka malam ni..


Ops,lupa plak...SALAM MAULIDUR RASUL untuk semua blogger dan selamat bercuti!!!



Wednesday, February 24, 2010

..::Lumut::..


Lama plak takde entri baru. Mood malas nak up date dah datang, tu yang berhabuk je blog ni. Mujur gak ada pelawat yang datang jengah. Boleh gak tolong bersihkan sawang-sawang segala..


Pagi ni cuaca baik sangat. Hujan lebat mencurah, mendamaikan hati melihat. Hijau hutan di jendela menyejukkan mata yang lelah. Tak selalu dapat merasai cuaca macam ni sejak dilanda panas yang melampau kebelakangan ni. Syukur nikmat Tuhan.


Semalam, aku mendapat perkhabaran dari teman lama. Reunion SKDP terpaksa ditunda atas sebab-sebab tertentu. Huhu..baru plan nak jumpa kawan-kawan lama sekaligus sambut hari lahir aku dan teman lelaki yang hari lahirnya jatuh pada hari ini. Tak kesampaian. Camnila lumrah hidup. Apa yang dirancang tak semestinya berjalan seperti yang dirancang. Tuhan Maha Mengetahui. Mungkin kalau kami jumpa juga, ada sesuatu yang buruk berlaku..siapa tahukan.


So, plan hujung minggu ni bertukar. Plan awal nak ke Lumut untuk jalan-jalan ke sana bersama teman lelaki. Tapi tak manis plak kalau hanya berdua. Ajak rumate barangkali. Lumut...tunggu kedatangan kami..



Saturday, February 20, 2010

..::Kisah Februari::..


13 Februari 2010
Perjalanan balik ke Terengganu. Ni first time aku balik secara 'car pool'. Seronok beb..Selama ni balik Terengganu drive sesorang je. Bosan yang amat. Kali ni perjalanan agak menarik sebab banyak persinggahan. Aku, Nabil, Rose dan Kak Syuk merentasi Utara ke Timur..

Persinggahan pertama adalah di Sungkai..anta Kak Syuk balik rumah mak mertua dia. Tak sangka plak rumah mak mertua dia dekat sangat dengan Hot Spring Sungai Klah. Lain kali leh lepak sana la..

Persinggahan kedua adalah di Gebeng..anta Rose plak kat kuarters guru. Jauh gak rumah Rose ni rupanya. Aku dahla tak pernah sampai Gebeng. Selalu dengar nama je. Kali ni baru dapat tengok sendiri tempat tu.

Persinggahan ketiga plak, of course la rumah aku. Hehe.. Nabil? aku angkut skali ke rumah aku..sebabnya rumah dia kat Kuala Terengganu. So, tunggu parent dia datang amik kat rumah aku la. Tak larat aku nak drive lagi selepas 9 jam aku drive sorang. Huhu..patah kaki koi..

Itu je untuk hari tu


14 Februari 2010
Orang kata hari ni hari kasih sayang. So, nak menunjukkan hari kasih sayang sedunia..familiy aku wat Family Day. Best sangat..Ops, ada ahli baru masa family day ni..Jeng,jeng,jeng..cuba teka siapa??



Lokasi: Bandar Kuantan
Masa: 1200-2300
Aktiviti: Karaoke + Bowling


15 Februari 2010

Lokasi: Hutan Lipur Cemerung
Masa: 0900-1300
Aktiviti: Mandi manda + berkelah


Sambungan family day hari semalam. Kali ni dalam Terengganu saje. Mula-mula plan nak pegi Air Terjun Sekayu, tapi memandangkan jaraknya agak jauh dan bakal kakak ipar akan pulang pada malam harinya..plan bertukar kat Air Terjun Cemerung je. Lagi pun dekat dengan rumah..


16 Februari 2010
Hari ni plak hanya aku je yang terlibat. Tapi aku bawa gakla adik aku sorang ni sebab acaranya akan berakhir di malam hari. Takut plak aku nak drive balik sorang tengah malam. Reunion SMKDM kat Kuala Terengganu. Tak ramai yang dapat hadir memandangkan masing-masing ada komitmen sendiri. Ni jela antara yang ada masa nak join.. Next time leh wat lagi..


Lokasi: Motel Desa, Kuala Terengganu
Masa: 1100-2100
Aktiviti: Gathering SKDM+SMKDM


17 Februari 2010
Aku dah bertolak balik UTP time ni. Sorang-sorang je..Dalam perjalanan balik ni, aku accident plak. Sile rujuk entri sebelum ni ok..Malas dah nak cite. Nanti aku angin plak..


Ok..tamat cuti-cuti di bulan Februari. Next month nak pegi mana plak ek..Owh, lupa. Belum abis lagi la. Hujung minggu depan ada reunion SKDP plak. Ni la susah bila banyak sekolah ni. Tu belum masuk SKKS, SEMTED, KMPH, UTM..huhu.. Its ok,jauh perjalanan luas connection. Betul tak? Hehe..


notakaki:kes wat gambar kecik2 sebab malas nak upload gambar satu-satu.
nanti panjang plak entri aku..
nak tengok besar-besar, klik kat gambar tu k..
hehe


..::Accident::..


Lama plak rasanya tak menulis. Mood tak de bila dah sampai kat UTP ni. Maybe sebab accident masa on the way balik sini kot yang buatkan aku malas je nak menaip. Tak pun sebab kat rumah dah puas main internet. Btw, rumah aku dah ada internet. Pasni boleh la berhubung tanpa batas. Kalau tak tu, leceh je rasa nak kena pegi CC. Huhu..


CIte pasal accident baru ni, taklah teruk mana pun. Tapi yang buat aku panas tu, kerana kesalahan orang lain..buah hati aku plak yang kena. Mujur kereta yang aku terlanggar gara-gara nak mengelak kereta AGE4213 tu tak suh aku bayar ganti rugi ke apa. Ish..ni la lelaki. Dah rasa pandai sangat la tu bawa keta sampai peraturan pun taknak ikut. Geram betul..


Haa..aku nak cite pasal cuti-cuti aku kat rumah hari tu. Tapi aku rasa better aku buat 1 entri baru yang penuh dengan gambar je.. Aku malas la nak menaip satu-satu..Biar gambar yang menceritakan segalanya. Hehe..


Ok..Stop here. Selamat berhujung minggu!!



Monday, February 15, 2010

..::Home Sweet Home::..


I'm currently at home sweet home. Yeah, seronok sangat bila dapat berkumpul ramai-ramai kat rumah. Tak sangka plak cuti raya cina ni, abang ngah dan adik-adik yang lain ada kat rumah. Meriah sangat. Cuti aku pun terisi dengan aktiviti yang menarik. Sampai tak sempat aku nak buat soalan kuiz untuk student aku. Hehe..


Bila time cuti, sekejap je masa berlalu kan..Rabu ni dah nak balik Ipoh semula. Haih..berat betul bila fikir nak balik.


Hari Sabtu lepas, buat pertama kalinya aku balik beramai-ramai. Seronok bila ada orang teman balik jauh-jauh. Takla rasa penat sangat dan mengantuk walaupun aku sorang yang drive. 9 jam tu.. Bila sampai rumah, baru rasa letih yang amat.


Nanti aku up load pics cuti raya cina aku ek. Malam ni rasanya tak sempat je *padahal, malas nak cari usb hand-phone*. Nanti aku transfer pics kat hand-phone dulu ye. Baru lepas menonton movie SANTAU bersama family. Jalan cerita yang menarik dan ceritanya pun takdela slow je. Banyak part yang menggeli dan meloyakan tekak aku. Uwek..uwek..hehe..Aku suggestkan sape yang tak tengok lagi cerita ni supaya tonton. Best...


Oklah. Time to sleep. Esok nak pegi reunion sekolah plak. Wee..tak sabarnya. Will up-date it soon..



Saturday, February 13, 2010

..::Entri ke 330::..

Ini entri aku yang ke 330. Kenapa aku pilih entri ke 330? Kenapa tak pilih yang ke 100 ke, ke 120 ke..bla..bla..bla..*ikut suke hati tuan punye blog la kan*. Hehe..takdela. Aku rasa cam nak buat sumthing yang dah selalu blog lain buat iaitu.....GIVEAWAY


Yezza..sempena entri ke 330 dan sempena birthday aku yang bakal tiba 15 hari lagi, aku dengan murah hati nya nak bagi hadiah pada sesape yang berjaya menambat hati aku.


Syaratnye mudah je..

1. Terbuka kepada followers diaRi_haTiku sahaja. So, sesape yang belum jadi follower..sile berbuat demikian sebelum menyertai giveaway ni okies
2. Ceritakan mengenai mengapa anda suka baca blog diaRi_haTiku. Paling kreatif akan dipilih.
3. Linkkan blog ni di blog list anda
4. Tinggalkan komen beserta link dan email anda.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada
01032010


notakaki:Pemenang akan diberitahu pada 03032010 iaitu sempena besday my mum.hadiah telah pun disediakan.