Teman-teman

Tuesday, December 11, 2012

..::Sila Redha Bila Bekerja Di Hari Cuti Umum::..

Mood bekerja arini cuma 50% je. Dalam kepala hanya fikir datang kerja untuk penuhi kemahuan bos, bukan sebab nak siapkan kerja yang berlambak. Hehe.. Ok,ok..saya bukan nak cite pasal arini ye. Saya nak cite pasal aktiviti hujung minggu saya baru-baru ni..Cekidout..=P

Sepatutnya saya ke Melaka petang Jumaat lepas dan ke PD pada hari Sabtu untuk reunion SKDP'98. Dalam lama pun plan aktiviti ni. Tapi bila Allah dah aturkan perjalanan yang lain untuk saya dan suami, tak jadi la kami ke tempat-tempat tu.

Nak dijadikan cerita, 6 Disember lepas adalah hari ulangtahun perkahwinan mak abah saya yang ke 31. So, abah plan nak jalan-jalan ke rumah saya since lepas saya pindah ke Shah Alam dan berkahwin, mak abah belum pernah sampai sini. Sangat kagum dengan mak sebab mak saya adalah seorang yang penakut untuk naik bas. Bila dengar je kena naik bas, terus badan gigil dan tak sedap perut. hehe..lucunya mak..

Hari Sabtu kami suami isteri dipenuhi dengan aktiviti membawa mak abah jalan-jalan sekitar Klang dan Shah Alam. Tak banyak tempat yang kami pergi. Setakat GM Klang, makan-makan di Seksyen 7, Taman Pertanian Bukit Cahaya dan Uptown Shah Alam.  Alhamdulillah mak abah saya teruja dan berpuas hati dengan tempat-tempat yang mereka lawati.

Yang tak puas hatinya adalah saya. Yup..memang saya tak berpuas hati. Saya tak berpuas hati dengan sikap orang Malaysia recently terutamanya orang melayu kita. Meh saya ceritakan pengalaman saya masa pergi ke Taman Pertanian Bukit Cahaya...

Siapa yang pernah pergi Taman Pertanian Bukit Cahaya mesti tahukan untuk ke Rumah 4 Musim tu kita perlu naik bas yang disediakan. Lainlah kalau ada yang nak naik basikal or jalan kaki sebab jarak antara entrance dengan rumah 4 musim tu agak jauh. So, masa nak pergi tu agak bagus la sebab kite kena beratur untuk naik bas tu. Tapi masa balik, kite kena pandai-pandai sendiri untuk dapat naik bas. Saya tak kisah sangat if saya dan suami je yang naik bas tu tapi mak abah saya yang dah veteren ada sekali. Geram dan sakit hati bila lihat anak muda melayu tanpa segan silu dengan muka selamba je boleh naik bas tu laju-laju walaupun penumpang belum habis turun semata-mata untuk berebut seat. Sangat biadap kan, lebih-lebih lagi bila berdepan dengan orang tua. At last, mak abah saya kena berdiri sehingga sampai ke entrance. Cian pada abah yang sakit lutut. Nak menitis airmata saya bila lihat wajah abah. Cepat-cepat saya alihkan pandangan ke tempat lain.

Masa tu ada juga sepasang anak muda berbangsa cina yang lebih beradab. Sanggup beri seat pada orang yang lebih tua dari mereka. Tengok, bangsa lain lebih tinggi kesedaran sivik mereka berbanding orang kite. Sia-sia je kan iklan yang media tayangkan dalam tv tu kan...Ish....geramnya saya bila teringat balik kejadian tu.

psiloveu : saya berharap sangat kite takkan hilang nilai-nilai murni dan adab sesama manusia dalam diri masing-masing sampai bila-bila...

psiloveloveu : sorry entry panjang...(^_^)


Wednesday, December 5, 2012

..::Blog Korang Kena Malware Tak::..

Dalam minggu ni blog saya langsung tak boleh buka if guna chrome. Tensi je. Korang punya blog camtu juga ke atau blog saya je yang macam tu?? Dah try scan website pun still takde improvement juga. Huhu..

So sape-sape yang nak view blog saya, please guna mozilla or ie ye...thank you...



Friday, November 16, 2012

..::Tamat Minggu Goyang Kaki::..

Yela., minggu ni kan minggu selang seli. Isnin keje, selasa cuti, rabu keje, khamis cuti dan jumaat keje. Sangat seronok okey. Kan best kalau tiap-tiap minggu camni. Heaven je keje. Hehe.. Setiap hari pun rasa cam hari isnin.

Hujung minggu ni dipenuhi dengan jemputan kahwin. Best. Dapat makan nasi minyak dan yang paling best, tak payah nak fikir untuk memasak di hujung minggu. Saya sangat tension bila memikirkan menu untuk memasak bila tiba hari minggu dan encik suami ada di rumah. Breakfast? Lunch? Tea time?(of course kena ada bila encik suami di rumah...fuhh) dan dinner? Kadang-kadang tu saje je saya masakkan makanan yang agak berat untuk breakfast, boleh gabung dengan lunch sekali. Hehe...teruk betul kan??

Owh, berbalik pada jemputan kahwin hujung minggu ni ye. Dua-dua jemputan adalah di Perak. Hehe.. Bestnya. Dah lama tak pegi Perak. Last jejak kaki kat sana rasanya awal tahun ni kot. Ntahla, dah lupa. Sabtu di Tanjung Malim, jemputan kawan encik suami. Ahad di Teluk Intan, jemputan kawan saya plak. Dah 2 hari saya request pada encik suami untuk stay kat sana je satu malam. Tak tahulah encik suami nak ke taknak. Kena cuba pujuk sekali lagi ni. Hehehe... Hopefully berjaya la.

psiloveu : SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA CHEMONG&MIRA n IQBAL&CIKYU. TAK LUPA JUGA UNTUK SESIAPA YANG BERKAHWIN HUJUNG MINGGU NI YE...




Wednesday, October 31, 2012

..::WW: Penerbangan Pertama Sepanjang 26 Tahun Bernafas::..

Akan terbang bersama ahli keluarga yang lain...wiwi





Wednesday, October 24, 2012

..::Mood Raya Haji Terbang Jauh::..

Langsung tak rasa teruja nak sambut raya haji tahun ni. Even nak balik kampung pun rasa cam taknak balik. Tapi tiket bas dah beli.  Rugi plak kalau burn cam tu je. Yela, two way ok. Hampir 100 gak la. Ye.. saya balik naik bas. Bukan dengan kereta with encik suami. Sob...sob...

Encik suami kena keje masa raya haji nanti sebab raya puasa lepas dia dah cuti. Memang shift encik suami camtu pun. Biasala keje dengan Rapid ni tak tentu masa ok. Mujurlah encik suami takde oncall work. Kalau tak, mau muncung saya panjang sedepa. Hehe..

Dua hari lepas berborak dengan mak di telefon. Mak ajak balik kampung ramai-ramai petang raya. Perasaan saya? Down. Langsung tak de mood nak balik Pekan. Huhu..Lepak rumah mak mertua jela. Boleh juga temankan mak ayah. Biarlah mak abah balik kampung dengan adik beradik yang lain je.

Owh, ada berita gembira mak sampaikan masa tengah berborak tu. Angah bakal dapat baby tahun depan. Hehe.. Kakak ipar saya dah preggy 5 weeks. Seronoknya. Setelah setahun lebih menunggu, akhirnya dapat juga. Alhamdulillah. So, raya tahun depan lebih meriahlah family saya. Bertambah lagi cucu mak.

Oklah. Dikesempatan ini, saya mengucapkan SALAM AIDILADHA buat semua ye. SELAMAT BERGEMBIRA....



Thursday, October 18, 2012

..::Mungkin Belum Rezeki Kami::..

Normal kan bagi setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan kehadiran cahaya mata secepat yang mungkin bila mereka bersedia. Tak terkecuali saya juga. Rata-rata kawan-kawan yang berkahwin sebelum, sama dan selepas saya telah dikhabarkan dengan berita gembira ini. Tapi saya dan suami, masih belum ada.

Sedih? Kecewa?

Sedih tu ada juga sikit tapi saya tak kecewa sebab setiap yang berlaku telah ditetapkan Allah dan setiap kejadian itu ada hikmahnya. Mungkin belum rezeki kami kan. Actually, saya nak ceritakan satu kisah. Ia terjadi pada diri saya sendiri. Sangat risau... Semoga ada juga panduan untuk anda semua ye...

Kisahnya macam ni..

Saya mempunyai cycle period yang regular setiap bulan. Alhamdulillah even kadang-kadang period pain tu agak kuat juga. Bulan pertama dan kedua selepas berkahwin, period saya masih regular. Kisahnya bila period untuk bulan ketiga dan keempat.

Period bulan ketiga jatuh pada bulan puasa lepas. Sebelum sampai waktu period, ada spotting dalam dua hari. Saya sudah mula risau. Adakah saya pregnant? Owh, no.. Hari sepatutnya saya period, saya period seperti biasa bersama period pain yang teruk dan tempohnya agak lama dari sepatutnya. Ok, cool lagi. Saya pun tunggu la untuk cycle seterusnya.

Cycle untuk bulan keempat lagi worse. Spotting masih juga berlaku sebelum waktu period. Seminggu menanggung kesakitan pinggang yang super dahsyat. Tidur tak boleh, duduk pun tak boleh. After 1 week, badan mula rasa tak sedap. Pregnant? Nope again. Sama seperti bulan lepas, period datang pada waktunya tapi tanpa period pain dan tempohnya lebih pendek dari selalu. Bleeding pun tak macam normal period. Huhu...super risau. Yang bulan lepas punya hal belum hilang risaunya, ditambah pula untuk bulan ni. So, bila dah dua bulan period tak menentu, saya terus ke klinik untuk check-up. Bukan sebab saya berharap sangat untuk pregnant tapi sebab saya risau ada penyakit lain yang bersarang di rahim saya. Nauzubillah..minta dijauhkan.

Hari kelima lepas suci,saya pegi buat check-up. Doktor kata 50-50 dan minta saya tunggu lagi dua minggu. Ok, fine. Menunggu dengan keadaan hati yang tak tenteram dengan kondisi badan yang tak baik. Tak sampai dua minggu, saya pergi check-up lagi sebab lepas suci selama 8 hari, saya mengalami bleeding. Kali ni saya try klinik lain plak. As result, doktor kata semua ok dan doktor syak saya ada masalah hormon. Jom baca tanda-tanda umum yang anda menghidapi masalah hormon:-

  • Perubahan perasaan yang tidak menentu samada didalam fasa pra-haid atau tidak
  • Selalu cepat marah – sukar mengawal perasaan
  • Cepat merubah fikiran serta perasaan
  • Menangis tanpa sebab tertentu
  • Lesu serta kurang bertenaga
  • Kemerosotan daya ingatan
  • Selalu merasa gelisah
  • Kerap pening kepala
  • Hipoglisemia atau merasa tidak menentu serta tidak bermaya dalam 1 atau 2 jam selepas makan
  • Nafsu makan yang meningkat
  • Sukar untuk menurunkan berat badan atau berat semakin meningkat dengan cepat
  • Mengalami jerawat degil
  • Mengalami ruam-ruam panas serta berpeluh pada waktu malam
  • Alopesia atau keguguran rambut
  • Hilang minat terhadap seks
  • Kulit kusam dan tidak berseri
  • Kulit berminyak
  • Hirsutisme atau peningkatan jumlah rambut halus pada tubuh badan atau wajah (misai halus)

Serius kan? Saya pun ada beberapa petanda di atas dalam dua bulan ni. Mungkin juga stress bila diberi tekanan dari orang luar. Mesti anda semua boleh agak apa yang saya maksudkan tekanan dari orang luar tu kan..Hehe..

So, nasihat saya. Jangan ambil serius dengan kata-kata orang lain. Enjoys your life dengan perkara-perkara yang anda suka. Dan yang paling penting, kena selalu ingat.. REZEKI ITU DATANGNYA DARI ALLAH. DIA MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK UNTUK DIRI KITA.

n o t a k a k i : Doakan rezeki saya cepat sampai ye ('_')