Teman-teman

Wednesday, February 11, 2009

..::Cinta::..

Mungkin ini memang jalan takdirku. Sememangnya takdir menginginkan aku mengagumimu tanpa dicintai. Tidak mengapa kerana bagiku asalkan kau bahagia dengan hidupmu.

Telah lama ku pendam perasaan itu. Untuk menunggu dirimu menyambut diriku. Ku fikir tak mengapa kerana bagiku mencintaimu pun terlalu bahagia untuk diriku.

Hanya ku ingin kau tahu diriku di sini sentiasa menanti dirimu. Meskipun aku harus menunggu hingga ke hujung waktuku. Dan aku sentiasa berharap agar rasa ini akan abadi untuk selamanya.

Dan aku harapkan, izinkan aku memeluk dirimu untuk terakhir kali ini saja. Untuk ku ucapkan selamat tinggal selamanya dan membiarkan rasa bahagia ini hanya untuk sekejap saja.

==>>hanya hati yang mengerti apa yang aku rasakan tika dan saat ini

No comments: