"Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah
satu kepastian yang mereka akan menyintai kita
kembali. Jangan harapkan cinta sebagai balasan.
Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati
mereka tapi sekiranya ia tidak,
pastikanlah ia terus mekar di dalam hati kita.
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada
seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang,
satu hari untuk menyintai seseorang tetapi
ia mengambil masa sepanjang hidup untuk
melupakan seseorang."
Berhenti seketika dari bergelumbang dengan tesis dan bahan rujukan di PS. Penat, sejuk, lapar. Emosi masih di tahap yang sama. Dalam hati ada rindu yang tersimpan untuk dia. Aku terus kuatkan hati untuk tidak menitiskan airmata setelah dua minggu segalanya berlaku.
Pesan mama supaya ceria selalu dan sentiasa ingat yang satu, Allah Maha Besar. Rindu pula bila terkenangkan saat manis ketika menghabiskan masa bersama mama minggu lepas. Aku ceria bila bersama orang yang aku sayang. Mungkin bagi mereka aku sudah pulih dari kekecewaan. Yang pasti hanya aku yang merasainya.
Aku tahu ujian ini tidak lama. Hanya menguji sejauh mana kesabaran aku. Semakin aku sabar, semakin banyak kelebihan yang akan aku dapat. InsyaAllah.
Aku cuba bergaul dengan semua orang. Melupakan masalah yang berat di pundakku. Aku ingin sekali terbang bebas di awan seperti burung yang ceria di sebalik awan yang putih bersih. Melihat pelangi yang indah terbentang.
Cepatlah waktu berlalu..
No comments:
Post a Comment