Teman-teman

Monday, June 29, 2009

..::Puding Karamel::..


Time ni aku tengah search resepi kat internet. Nak tau resepi apa? Jeng..jeng..jeng..


PUDING KARAMEL



sedapkan? Kenapa tetiba je aku search resepi ni?


Actually 3 Julai yang akan datang merupakan birthday adik kesayangan aku, Rabiatul Adawiyah yang ke 17. Memandangkan aku akan kembali sambung belajar 21 hari lagi, aku nakla buatkan something yang special untuk adik aku sorang tu. Kebetulan baru-baru ni dia asyik cakap kat mak nak makan puding ni je, aku pun terfikir apa salahnya aku buatkan untuk dia.hehe..takde hadiah nak kasi, tunaikan selera dia pun kira ok la tu.


Belum pernah lagi aku try wat puding ni. Hopefully my first trial is successfull. Kalau tak, membazir jela nanti.huhu..Untuk adik tersayang, aku sanggup wat apa je..


Ini dia resepi yang aku jumpa dari www.resepi.net. Sile la salin ye kalau nak mencuba gak resepi ni..


Bahan A (caramel)

1 cup sugar

3/4 cwn air


Kacau gula dlm kuali hingga perang (jgn sampai hangus nnt pahit pulak caramel tuu...) then masuk kan air perlahan2.. Kacau dan sejukkan..



Bahan B

1/2 cup gula

4 eggs

1 tin evaporated milk

1 tsp vanilla esence

3 tblsp custard flour

1/2 cup water



Cara

1. Didihkan air dlm pengukus.

2. Blend gula + telur hingga betul2 kembang utk dapatkan texture yg halus, masukkan susu cair, vanilla, air & custard flour, blend sekejap utk pastikan tepung tidak bergentel.

3. Masukkan gula hangus di atas ke dlm loyang pengukus baru tuangkan Bahan B (atau tapiskan untuk mengasingkan buih)

4. Kukus lebih kurang 30 min. cucuk menggunakan lidi kayu bagi memastikan puding telah masak.

5. Sedap di makan setelah disejukkan di dlm peti ais.


Sunday, June 28, 2009

..::Family Dinner::..


Malam semalam aku dan family pegi makan-makan kat luar. Angah kata dia nak belanja kami sume. Yahoo..bestnya. Bukan senang tau angah aku tu nak belanja. Thanks angah. Hurm, area pilihan kami adalah di PAKA. Kat sana banyak restoran ikan bakar. Ikan yang segar-segar dan berada di tepi laut (itu yang aku suka sebenarnya). Padahal baru je pagi Jumaat tu aku, mak n abah ke Paka.hehe..





Restoran ni agak tersorok tapi leh nampak pantai. Ada taman permainan n screen besar lagi. Aku puji masakan dia,sedap...Tempat dan persekitaran agak selesa. Senang cite kalau nak bawa family ramai-ramai pun leh muat la. Tak sesak dengan meja-meja sume. Service pun cepat. Bagus-bagus. Tak perlu menunggu lama.





Dah malas nak cite la. Enjoy the pics..


faten n me before entered PAKA FOODCOURT



angah dan abah khusyuk menonton tv skrin besar..sampai tak sedar aku snap gambar dorang



my beloved mum..cayang mak



our menu..yummy2



dah abis makan pun..



Thanks angah for the dinner..next time leh belanja lagi ek. Jangan asyik belanja awek je.hehe..



sesape nak wat tempahan pun boleh



Saturday, June 27, 2009

..::Pya::..






Link/Ceritakan kembali siapa yang telah memberikan award ini kepada anda.

Banyak betul tag yang kena buat akhir2 ni. Yang sebelum ni pun belum buat lagi pya.hehe.. Siapa yang beri award ni?? Opiya Onel, ex-classmate merangkap jiran sebelah room aku dulu.


Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta /hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya

1. agak pendiam
2. senang mesra dengan orang
3. gemar memasak sesuatu yang baru(hobi baru neh)

4. suka warna merah + putih
5. akhir-akhir ni suka makan buah..baik untuk kesihatan

6. sangat sayang pada harta peribadi
7. tak dapat tido kalau tak ada bantal busuk

8. geli dengan pacat

9. suka tengok dekorasi yang berkaitan pengantin..hehe
10. sentiasa cuba selesaikan sesuatu sampai dapat


saya nak tag SESAPE JE yang menjadi followers saya.sekian, terima kasih



Friday, June 26, 2009

..::Awards::..




Entri kali ni nak pamerkan award yang diperolehi. Dah lama pun dapat tapi baru arini ada masa nak buat. Award dari Miss Izah. Thanks to u. Nanti I buat award cantik2 n bagi kat U plak ye. Actually, aku kenal ngan Miss Izah dalam dunia blogging ni gak. Hope leh jadi friend forever ye..nanti wat gathering untuk followers la nak? Tapi award ni ada rules die tau. Just follow it k..



Task 1
Accept the award, post it on your blog together with the name of the person who has granted the award and his or her blog link.


From: Miss Izah Mohamed


Task 2
Pass the award to 15 other blogs that you’ve newly discovered. Remember to contact the bloggers to let them know they have been chosen for this award.

Sapela ek aku nak tag ni. Ramai sangat..I'm try

1.mr cekodok
2.Opiya Onel
3.Opie
4.Zara
5.Laila
6.Dda
7.Juju
8.En SS
9.Apisz
10.Apaiyapalot
11.Marina Monroe
12.Lea
13.Shiela
14.Atiqah
15.Ugly Duck

Fuh...akhirnya

Award yang kat bawah ni lak dah lama giler aku dapat. Baru sekarang sempat enterprem.hehe..Alang-alang dah wat entri pasal award, letak la skali. Dari sape ek?Lupa lak..Papepun, thanks pada yang kasi kat aku award ni.



Thursday, June 25, 2009

..::Bila Bosan Datang::..


TAG 1

Bekas kekasih saya adalah :
-------
Saya sedang mendengar :
suara ustazah norbaiyah, rancangan semanis kurma
Mungkin saya patut :
percaya pada diri sendiri
Saya suka :
buat orang lain gembira
Sahabat-sahabat baik saya :
sentiasa ada untuk saya
Saya tak paham :
kenapa masih ada orang yg tidak bertanggungjawab
Saya kehilangan :
seorang sahabat kerana cinta
Ramai yang berkata :
saya doktor cinta tapi.............
Makna nama saya :
seorang ketua, puteri...suriati ape maknanye ek??
Cinta itu adalah :
perasaan yg lahir dari 2 hati yang penuh kasih sayang kerana Allah

Di suatu tempat, seseorang sedang :
ber'sms dengan saya

Saya akan cuba :
buktikan yg saya boleh berjaya dan bahagia

Ayat SELAMANYA membawa maksud :
hingga akhir nanti..yeke??

Telefon bimbit saya :
adalah hp idaman saya ketika ia belum lagi popular

Bila saya terjaga dari tidur :
ingat semula apa yang saya mimpi

Saya paling meluat apabila :
dikongkong dan hipokrit

Pesta/Parti adalah :
perkara terakhir yang akan dilakukan untuk hilangkan tension

Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
arnab



Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
kanak-kanak

Hari ini :
pegi pasar n beli buah-buahan feveret..

Malam ini saya akan :
tido..

Esok pula saya akan :
lakukan rutin biasa

Saya betul-betul inginkan :
hidup bahagia dan jadi wanita solehah

Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
tak tengok cermin lagi



Pusat membeli-belah atau arked permainan :
dua-dua pun boleh

Makanan Barat atau Jepun :
jepun..nak makan sushi

Bilik yang terang atau gelap:
cahaya samar-samar boleh tak?

Makanan segera adalah :
tak baik untuk kesihatan

Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang? :
"take care"




TAG 2
Apakah perasaan anda sekarang? :
epi + agak bosan

Saya nak makan? :
roti jala + laksa lemak + karipap (buatan sendiri)

Saya tak suka? :
pacat
Impian saya? :
hidup bahagia dan berjaya

Haiwan yang saya tak suka? :
nyamuk

Saya harapkan? :
keajaiban berlaku dalam hidup saya

Jika boleh putarkan masa? :
nak kembali waktu primary school dulu
Saya pada 10 tahun akan datang? :
33 tahun + punyai karier sendiri + keluarga bahagia

Handphone saya adalah sebuah? :
handphone la. barang yang paling closed dengan saya

Saya pernah bercinta sebanyak? :
sekali je..

Kawan-kawan saya? :
memahami saya dan tak sombong diri

Pernah dikhianati? :
pernah...sangat sakit

Apa yang hendak anda lakukan terhadap orang yang mengkhianati anda? :
biar jela..insyaAllah Tuhan balas untuk saya



Siapa yang anda nak Tag?
Zara, mr cekodok, ugly duck, Encik SS kalau ada masa buatla ye.tau ko sibuk. begitu juga ngan en apisz, kak ima dan sesape jela

..::Cinta Jalan Raya::..


Percintaan sebenarnya boleh diibaratkan seperti kita berada di jalan raya. Sepanjang perjalanan kamu pasti akan melihat tanda lalu lintas yang memberi peringatan untuk kamu lebih berhati-hati supaya dapat mengelakkan kemalangan.. Begitu jugalah percintaan kamu.. Oleh itu, patuhi peraturan berikut:-

DILARANG U-TURN
Sekiranya sudah putus sebaliknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati saja. Yakinlah kamu akan dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.

JALAN DUA HALA
Komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. Jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah untuk jadi pendengar yang setia. Begitulah berlaku sebaliknya

SEDANG DALAM PEMBINAAN
Hubungan kamu dan dia baru sahaja hendak dibaik pulih, dengan proses persefahaman semula. Laluilah jalan ini terus tetapi secara perlahan-lahan. Jangan terlalu memaksa dan terdesak. Jangan ungkit lagi masalah lama dan mulakan pengalaman baru

PEJALAN KAKI
Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh ikuti

JALAN BENGKANG BENGKOK
Perjalanan hubungan kamu dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. Jangan mudah tidak tepati janji

JALAN SEMPIT
Ini harus berhati-hati, kamu dan dia semakin melalui jalan sempit. Andainya tidak bertolak ansur pasti akan menghadapi bencana. Oleh itu sekiranya kamu sedar akan masalah ini cubalah bersikap mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri

AWAS! JALAN BERBUKIT
Hati-hati! Hubungan kamu sedang berhadapan dengan masalah. Jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan kamu. Fikir sebaik-baiknya, cuba harungi dahulu barulah kamu fikir jalan lain

JARAKKAN KENDERAAN

Biarpun kamu berdua sudah 'declare' sebagai kekasih namun kamu patut beri ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. Janganlah terlalu mengongkong dan setiap masa untuk bersama. Namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. Itu lebih bahaya!!!

Wednesday, June 24, 2009

..::Dipersimpangan Delima::..


Nak cerita skit tentang keinginan yang terpendam dalam hati.


Huhu..berangan je kan. Duit tak de tapi teringin benda yang mahal-mahal. Ntah pape je.


Takpe, takpe..janji suatu hari nanti aku akan dapatkan juga apa yang aku inginkan ni. Walaupun belum tau bila agaknya suatu hari tu.hehe..



Ada 2 benda yang aku teringin sangat sekarang ni. Cam dah jatuh cinta je. Asal tengok, mesti tak berkelip dan terfikir-fikir bila leh dapat. Kalau tak control, dah meleleh kot air liur ni kerana keinginan yang melampau. Teruk kan?? Nak tau apa dia, sila lihat di bawah....





Yang pertama, aku mengidamkan Iphone 3G yang sangatla chumyel tu. Slim je. Banyak function lak tu. Haish..bila la leh dapat ek.

Ada tak sesape nak bagi free2 je kat aku? Dengan senang hatinya aku terima tau. hehe..







Yang kedua lak, kereta. Setakat ni keinginan aku hanya pada kereta kecil molek, Perodua Viva. Suke tau keta kecik yang sporty ni. Bestnya kalau dapat..


Sekarang ni tengah kumpul duit untuk membeli sume keinginan-keinginan aku di atas tu. Mana satu yang nak beli dulu ek? Dipersimpangan delima ni. Iphone dulu ke Viva dulu...


Hurm,pening nak fikir. Mak aku punya pendapat, dia suh beli Iphone dulu. Hal kereta tu, tunggu duit dah menggunung dalam bank la baru fikir. Tapi.....


saya perlukan kereta untuk bergerak membuat survey nanti..


Kena fikir betul-betul ni. Nanti terpaksa ikat perut lak bila sambung belajar. Tak mo la camtu kan.

Monday, June 22, 2009

..::Sebulan je lagi::..


Salam semua..rindu betul nak blogging. Sejak demam, mood nak online pun menurun. Malas nak tukar-tukar simcard sume.

Orang dah bagi simcard free pun malas lagi ek.hehe..



Rasanya tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan SELAMAT HARI BAPA untuk semua bapa, ayah, abah, daddy dan apa-apa je panggilan yang digunakan.

Untuk abah..
Terima kasih di atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah abah curahkan selama ini. Jasa abah tak dapat dibalas walaupun seribu tahun lagi aku hidup. Sayang abah sangat-sangat.


Hurm..ada sebulan je lagi cuti aku. Lepas ni dah sibuk dengan buku-buku ilmiah dan segala macam survey. Mesti rindu pada mak abah menggunung bila dah berjauhan nanti. Kali ni lagi jauh aku merantau. Nun di Utara sana.huhu..Hopefully aku boleh sesuaikan diri bila di sana nanti. InsyaAllah..Perasaan dalam hati ni bercampur baur je tau. Teruja, happy, takut, semangat..sume ada.hehe.. Tapi preparation untuk ke sana sume belum diuruskan. Offer letter pun belum sampai-sampai lagi ni. Runsingnye. Yie cakap dia pun belum dapat surat tu..


Kepada kawan-kawanku yang dah bekerja or akan sambung study on July ni, selamat berjaya ya sume. Good luck and work carefully. Tak sabar nak jumpa korang sume masa konvo nanti.

Saturday, June 20, 2009

..::Cinta dan Perkahwinan::..


Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya..

pelajar: guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya. ..?

guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

guru bertanya: mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun....?

pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

gurunya menjawab: ye, itu lah cinta....

dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan. ..?

guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.

maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan. ......
.
.
.
.
.
.
.
Kesimpulannya. .. janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini.

Tuesday, June 16, 2009

..::Flu::..


Dah 2 hari terbaring lemah. Lepas je balik dari holiday terus diserang demam selsema yang agak teruk. Semalam terpaksa gagahkan diri ke klinik sebab dah tak tahan sangat. Suhu badan tinggi. Risau gak kalau demam ni serius. Kan sekarang ni musim orang sakit je. Tambahan lagi cuaca yang sememangnya tak begitu baik. Daripada terus melarat, lebih baik cegah dulu kan. Heran gak aku sebab setiap kali aku keluar dari satu tempat, for sure aku demam. Berubah angin ke? Tapi masa gi Perak dulu tak pula aku demam ke apa..mungkin sebab ada dia kot. Ntah..Alhamdulillah, hari ni dah bertambah baik.


Baru lepas check email. Got email from GEMS Programme. Aku diterima untuk jadi second batch program ni. Haih, tak dapatla nak gi sebab dah buat keputusan untuk sambung master in civil eng lak. Selalu camtu kan. Bila tiada pilihan, sering tunggu ia datang. Bila ada pilihan, terlalu banyak dan sukar untuk membuat pilihan yang paling tepat. Tapi aku yakin dengan pilihan aku untuk sambung master tu. Next time leh apply lagi untuk program tu. Bagi can la pada sesiapa yang lebih memerlukan.


Tengah menghitung hari untuk mulakan sesi pembelajaran yang baru dengan suasana yang baru dan kawan-kawan baru. Boleh ke? InsyaAllah, pasti boleh. Masih menunggu offer letter yang tak kunjung tiba ni. Bila agaknya sampai kat tangan ni?


Masa untuk memasak. Tengahari ni nak masak ayam masak tempoyak. Nyum..nyum..sedap menjilat jari. Fisrt time makan masa kat rumah kawan abah. Tak tahu lak masak ngan ayam pun sedap. Tak payah nak pikir-pikir katne nak cari ikan paten lagi..





Monday, June 15, 2009

..::Haruskah::..

Dulu, Kau Pernah Berjanji Pada Diriku
Untuk Menjaga Dan Menyayangiku
Itu Bererti Sampai Akhirnya
Kau Meninggalkanku

Kini, Kau Ingin Kembali Pada Hatiku
Setelah Kau Pergi Meninggalkanku
Haruskah Hati
Memberi Kesempatan Dirimu

Haruskah Aku Percaya
Segala Yang Kau Ucapkan
Kata Kata Maafmu, Kata Kata Memohon
Untuk Kembali Kepadaku

Meski Cintaku Padamu
Lebih Dari Yang Kau Tahu
Namun Mengerti Kasih
Tak Semudahnya Itu
Melupakan Yang Telah Kau Lakukan Padaku

Beri Aku Waktu Untuk Memikirkan Yang Terbaik
Cinta Jadi Dilema
Pergi Ataupun Kembali

Saturday, June 13, 2009

..::Vacation Cronology::..


Mood happy dan ceri
a. Baru je balik dari bercuti. Cuti di mana?? KELANTAN. yeah...Actually my dad have a meeting with his company around Malaysia. Kelantan jadi tuan rumah. So alang-alang dah diberi hotel yang agak besar untuk 1 family, abah angkut kami pegi bercuti di sana. Sempena cuti sekolah juga. Boleh la cuci mata dan shopping skit. (^__^)


Nak bercerita la skit apa yang dah dibuat masa kat sana. Seronok sangat. Bertambah seronok dan happy sebab sehari sebelum pegi holiday, dapat result untuk sambung master di UTP. Alhamdulillah, my application is successfull. After bercuti ni, kena wat preparation la plak. Dah tak lama pun nak masuk belajar balik.


9Jun ~
Bertolak dari rumah dalam jam 10 pagi. Pas zohor baru gerak ramai-ramai ke Kelantan. Sampai hotel jam 7 petang. Check in dan rehat-rehat je malam ni. Sempat isi perut yang lapar di restoran berdekatan. Aku turun bertiga je. Mak suh tapau untuk dia. Malas nak berjalan la tu. Penat.


Apa yang menarik kat restoran tu adalah gelas yang dia gunakan. Unik. Guna botol. Memula tu pelik gak tengok sume orang minum dalam bo
tol kaca. hehe.. Makanan dia pun not bad la. Sedap.

dalam bilik hotel yang grand..grand ke??


aiman kat depan hotel kami, Sutera Inn Prima

nak gi dinner dah ni..lapa

see...gelas die unik kan,kan??






10 Jun ~
Hurm..aktiviti menjelajah pusat bandar. Shopping la, apa lagi. Abah dah kuar meeting awal pagi. So, tinggal kami berempat dalam bilik hotel. Mak dan over excited nak jejalan. Sabar ye mak. Anak-anak mak ni nak bersiap dulu. Take time. Around 9 dah gerak. Jalan kaki je dari Sutera Inn Prima ke Pasar Besar Siti Khadijah.





Wah, makanan kat sana tak bole h blah. Sedap gile. Sume yang ada depan mata nak makan. Syurga makanan la kan..Bestnye. Menu pertama aku pilih adalah nasi + sup perut. Super yummy..Sehingga menjilat sudu tu.hehe..Ada juga kuih muih sampingan. Tapi dah tak larat nak makan banyak. Pasni nak berjalan lagi. Round-round p asar. Window shopping je.





harusla ada ABC time panas-panas ni kan..


Keletihan. Tidur dan berehat dalam bilik hotel sampai petang. Malam lak ada dinner dengan sume staf. Makan besar lagi. Lalala..suke je kalau bab-bab makan ni. Laju je siap. Kalau ikut nafsu makan, sah-sah tak muat perut ni. Ish.ish..tak senonoh kan??

nak gi dinner lak..












11 Jun ~
Hari ketiga dah di Kelantan. Pagi ni just breakfast sekeping roti canai di gerai dekat-dekat hotel. Sedap. boleh dikatakan sume makanan di sni sedap belaka. Cuma agak manis la. Kurang suka manis-manis ni. Nanti kena kencing manis.huhu..


Ada plan mengejut. My old bestfriend mesej. Nak jumpa. Wah, bermimpi ke aku ni?? 11 tahun dah tak jumpa dia. Terlalu lama. Last jumpa masa UPSR exam. Ahmad Fakhri, satu-satunya bestfriend lelaki masa sekolah rendah dulu. Yela, du
lu-dulu aku ni cam tomboy skit. Kawan pun ngan lelaki. Terikut ngan Angah agaknya. huhu.. Cam tak caye je dapat keep in touch balik pas pindah dulu. Mujur ada friendster. Sekejap je jumpa coz dah ada plan lain. Pegi minum-minum kat stadium je bertemankan adik. Tak kuasa nak kuar berdua je. huhu..Sekarang ni bestfriend aku tu tengah cuti belajar kat Selangor. Teacher gonna be..Siyes tak caye yang dia tu ada bakat jadi cikgu. Time skolah dulu punyala pemalu. Sekarang pun sama je. Camnela die ngajar e k.hehe..


OTW ke kenduri kawen staf abah. Berselisih dengan pelakon comel dari Kelantan tu, Mek (yeke nama die camni??) So cute la. Mula-mula tu tak perasan pun. Skali die tengok kami dalam pajero, so lambai la. Dia balas. hehe..Jakun je kan.xpe,xpe..

ni la keta yang pelakon tu naik..nak gi keduri kawen gak kot

ada silat yang pelik masa kat kenduri kawen tu..menarik.lauk kenduri pon sodap..



12 Jun ~
Last day dah. Breakfast kat pasar lagi. Dah check out awal-awal. Round-round bandar jap dan singgah umah sedara pastu terus balik Terengganu. Best walaupun penat skit. Happy juga. Abah dan mak beli kain batik untuk pegi konvo aku nanti. Yeah,lusa kite pegi tempah wat baju ek.


Jom breakfast dulu..

Wednesday, June 10, 2009

..::Cinta Sejati Jadi Cinta Sehari::..

KECEWA dan terus kecewa dalam percintaan dijalin. Kadang-kadang hati sudah bosan memikirkan soal perasaan sedang diri terus dimamah usia.

Bosan sebenarnya apabila berakhir pada cinta yang salah. Alih-alih mengharap cinta sejati tetapi ia hanya kekal dan menjadi ‘cinta sehari’.

Ada waktu anda menyalahkan takdir yang menyebabkan sering kecundang lewat percintaan. Pernahkah mengkaji diri apa yang menjadi penyebabnya?

Kalau difikirkan kecantikan diri, rasanya tidak kalah dengan teman lain yang sudah punya kehidupan membahagiakan bersama pasangan masing-masing.


Namun anda masih sendiri dan bagaikan orang berputus asa, anda sudah menanam cita-cita untuk tidak mahu mengharapkan sesiapa lagi.


Jangan cepat dilanda rasa kecewa. Ada pengkaji dalam soal cinta menyarankan supaya jangan menoleh ke masa lalu yang penuh kekecewaan sebaliknya sentiasa melengkapkan diri untuk menerima cinta baru.

Namun, sebelum memutuskan menerima cinta seseorang, perhatikan tandanya, apakah dia memang jodoh anda?
"
"
"
Dia sahabat terbaik anda


Saat mengalami kesulitan, perkara pertama terlintas di kepala anda adalah dirinya. Dia pandai menenangkan hati.

Dia selalu hadir untuk anda dalam situasi apa sekalipun. Tiada orang yang lebih baik mengisi peranan ini daripada pasangan anda atau sahabat istimewa yang menjadi tempat susah senang anda. Percayalah, pasangan yang dirasakan jodoh anda, pasti tidak takut mengalami pasang surut dalam hidup ini.


Punya banyak persamaan

Hasil penelitian menyatakan, perkahwinan yang paling stabil adalah pernikahan yang membabitkan dua orang dengan banyak persamaan. Jenis persamaan itu tidak terlalu penting tetapi semua itu adalah modal untuk menjadikan hubungan semakin mantap.

Menikmati semua aspek kehidupan bersama adalah antara rahsia pasangan sejati. Tidak perlu orang lain untuk membuat anda berdua bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.


Kepentingan anda adalah segalanya

“Cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keinginan orang lain sama pentingnya dengan hasrat hatinya sendiri.” (Harry Stack Sullivan).

Daripada bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas dia memperlakukan anda sebagai orang terpenting dalam hidupnya.

Bahkan, dia sering mementingkan sesuatu untuk keperluan diri dan sekali gus dia memikirkan diri anda. Jika ini yang ada pada peribadinya, mungkin dia yang anda cari.

Justeru, cinta abadi membabitkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan lalu jangan memikirkan orang lain di fikiran. Percayalah bahawa dialah milik cinta sejati anda.


Cinta tanpa syarat

Cuba ingat, pernahkah dia menarik muka masam saat melihat anda memakai baju yang tidak menepati seleranya? Dia barangkali pernah menegur gaya pakaian anda yang agak menjolok mata atau sebenarnya gaya pakaian anda membuatkan dia tidak senang kerana takut ada lelaki lain akan memberi perhatian lebih kepada anda.

Atau anda pernah ditegurnya tanpa disedari gara-gara memotong rambut tanpa pengetahuannya?

Namun, dia sentiasa pandai mengambil hati dan tegurannya jarang menyakitkan. Sebaiknya, fikirlah jika anda berkira-kira untuk memilih dia menjadi kekasih sejati. Cinta sejati adalah cinta tanpa syarat yang mampu menerima pasangan seadanya.


Sentiasa bersedia jadi pendengar setia

Setiap kali anda berbicara padanya, tidak sedetik pun perhatiannya beralih. Dia pendengar yang baik, mampu mendengar anda berbicara berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda diinginkan.


Sering menepati masa

Untuk urusan apa sekalipun, dia selalu berusaha untuk menepati waktunya. Janji bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam lebih awal.

Baginya, lebih baik dia yang sampai dulu atau menjadi penunggu setia daripada membiarkan anda menunggu. Apalagi jika tempat pertemuan agak janggal untuk dirinya tetapi dia sentiasa mahu anda didahulukan.


Gerak batin atau naluri

Tanpa sebarang ucapan, anda mampu mengetahui apa yang tersirat di hati masing-masing.

Anda berdua bagaikan dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan pasangan pada situasi apa sekalipun. Bila anda sudah merasakan hal sedemikian, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda.

Monday, June 8, 2009

..::Selamat Hari Lahir Abah::..


SELAMAT HARI LAHIR UNTUK ABAH
semoga Allah sentiasa melimpahi rahmat kepada abah dan keluarga, dimurahkan rezeki dan semoga panjang umur.



Dah setahun pun. Rasanya baru lagi aku sambut birthday abah bersama family dan kak ima. Beli Big Apple dan celebrate sama-sama. Ah, rindunya kenangan itu. Mungkin lain kali boleh sambut birthday abah seperti tahun lepas lagi. Terima kasih yang tak terhingga buat abah yang banyak beri semangat untuk aku teruskan hidup yang mencabar ni. Segala nasihatmu akan aku ingat selamanya. Ya Allah, kurniakan kesihatan yang baik untuk abah.

..::Kenapa susah untuk berterus terang??::..


Selamat pagi sume..Dah bangun ke korang? Bosan lak pepagi neh. Apa ye nak wat ari ni....hurm..


Saje la nak share skit. Kebelakangan ni aku rasa macam diganggu oleh seseorang. Serabut jela. Tak tahu camne nak cakap kat dia yang aku ni dah malas nak layan dia. Selalu tu ada je mesej dari dia tapi aku ignore kan je. Semalam ada dia call aku. Dah banyak kali call, this time kena la angkat. Jawab acuh tak acuh je. Takut gak kalau dia terasa. Huhu..Susahnya kalau nak jaga hati orang ni kan.


Actually, sebelum aku abis study lagi dia duk sibuk tanya bila nak balik. Katanya nak jumpa aku. Rindu la tu. Huk..huk..geli je dengar. Oleh sebab tu, aku saje je diamkan diri walaupun dah sebulan aku kat rumah. Risau gak kalau dia tetiba datang. Mana aku nak nyorok. Maafla ye kalau awak terasa. Saya dah tak tahan nak pendam benda ni sebenarnya. Untuk pengetahuan awak, saya rimas diperlakukan sebegitu. Kalau awak baca entri ni, harap awak faham apa yang saya rasa selama ni. Takkan awak tak perasan camne saya layan awak selama ni? Saya cuma anggap awak sebagai kawan saya je. Not more than that..


Fuh...lega. Akhirnya baru sekarang aku berani nak luahkan sume ni. Tension gak kalau pendam sorang-sorang ni.

Sunday, June 7, 2009

..::Satu ketika::..


Satu ketika...
Keyakinan diri hilang dalam diam
Bersendirian mungkin lebih baik
Bersujud mengakui kelemahan diri yang semakin menebal

Satu ketika...
Bingung dengan semua yang terjadi
Mengapa ia terjadi dan kenapa ia terjadi
Aku buntu mencari jalan keluar dari semua masalah

Satu ketika..
Aku mahu diriku yang dulu
Diriku yang penuh dengan impian
Yakin dalam setiap gerak langkah
Bangga dengan setiap sesuatu yang dilakukan

Satu ketika...
Aku perlukan seseorang yang memberi aku semangat
Sokongan yang menjanjikan kegembiraan buatku
Senyuman dari seorang teman yang setia
Pelukan yang mendamaikan hati yang lara

Satu ketika...
Satu ketika...
Satu ketika...
Sob..Sob..Sob... (T_T)


..::Lelaki Harus Tahu::..


Sudah menjadi lumrah, lelaki memerlukan wanita dan begitu juga sebaliknya. Namun, bukan mudah untuk seseorang itu bertemu teman serasi dengannya. Pandangan dari segi fizikal dan keperibadian seseorang lelaki itu sahaja belum cukup syarat lengkap untuk seorang wanita memilihnya menjadi pasangan. Karakter seseorang lelaki juga turut menjadi perhatian. Tidak hairan jika golongan wanita sering menguji karakter lelaki.


Entri kali ni aku nak berkongsi dengan anda mengenai 5 sifat lelaki yang AMAT dihindari wanita dalam menjalinkan satu hubungan serius terutama sekali untuk menjadikan pasangan seumur hidup. Semoga ia berguna untuk anda ye...


#1 SOMBONG DAN PENTING DIRI

Golongan wanita tidak mudah membina hubungan dengan lelaki jenis ini. Selain berasa tidak selesa bersama, wanita juga selalu berfikir sifat tersebut akan merosakkan hubungan manis yang seharusnya terbina. Jadi, jikalau anda lelaki-lelaki di luar sana yang memiliki ciri-ciri sedemikian, jangan hairan jika ada wanita yang anda suka tiba-tiba menjauhkan diri dari anda.


#2 KASAR DAN TIDAK SOPAN

Tidak dinafikan dalam kehidupan masa kini, ramai di kalangan wanita cenderung kepada dunia dan aktiviti lasak. Lelaki yang terlibat secara langsung mahupun meminati aktiviti sebegini juga merupakan antara ciri-ciri pilihan wanita. Namun, sebagai wanita yang gemar dibelai, tentunya mereka mendambakan kehadiran lelaki yang bersifat lembut. Di mata wanita, lelaki kasar dan tidak sopan menjadi salah satu yang mengurangkan penilaian terhadap pasangan yang dicari sehingga membuatkan mereka teragak-agak mengakhiri hubungan (sama ada hubungan sebagai kekasih mahupun hubungan asmara).


#3 DEGIL DAN KERAS KEPALA

Memang tidak dinafikan, kedudukan lelaki yang berada di atas dan dalam rumah tangga pula adalah ketua. Namun, sebagai pemimpin, ia bukanlah tiket untuk anda bersifat degil dan keras kepala. Umumnya, wanita beranggapan sifat sebegini hanya akan menyakiti diri dan menyukarkan penyelesaian masalah yang terjadi dalam hubungan.


#4 SENTIASA BERASA DIRI BENAR

Dengan kata lain, sentiasa bersifat menegakkan benang yang basah. Sukar menerima pendapat orang lain dan selalu ingin didengar pendapatnya saja. Kalau beginilah keadaannya, jangan hairan jika pasangan anda tiba-tiba membelakangi anda atau langsung tidak bercakap dan meninggalkan anda dalam keadaan terpinga-pinga.

#5 ANTI DAN BENCI WANITA

Jika inilah sifat yang ada pada diri anda, sudah pasti hubungan yang bakal dibina tidak akan menjadi kerana sedari awal lagi ia hanya akan menimbulkan rasa sakit hati dan penderitaan kepada wanita. Tepuk dada, tanya selera.

*petikan dari www.karangkraf.com/keluarga


..::Kawen..Kawen..Kawen::..


Fuh..penat yang amat. Sem
alam baru pulang dari bercuti di kampung. Perut sentiasa penuh dengan makanan. Mana taknye, semua jenis makanan yang ada depan mata aku bantai. Dah lama tak timbang ni. Ntah berapa kilo agaknya berat aku ni naik. Huuhuu..


Seronok balik kampung. Dapat jumpa anak buah yang nakal-nakal tu. Geram nak cubit je pipi tembam diorang. Lastly, dapat gak cubit sepuas hati. Haha..jahat betul Mak De ni kan?? Cubit manja je la. Tu la, sape suh jadi chomel-chomel cangat. Puas melayan karenah diorang yang sentiasa mahukan perhatian. Hilang tekanan bila tengok muka anak buah dan keletah mereka. Macam-macam..


















Ada jemputan kawen lagi semalam. Dua pupu aku. Cantik. Sama padan. Tahniah untuk Ana. Paling best semestinya lauk kenduri kawen la. Hehe..Lauk umbut kelapa. Dah jarang dapat rasa lauk camtu. Rasanya kat tempat lain tak de kot.







Hari ni pun ada jemputan kawen lagi. Wajib pegi ni. Kawan lama kawen, Asrul Nizam *sorry coz mention ur name there..hee..Dah lama tak jumpa. Mana tau leh jumpa kawan lama yang lain nanti. Best gak.



Friday, June 5, 2009

..::Kucing yang Kecewa::..


Enam tahun yang lalu, seorang lelaki membeli seekor anak kucing dan cuba untuk mengajar anak kucing tersebut bercakap...


Dari hari ke hari dia mengajar.. tapi kucingnya itu hanya memandang tanpa berkapa walau sepatah haram pun...

Setelah enam tahun berlalu.. terjadilah keajaipan.. kucing tersebut mula berkata2..
"Hey, AWASSSS ... rantai besi itu akan jatuh ke kepalamu."

Mendengar kucingnya mula bercakap, lelaki tersebut terkejut dan kaku disitu dan tiba-tiba rantai besi itu benar2 jatuh di atas kepalanya...

Kucingnya menggelengkan kepala dan berkata..
"Selama enam tahun engkau berusaha mengajar aku bercakap.. tapi setelah aku bercakap...engkau tidak mahu mendengarpun cakapku... "



Thursday, June 4, 2009

..::Terlebih Sudah::..


Bosan. Time untuk cari keje dah rasanya. Sekarang ni pun dah masuk bulan 6. Cepat betul masa berlalu kan. Sempena tarikh pada hari ni 4HB JUN 2009, aku nak wish HAPPY BIRTHDAY to my oldfriend merangkap bestfriend aku gak masa kat matrik dulu, Cik Laila. Semoga panjang umur dan murah rezeki ye. Dah lama betul kite tak jumpa hang out sama-sama kan. Ko pun dah jauh sekarang ni.


Hurm..today I was done all tasks as well. Rutin. Setiap kali bangun dari tidur, perkara-perkara yang perlu dibuat dah terlintas dalam kepala. Walaupun kesihatan kurang mengizinkan, tetap wat keje rumah. Cuma hari ni ada extra keje skit. Bawa mak pi bank. Ntah apa yang dia nak buat ntah pegi bank pagi-pagi hari. Ikut jela kan. Daripada tak de apa nak buat, jadi driver pun ok.hehe..


Hari ni terlebih rajin kot. Semalam pun rajin gak. Ngee..masuk bakul angkat sendiri lak aku ni. Takpe la. Sape lagi nak puji kan.. Bosan sangat, aku jemur sume karpet kat ruang tamu tu and then mop-mop lantai. Pastu, at the same time gak aku buat dadih yang mama bagi masa aku balik dari Perak dulu. Leh gak makan petang nanti. Cejuk-cejuk dalam mulut. Nyum..nyum..


Petang semalam aku terima tetamu yang tak disangka, kawan lama aku yang baru-baru ni kawen tu la. Dia datang dengan family dan suami baru dia. On the way ke Kelantan untuk majlis sambut menantu, dia singgah la kejap rumah aku. Happy tengok dia. Semoga berbahagia selalu ya.


Kalau sebut pasal kawen, mesti sume orang sedang sibuk menyusun jadual undangan yang pastinya banyak dan bertindih kan? Maklumla, cuti sekolah. Kawan aku pun ada jemput ke majlis dia kat sini, tapi rasanya tak dapat pegi sebab time tu aku balik kampung untuk penuhi undangan perkahwinan saudara aku. Huhu..ramai betul yang kawen. Sampaikan aku sendiri kena tempiasnya. Mana taknye, sepupu-sepupu aku yang seusia dengan aku sumenya dah ada family sendiri. Sedikit sebanyak, terkena gak kat aku ni. Puas dah mulut ni menjawab setiap soalan cepumas yang diajukan oleh pakcik-pakcik dan makcik-makcik. Lepas ni kena standby jawapan bernas la plak supaya tak mengecewakan hati sume orang yang bertanya ek..(^__*)

Next week adalah waktu yang ditunggu-tunggu. Holiday di Kelantan. Yeay..\(^__^)/ 9hb-12hb Jun..tak sabar nak shopping-shopping neh. Ada sesape nak kirim souvenior?

Uhuk..lapa lak. Lupa perut belum diisi lagi. Dah kul 4 pun. Time untuk undur diri dulu la. Nak lunch plak. Nanti bertambah teruk lak sakit ni..



Wednesday, June 3, 2009

..::Itu Namanya Kehidupan::..

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir. Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya. ..

Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa... moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...

Monday, June 1, 2009

..::Kisah Pasangan Tua Yang Romantik::..

Ader pasangan yang dah berumur, kira dah tua la... anak2 semuer dah besar2..masuk universiti.. kata orang tinggal berdua jer la.. honeymoon hehehehe... Satu malam tu... dok la pasangan nie tadi menonton tv... . dok syok tengok tv... tup ..tup ..si suami nie kata la kat isteri dia... .

"Mah,mah... .. " kata si suami...
"Ya bang," lembut jer jawab siisteri...
"anak2 semua dah besar... semua dah tak duduk ngan kita, kan Mah?"
"Kenaper plak, bang. abang rindu kat diorang plak ker?"
"Tak der la Mah, " ujar si suami

"Dah tu... kenaper plak bang?".. isteri menanya. .heran gak... kot...
"Tak ... abang teringat maser kita muda2 dulu... . mah suka gigit telinga abang, kan...

""Cuba Mah gigit skit..abang nak raser..lamer dah Mah tak buat camtu... "

Mendengar saja kata2 si suami tu tadi... maka berlari la si isterinya tadi kedlm bilik... .

"Mah..kenaper Mah?" "Mah tak sayang abang ker Mah?" soal si suami... si isteri didalam bilik tadi tak menjawab... agak lama lepas tu.. si suami memanggil

" Mah... ooo..Mah.. dah la tu.. jangan la merajuk... meh la kita tengok tv nie... tak per la..Mah tak nak gigit pun tak per la... keluar la Mah, Mah marah ker Mah?" si suami risau takut menyinggung perasaan isteri kesayangannyer itu...

"Tak bang, Mah tak marah"..jawab si isteri dari dlm bilik...
" Dah tu, kenaper Mah dok dlm bilik tu..Meh la kita tengok tv nie... " kata si suami..

Jeng..jeng.. . jeng... nak tau aper kata si isteri... ... ... ... ?
"

"

"

"

"

"

"Mah tengah cari gigi palsu, bang!"