Minggu ni boleh rest skit. Terlalu bizi minggu lepas buatkan aku malas nak up date blog, malas nak jengah blog orang dan malas nak ber'facebook'. Salam u all!! (^_^) hehe..
Semalam kami (aku, yani, dayah dan intan) ke Lumut, makan-makan kat Shabu-shabu.
Second time aku ke sana. Masa nak pegi, hujan lebat gile start dari Taman Maju sampai Parit..Yang peliknya UTP skit pun tak hujan (tipu plak kalau tak hujan..hujan gak tapi sekejap je. Tak sempat nak basahkan bumi pun). Drive dengan cermat sebab banyak traffic light yang tak berfungsi. Huhu..bahaya. Lagi plak jalan ke sana cam ape ntah. Sapela yang rancang..Paling best, balik dengan perut sendat. Tempat tu sebenarnya ada kenangan. Kenangan yang cukup manis. Antara aku dan dia. Tak mungkin kulupakan..
Hujung minggu ni jadual aku sangat padat. Bermula pada hari Jumaat sampai Ahad. Hoho.. Aktiviti survey buat sementara ni ditangguhkan untuk beri tumpuan pada hal-hal hujung minggu nanti. Penting tu..
Jumaat..travel balik Pahang (satu perjalanan yang cukup panjang.huhu..)
Sabtu..exam PTD dari pagi sampai petang. Pastu terus ke IM..tengok mr.A main futsal, jalan-jalan ngan si die sekejap..dating-dating..hehe..
Ahad..travel ke Terengganu untuk menghadiri temuduga ngan company OnG.h0h0..pastu terus balik rumah.
Padat kan?? Berehat di rumah beberapa hari sebelum travel balik Perak semula. Kemudian, sambung semula aktiviti survey aku sampai bulan lapan. Tak sabar menunggu hujung minggu tiba. Lalala..