Teman-teman

Monday, April 12, 2010

..::HoHo...Balik Kampung::..


Currently at home. Best gile bila dapat rest kat umah. Heaven.. Plak tu dapat makan masakan mak,lagi la seronok. Ni nak cite skit kejadian-kejadian yang berlaku selama 3 ari ni. Mehla baca ye..


Ari Jumaat tu sampai Pahang,terus balik kampung. Family ada kat sana, so leh gak jumpa dorang sebelum amik exam ari Sabtu tu. Sampai dalam jam 4. Penat tu takdela tapi nantok tu je yang menguasai diri. Bila nak lelapkan mata, takmo plak die lelap. Haish.. 7 jam perjalanan dari Perak ke Pahang tak terasa sebab ditemani si dia sepanjang perjalanan. Tenkiu sayang. Risau sangat aku drive sorang-sorang. Sekejap-sekejap tanya dah ada katne. hehe..


Ari Sabtu tu bertolak dari kampung jam 8 pagi. Hoho..lambat gara-gara berborak dengan mak lang. Memamg susah nak berhenti la kalau die dah buka cerita. Seb baik ada jalan shortcut. Sampai dewan SMK Paya Besar lagi 15 minit jam 9. Sume dah masuk dewan tu. Dah datang lewat, pandai-pandaila duk depan kan..Standard la time exam. Sume nak pilih duk belakang dan tengah dewan. Kebetulan plak yang jaga exam PTD tu kawan aku time keje kat JPBD dulu, Abg Yusry. Haha..tak sia-sia la kan dapat duk depan. Ha, kat dewan tu gak aku jumpa junior time UTM dulu. Die pun amik exam gak aritu. Kawan dari UTP pun ada. Tak sangka betul. Takdela keseorangan.


Pas dah abis jawab exam tu, terus ke IM, tengok buah hati main futsal plak. Best sangat. Tapi tak lama kat sana sebab ramai sangat orang. Kami kuar jalan-jalan kat KP dan Esplanade. Kami pegi KP tu sebab nak repair spek mata aku yang patah masa kat kampung semalam. Boleh plak sebelum exam spek aku tu buat hal. Haiya..mujur bawa balik lenses. Takdela teraba-raba masa drive. Kopak lagi la bulan ni. Baru nak save skit.


Ari Ahad plak nak kena pegi interview kat Kerteh. Sebelum tu kuar breakfast ngan buah hati dulu. Bagi semangat kat die untuk game petang nanti. Puas hati dapat spend mata 2 ari dengan die. Pas abis interview terus balik rumah. Lega-lega..


Ari ni just relax je. Lepak-lepak kat rumah,manja-manja ngan mak. Mana taknye, tinggal aku ngan mak je kat rumah ni. Adik aku yang bongsu gi skolah, yang pempuan tu plak gi menjual kat karnival ape ntah kat Balora..ada court futsal baru.hehe.. Anak buah aku plak gi tadika. Boleh la manja-manja ngan mak.Hehe..


Tak sabar nak amik spek mata baru.Lemas pakai lenses lama-lama.



No comments: